Monday, December 19, 2011

SBPA: " TUNGGU SEHINGGA KAMI JUMPA PM"

SHAH ALAM 17 Dis. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kakitangan awam tidak menandatangani surat opsyen menerima skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sehingga wakil mereka bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, satu pertemuan dengan Najib akan diadakan pada 22 Disember ini di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya dekat sini bagi meluahkan kekecewaan mereka mengenai kelemahan skim baru itu.

Beliau berkata, dalam pertemuan dengan Perdana Menteri itu nanti, pihaknya akan memaklumkan mengenai beberapa kelemahan yang terdapat dalam SBPA kerana ia dibimbangi menganiayai kakitangan awam.

"Saya yakin Perdana Menteri sendiri pun tidak tahu wujudnya kelemahan dalam pengenalan skim ini kerana tidak diberi penjelasan terperinci oleh pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menerangkan kepada beliau dan kami yakin beliau akan faham dengan masalah kami.

"Justeru, kami menggesa setiap kakitangan awam supaya tidak menandatangani surat opsyen menerima skim berkenaan sehingga kami selesai pertemuan dengan Perdana Menteri," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kali Ke-11 Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM) di Hotel Carlton Holiday di sini hari ini.

SPBA diumumkan oleh Najib pada pembentangan Bajet 2012 Oktober lalu yang menjanjikan skim gaji lebih baik berasaskan merit serta kenaikan tahunan di antara RM80 dan RM300.

Omar berkata, menerusi SBPA mereka yang menerima markah kurang daripada 70 selama tiga tahun berturut-turut selepas dibuat penilaian oleh pegawai mereka akan dinasihatkan untuk bersara awal.

"Ini hanya akan mewujudkan budaya bodek pegawai dan selepas ini kita akan lihat ramai kakitangan sokongan keluar untuk minum teh tarik bersama pegawai mereka di kantin pejabat supaya mereka akan dinilai dengan markah yang baik setiap tahun.

"CUEPACS bukan menolak cadangan untuk mewujudkan kakitangan awam berprestasi tinggi tetapi kami yakin ada cara lain untuk menentukannya," jelasnya.

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S.Subramaniam ketika ditemui pemberita di Seri Kembangan hari ini berkata, CUEPACS perlu menjelaskan secara lebih terperinci kepada kerajaan berhubung rasa tidak puas hati terhadap SBPA supaya ia dapat ditangani secepat mungkin.

Beliau berkata, perbincangan lanjut dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merupakan antara cara terbaik dalam membantu kerajaan mengambil langkah yang dapat menggembirakan semua pihak.

"Tujuan kerajaan ialah untuk membuat penambahbaikan dan peluang tambahan kepada anggota perkhidmatan awam, tetapi kalau ini mendatangkan isu, CUEPACS kena jelaskan kepada kerajaan supaya perkara itu boleh ditangani dan semua orang puas hati," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Antarabangsa Dr Ambedkar di Seri Kembangan hari ini.

TAKLIMAT CUEPACS BERHUBUNG SBPA UNTUK ANGGOTANYA DI CIDB

SHAH ALAM, 17 Dis (Bernama) -- CUEPACS akan memberikan taklimat mengenai Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) kepada anggotanya di Pusat Konvensyen Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) di Cheras Ahad.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata taklimat yang akan diadakan pada 3 petang itu adalah bagi menjelaskan isu skim baru tersebut.

Beliau berkata kongres itu juga dijadual bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai SBPA Khamis ini di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Omar berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan ke-11 Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal Kementerian Pelajaran Semenanjung Malaysia di sini.

Beliau berkata CUEPACS juga mendapat aduan daripada kakitangan awam di Sabah dan Johor yang mendakwa mereka dipaksa menandatangani surat opsyen SBPA selepas menghadiri taklimat skim itu oleh segelintir pegawai atasan mereka.

Sehubungan itu, kakitangan awam dinasihatkan agar tidak terburu-buru menandatangani surat opsyen tersebut kerana ia tidak disertai maklumat atau skala gaji, dan mereka diberi tempoh hingga 30 Dis ini untuk membuat keputusan.

