Tuesday, January 19, 2010

Jenayah: P. Pinang tubuh pasukan khas

BUKIT MERTAJAM 17 Jan. - Polis negeri menubuhkan satu pasukan khas bagi menangani jenayah kekerasan khususnya yang melibatkan penggunaan senjata api termasuk bom tangan di negeri ini.


Meskipun masih baru, pasukan itu telah berjaya menumpaskan sebuah kumpulan amat dikehendaki selepas menembak mati ketuanya yang terlibat dalam 16 siri jenayah kekerasan di Taman Permata dekat sini Rabu lalu.


Pasukan tersebut juga turut berjaya menembak mati dua lagi penjenayah yang menggunakan bom tangan untuk menakutkan mangsa.


Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, pihaknya bimbang dengan kecenderungan penjenayah menggunakan senjata api sehingga menimbulkan ketakutan di kalangan masyarakat.


"Jadi saya bertanggungjawab untuk menangani masalah tersebut sekali gus memastikan keselamatan penduduk di Pulau Pinang terjamin.


"Ada penjenayah semakin berani mengugut untuk menembak anggota polis yang ingin memberkas mereka," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Bengkel Pencegahan Jenayah Polis Diraja Malaysia Bersama Masyarakat Seberang Perai Tengah (SPT) di sini hari
Related Posts with Thumbnails