Omar berkata jika terdapat pegawai atasan yang memaksa penjawat awam menandatangani surat ospyen, mereka boleh melaporkan perkara itu kepada CUEPACS.

Beliau berkata antara faktor CUEPACS tidak bersetuju dengan polisi SBPA yang menyebut kakitangan awam yang memperoleh markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) kurang daripada 70 peratus, boleh dibersarakan awal.

Omar mendakwa peraturan itu boleh disalahgunakan pegawai atasan bagi menindas kakitangan yang tidak disukai dengan memberi markah rendah.

Selain itu, paras 70 peratus dalam LNPT adalah lebih tinggi berbanding markah 50 peratus yang diperlukan di bawah Skim Saraan Malaysia (SSM) bagi kenaikan gaji, katanya.

Omar berkata CUEPACS juga masih tidak begitu jelas mengenai golongan yang menikmati kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus dan sama ada ia dikira berdasarkan gaji pokok atau gaji hakiki.

Beliau berkata CUEPACS juga kesal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak memanggil wakil kongres itu untuk merangka SBPA, kerana sebelum ini, ia turut terlibat dalam penggubalan sistem yang menggantikan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) kepada Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK).

Monday, September 12, 2011

SEJARAH PENUBUHAN PVR











Sunday, September 11, 2011

30,000 Polis naik pangkat

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Lebih 30,000 anggota polis berpangkat lans koperal bakal dinaikkan pangkat kepada koperal secara berperingkat mulai esok.

Berita gembira itu diumumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar malam ini selepas mendapat kelulusan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Ismail, daripada jumlah tersebut, seramai 16,010 dinaikkan pangkat serta-merta, manakala 14,716 lagi akan dinaikkan kepada koperal secara berperingkat selepas ini.

"Kenaikan pangkat anggota yang ramai dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu melibatkan lans koperal tetap, sokongan dan lans koperal Orang Asli.

"Perdana Menteri selain itu turut meluluskan proses kenaikan tanpa temuduga tetapi anggota perlu mengikut syarat lain, termasuk tempoh tetap berkhidmat sebagai lans koperal iaitu selama lima tahun," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas sempena jamuan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Maktab PDRM Cheras, di sini.

Ismail memberitahu, kelulusan tersebut juga satu kejutan buat PDRM kerana ia melibatkan implikasi kewangan yang besar kepada kerajaan.

Katanya, berikutan itu, anggota-anggota yang telah dan akan dinaikkan pangkat perlu bekerja keras dalam menjaga keselamatan negara.

Menurutnya, pada Julai lalu, seramai 1,294 anggota polis berpangkat lans koperal telah dinaikkan kepada koperal.

Berita baik untuk anggota PDRM itu adalah yang kedua pada tahun ini selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan pelarasan kenaikan gaji dan elaun pada Februari lalu.

Dalam pengumuman tersebut, seramai 98,747 anggota dan pegawai telah menikmati pelarasan kenaikan gaji dan elaun Imbuhan Tetap Khidmat Polis (ITKP) antara RM1,500 hingga RM6,000 berkuat kuasa 1 Januari 2009.

Monday, August 22, 2011

Terjun sungai elak polis tahan

Seorang lelaki mati lemas selepas terjun ke Sungai Muda untuk melarikan diri sebaik menyedari anggota polis melakukan serbuan ke atas pusat perjudian di Bukit Selambau, di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 5.30 petang di Kampung Padang Sekawan, Bukit Selambau ketika mangsa dikenali sebagai Mohd Salim Abd Rahman, 31, mengikuti rakannya ke tempat itu untuk melihat sekumpulan lelaki bermain judi.

Bagaimanapun, serbuan oleh sepasukan 20 anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Bukit Aman menyebabkan semua lelaki yang asyik bermain judi, termasuk mangsa, terkejut lalu cuba melarikan diri.

Dalam serbuan itu, polis berjaya menahan 13 kaki judi manakala mangsa dan enam lelaki lagi melarikan ke arah Sungai Muda lalu terjun ke dalamnya, tetapi mangsa dikatakan terjatuh di kawasan air deras dan dalam.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, dia melihat mangsa terkapai-kapai kerana tidak pandai berenang sambil menjerit meminta tolong.

Menurutnya, dia cuba membantu mangsa dengan menarik rambutnya, tetapi terlepas sebelum dihanyut arus deras yang berpusar dan terus hilang.

Biarpun usaha mencari dilakukan di tebing sungai, namun mangsa gagal ditemui, manakala enam lelaki lain yang terjun ke sungai berjaya berenang ke seberang dan melarikan diri ke arah Kampung Kuala Lesung berhampiran, katanya di sini, semalam.

Sementara itu, bapa mangsa, Abd Rahman Shaari, 56, berkata anaknya yang juga penoreh getah keluar dari rumahnya di FeldaTeloi Timur, Bukit Selambau, di sini, jam 3 petang kelmarin bersama rakannya tanpa memberitahu tujuan.

Menurutnya, dia dikejutkan dengan berita sedih apabila rakan anaknya memberitahu, Mohd Salim hilang selepas terjun ke sungai ketika melarikan diri daripada polis, jam 6 petang.

Saya terkejut disebabkan tidak menyangka dia pergi ke tempat sebegitu kerana sebelum ini tidak pernah berbuat demikian. Saya kemudian bergegas ke tempat kejadian bagi melihat usaha mencarinya oleh penduduk kampung.

Sebelum keluar rumah, isteri Mohd Salim memberitahu saya, suaminya meminta wang RM10 daripadanya tetapi tidak memaklumkan apa-apa kecuali menyebut tidak mahu pulang berhari raya di rumah keluarga mentua di Sungai Petani, katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sungai Petani berkata, gerakan mencari dan menyelamat mangsa dilancarkan sejak jam 9 malam kelmarin selepas polis meminta bantuan mencari mangsa di Sungai Muda.

Menurutnya, pihaknya menghantar 10 anggota, termasuk unit penyelam skuba, tetapi operasi terpaksa dihentikan pada tengah malam dan disambung semula jam 9 pagi, hinggalah mayat mangsa ditemui jam 5 petang semalam.

Monday, July 11, 2011

Sekitar Perhimpunan Bersih

Wednesday, June 8, 2011

Jenayah turun tanda NKRA berjaya

KUALA LUMPUR 5 Jun - Pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) oleh kerajaan dalam menangani jenayah jalanan membuahkan hasil membanggakan apabila indeks jenayah keseluruhan bagi empat bulan pertama tahun ini turun sebanyak 10 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, selain itu, kadar jenayah jalanan bagi tempoh yang sama turut turun sebanyak 45 peratus berbanding tahun sebelumnya.


Menurutnya, pada tahun lalu pula, indeks jenayah keseluruhan dilihat menurun sebanyak 15 peratus manakala jenayah jalanan susut sebanyak 35 peratus berbanding tahun 2009.


"Penurunan ini bukan kerja mudah untuk dilaksanakan, namun Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya melakukannya walaupun NKRA menangani jenayah baru dimulakan sejak pertengahan 2009.


"Kejayaan membanggakan ini adalah kerjasama semua pihak dengan PDRM termasuk komuniti penduduk dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.


Muhyiddin menambah, walaupun indeks jenayah dilihat semakin menurun, kerajaan perlu berusaha keras bagi menukar persepsi masyarakat yang terus beranggapan kadar jenayah di negara ini masih tinggi.


Katanya, sepanjang tahun lalu juga, hasil kajian mendapati, kadar kebimbangan masyarakat terhadap jenayah menurun sebanyak 5.7 peratus berbanding tahun 2009.


Menurut beliau, kehadiran anggota polis di kawasan perumahan dan tempat awam juga sedikit sebanyak meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap PDRM sebanyak 20 peratus pada tahun 2010.


"Bagi menghilangkan rasa takut di kalangan masyarakat, kerajaan telah mengeluarkan seramai 7,400 pegawai dan anggota polis yang bertugas di pejabat untuk melakukan rondaan.


"Langkah ini diperkuatkan lagi dengan kehadiran sejumlah 8,140 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) serta melatih 5,000 anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sebagai polis sukarela bagi membantu melakukan pengawasan di kawasan panas," jelas beliau.



MUHYIDDIN Yassin memasak roti canai sambil diperhatikan isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman pada Majlis Sarapan 1Malaysia bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan Parlimen Batu sempena Program Turun Padang 'Rakyat Didahulukan' di Taman Bullion Mewah, Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal serta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.




MUHYIDDIN Yassin beramah mesra dengan orang awam yang membuat laporan ketika melawat Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur, semalam. Turut mengiringi Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar (kiri).




Muhyiddin Yassin beramah mesra dengan pemandu teksi sempena Program Turun Padang 'Rakyat Didahulukan' Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Kampung Baru, Kuala Lumpur, semalam.




Muhyiddin Yassin sempat menimang Qayyum, 18 bulan, ketika melawat di sekitar kawasan perniagaan di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, semalam.




Muhyiddin Yassin bersama penduduk Lembah Pantai ketika majlis ramah mesra di Pusat Komuniti Lembah Pantai, Kuala Lumpur, semalam.

Wednesday, May 18, 2011

PELUANG PEKERJAAN RELA

PERKARA 1. ANGGOTA RELA ADALAH DIPELAWA UNTUK MENYERTAI SEBAGAI ANGGOTA SUKARELAWAN POLIS. MEREKA MESTI BERUMUR 18-40 TAHUN. SIHAT TUBUH BADAN SERTA MEMPUNYAI CIRI-CIRI DAN PERWATAKAN YANG SESUAI. KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA ANGGOTA-ANGGOTA YANG TINGGAL DI PULAU PINANG, KUALA LUMPUR, SELANGOR DAN JOHOR. SEKIRANYA BERMINAT SILA HUBUNGI MANA-MANA PEGAWAI RELA DAERAH YANG BERHAMPIRAN.

PERKARA 2. ANGGOTA RELA JUGA DIPELAWA UNTUK MENYERTAI DAN MENJADI ANGGOTA PASUKAN KESELAMATAN DI SELURUH NEGARA. TAWARAN INI TERBUKA KEPADA SEMUA ANGGOTA RELA YANG BERMINAT DAN SILA HUBUNGI MANA-MANA PEGAWAI RELA DAERAH YANG BERHAMPIRAN UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT SERTA MEMBUAT PENDAFTARAN UNTUK DIPANGGIL TEMUDUGA.


PERKARA 3. SEBARANG PERMOHONAN JAWATAN UNTUK GRED 16 KE BAWAH, HENDAKLAH MEMBUAT PERMOHONAN MELALUI LAMAN WEB


www.jobsmalaysia.gov.my

Monday, April 11, 2011

Tamat Latihan SSPDRM Kontinjen Kedah








Komandan SSPDRM Kontinjen Kedah (Tamat latihan polis sspdrm kontinjen kedah di IPD Kuala Muda)


ASP HIYATULLAH DARI IPD KUALA MUDA


DATO KP KEDAH


KOMANDAN KEDAH DSP ROZALI DAN ASP ABU BAKAR

Tuesday, April 5, 2011

pvr baling (add) di facebook

Tuesday, March 29, 2011

KAWALAN KEHORMATAN HARI POLIS KE 204 DI IPK KEDAH


Segak, kawalan kehormatan sempena hari polis ke 204 di perkarangan IPK Kedah pada 25 Mac 2011.

Wajah2 Ceria Kor Suksis UUM ketika Perbarisan Hari Polis Ke 204 Di Dataran IPK Kedah.





Suksis didedahkan peranan polis jaga keselamatan


Sebahagian anggota Kor Suksis UTeM memeriksa kenderaan mahasiswa pada program latihan amali pemeriksaan kenderaan dan pencegahan jenayah di Melaka, semalam.


MELAKA 22 Mac - Seramai 62 anggota Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini menghadiri program latihan amali pemeriksaan kenderaan dan pencegahan jenayah.


Pegawai Latihan Kor Suksis UTeM, Inspektor Daud Awang Min berkata, latihan tersebut diadakan bagi memberi pendedahan kepada anggota Kor tersebut mengenai prosedur mengendalikan sekatan jalan raya, penguatkuasaan akta serta langkah-langkah pencegahan jenayah.


''Buat pertama kalinya anggota Kor Suksis UTeM diberi peluang untuk menimba pengalaman dalam melaksanakan pemeriksaan kenderaan dan pencegahan jenayah bersama polis," katanya di sini hari ini.


Menurutnya, melalui pendedahan itu kesemua anggota kor terbabit dapat mendekatkan diri dengan masyarakat selain menambah kefahaman terhadap tugas dan tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha membanteras jenayah.


Melalui latihan yang dijalankan, katanya, anggota kor itu diberi tunjuk ajar mengenai cara yang betul untuk memeriksa kad pengenalan, lesen memandu, cukai jalan serta pemeriksaan kenderaan.


''Pada masa sama, mereka turut didedahkan dengan beberapa akta yang diguna pakai antaranya Akta Polis 1967, Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Peraturan Lalu Lintas 1958," ujarnya.


Seorang anggota Kor Suksis, Mohd. Azlan Zahari ketika ditemui berkata, latihan itu merupakan sesuatu yang sangat mencabar bagi dirinya dan rakan-rakan lain.


''Namun, tunjuk ajar serta bimbingan daripada jurulatih yang berpengalaman memberikan kami keyakinan untuk melaksanakan tugas jika diberikan," katanya.


Manakala bagi Raja Norazimah Raja Yunus, berkata, latihan tersebut memberi kefahaman dengan lebih jelas mengenai bidang kuasa dan tanggungjawab polis dalam menjaga keselamatan.


Jelasnya, sebelum ini subjek undang-undang dan akta hanya diajar ketika di dalam kelas tetapi menerusi latihan amali itu, dia telah memberi pemahaman yang lebih jitu kepadanya.


Latihan itu menyaksikan sejumlah 388 kereta, 340 motosikal dan 669 orang telah diperiksa oleh anggota Kor Suksis UTeM.

Rela sedia banteras jenayah bersama PDRM


KETUA Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam (kiri) dan Ketua Pengarah Rela, Datuk Zaidon Asmuni (kanan) memakaikan Pangkat Kehormat Rela kepada Erwan Mohd. Tahir pada Majlis Pemakaian Pangkat Kehormat Rela Sempena Hari Bertemu Pelanggan KDN di IOI Mall, Puchong, semalam.


KUALA LUMPUR 27 Mac - Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) komited untuk membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengurangkan kadar jenayah sehingga ke tahap paling minimum.


Leftenan Kolonel Kehormat Rela, Datuk Seri Dr. Erwan Datuk Mohd. Tahir berkata, sehubungan itu, pihaknya akan menggerakkan semua anggota menjadi 'mata dan telinga' kerajaan.


"Skop kerja Rela telah diperluaskan dari semasa ke semasa untuk membantu PDRM, contohnya turut terlibat dalam melakukan serbuan dan menangkap pendatang asing tanpa izin.


"Kami (Rela) berjaya dalam misi itu dan kerana itu kami semakin yakin untuk membantu PDRM," katanya pada Majlis Pemakaian Pangkat Kehormatan Rela di IOI Mall, di sini hari ini.


Pada majlis itu, seramai 41 anggota Rela menerima pangkat masing-masing dan mereka diberi kepercayaan dalam membantu mengurangkan jenayah di kawasan-kawasan tertentu.


Erwan turut berharap agar setiap anggota Rela terus mendekatkan diri dengan masyarakat setempat.


"Saya mahu anggota Rela bersama membantu menyelesaikan masalah masyarakat agar pasukan ini dipandang tinggi setaraf dengan unit beruniform lain," katanya.

Ismail minta warga PDRM pentingkan kesihatan

KUALA LUMPUR 26 Mac — Pegawai dan anggota polis dinasihatkan supaya menjaga kesihatan masing-masing termasuk dengan menukar tabiat makan bagi mengelak diserang penyakit kronik seperti sakit jantung.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, penyakit jantung boleh menjejaskan keupayaan warga Polis DiRaja Malaysia untuk memberi perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat.


Beliau berkata, sebanyak 657 kes penyakit jantung dilaporkan di kalangan pegawai, anggota, penjawat awam dan pesara PDRM pada 2010 dan daripada jumlah itu, sebanyak 111 kematian direkodkan di kalangan mereka.


"Kita tahu anggota polis ini sibuk dengan jadual kerja mereka yang ketat dan bebanan tugas yang padat. Bila tak sempat makan di rumah, mereka akan makan di luar dan tiada kawalan, jadi kita harus tukar ‘habit’ kita ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Gaya Hidup Sihat di Pusat Latihan Polis di sini, hari ini.


Berikutan itu, kata Ismail PDRM melancarkan program itu dengan mengedar buku rekod kesihatan kepada anggotanya supaya mereka boleh mengemas kini dan merekod tahap kesihatan mereka dari masa ke semasa. — Bernama


Indeks jenayah Kedah turun 8.49%

ALOR SETAR 25 Mac - Usaha polis dengan kerjasama pelbagai pihak berjaya mengurangkan 8.49 peratus indeks jenayah di negeri ini bagi tempoh Januari lalu hingga pertengahan bulan ini.


Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, polis turut berjaya menurunkan kadar jenayah jalanan sebanyak 29.9 peratus bagi tempoh sama.


Beliau berkata, kejayaan itu juga merupakan hasil daripada pelaksanaan salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah yang diperkenalkan kerajaan.


"Walaupun indeks jenayah turun, usaha memerangi jenayah di semua peringkat akan terus diperhebatkan," katanya kepada pemberita selepas majlis Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-204 Kontinjen Kedah di sini hari ini.


Abdul Ghafar berkata, kerjasama yang lebih erat antara warga polis dan masyarakat mesti dimantapkan dari semasa ke semasa dalam usaha untuk mengurangkan jenayah.


Katanya, komunikasi dua hala antara polis dan masyarakat dapat membantu kepada penurunan indeks jenayah yang memberangsangkan.


"Tanpa kerjasama daripada masyarakat yang memberi maklumat, sudah pasti misi polis untuk memerangi jenayah menjadi agak sukar," ujar beliau.

Sunday, March 13, 2011

Lulusan Diploma Ditawar Sarjan

Tuesday, March 1, 2011

JAWATAN KOSONG PDRM

Iklan jawatan kosong Konstabel Lelaki Polis Diraja Malaysia

Tarikh tutup semenanjung 9 Mac 2011
Tarikh tutup Sabah dan Sarawak 14 Mac 2011

Iklan lengkap jawatan kosong Konstabel Lelaki ini boleh diperolehi di dalam akhbar Berita Minggu 27 Februari 2011


Sunday, February 27, 2011

Sukarelawan PDRM banyak bantu pihak berkuasa banteras jenayah

KOTA BHARU 21 Jan. - Kewujudan pasukan sukarelawan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat banyak membantu pihak berkuasa di negeri ini membanteras jenayah terutama yang melibatkan jenayah jalanan.


Bagaimanapun, masih terdapat ruang untuk meningkatkan fungsi dan peranannya agar lebih efektif melalui penglibatan setiap anggota yang fokus dan peka dengan situasi jenayah setempat.


Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Supritendan Muhamad Hanifah Abd. Malek berkata, sesuai dengan peranan pasukan sukarelawan PDRM membantu melancarkan aktiviti pencegahan jenayah, golongan tersebut digesa sentiasa peka dengan persekitaran.

"Peranan sukarelawan PDRM amat penting untuk menjayakan matlamat menurunkan kadar jenayah. Namun perlu diingatkan, mereka mesti sentiasa peka dengan jenayah setempat melalui strategi yang berkesan.


"Kejayaan tersebut juga bersandarkan kepada pelaksanaan waktu yang tepat dan pengawasan berpanjangan kerana apa yang dipraktikkan selama ini masih ada ruang untuk kita sama-sama perbaiki," katanya.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis Serah Terima Tugas Komander Sukarelawan PDRM Kontinjen Kelantan di sini hari ini.


Muhamad Hanifah turut hadir sebagai saksi penyerahan tugas Deputi Supritendan (Sukarelawan Polis) Nik Zahari Nik Aman kepada Asisten Supritendan (Sukarelawan Polis) Mohamed Ashri Yusof yang dilantik memangku sementara jawatan tersebut.


Seramai 150 pegawai dan anggota dari seluruh Kelantan hadir pada majlis yang dimulakan dengan kawad perbarisan diikuti dengan pemeriksaan barisan oleh Komander Sukarelawan PDRM.


Sementara itu, Nik Zahari yang bersara hari ini dalam ucapannya meninggalkan amanat kepada semua anggota sukarelawan agar jujur dan telus melaksanakan tugas.


"Hampir 24 tahun menyertai Sukarelawan PDRM banyak cabaran yang saya tempuhi termasuk berhadapan dengan kerenah anggota untuk menguji tahap ketahanan mental sama ada boleh dipengaruhi dengan kebendaan dan mengikut acuan yang mereka sediakan.


"Namun jika kita jujur dan mengutamakan tugasan, apa juga halangan boleh diatasi dan paling utama menghormati tugas sepasukan dan sentiasa ikhlas dengan amanah yang dipertanggungjawabkan," ujarnya.

3 juta Rela, NGO, JPAM bantu polis

PUTRAJAYA 19 Feb. - Seramai tiga juta sukarelawan daripada Ikatan Relawan Rakyat (Rela), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan membantu polis menjalankan rondaan di seluruh negara bermula Ogos ini.


Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam berkata, langkah bersepadu itu adalah cara terbaik untuk membantu kerajaan mengurangkan kadar jenayah negara.


Beliau menjelaskan, kerjasama bersepadu yang diberikan oleh anggota Rela kepada pihak polis selama ini berjaya mengurangkan kadar jenayah sebanyak 17 peratus.


"Pada 1 Ogos ini seramai tiga juta anggota sukarelawan daripada Rela, JPAM dan NGO akan digerakkan untuk membantu pihak polis menjalankan rondaan.


"Semangat sukarelawan ini akan dapat menguatkan lagi usaha untuk membanteras kejadian jenayah seperti yang dilakukan di luar negara di mana mereka bekerjasama untuk tujuan tersebut," katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perhimpunan Ahli-ahli Kehormat Rela seluruh negara di Dewan Gemilang di kementerian tersebut hari ini.

Pada majlis itu seramai 76 anggota rela dianugerahkan pangkat kehormat Rela.


Antaranya, Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang menerima pangkat kehormat Kolonel Rela dan bapa mertua beliau, Lt. Kol. (B) Mohd. Yunos Mohd. Ali yang menerima pangkat kehormat Brigadier Jeneral.


Dalam pada itu, Mahmood berkata, pada 19 Mac depan, sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk mengenal pasti beberapa lagi mejar jeneral yang akan dilantik untuk mengetuai zon utara, selatan dan tengah bagi menangani masalah rakyat.


Sementara itu, Sheikh Muszaphar yang terkejut dengan penganugerahan tersebut berkata, beliau akan berusaha untuk menarik golongan muda terutamanya mahasiswa untuk menyertai Rela.

Polis bertaraf dunia

KUALA LUMPUR: Bagi menjadikan perkhidmatan polis Kuala Lumpur bertaraf dunia, kita (polis) bercadang agar pangkat inspektor diberi kepada golongan profesional yang menyertai sukarelawan polis, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah.

Menurutnya, struktur itu penting untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan kawalan keselamatan kepada masyarakat terutama di ibu negara.

Ia lebih tertumpu pada mereka yang mempunyai kriteria seperti berkebolehan bertutur dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Arab serta celik teknologi maklumat dan mahir dalam bidang tertentu akan diberi keutamaan menjawat pangkat berkenaan, katanya ketika ditemui pada Perbarisan Tamat Latihan Asas Rekrut Sukarelawan Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Beliau berkata pihaknya akan menghantar kertas kerja berhubung cadangan itu kepada kepemimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mendapatkan pertimbangan.

Setakat hari ini (semalam), seramai 52 anggota rekrut pelbagai kaum berjaya menamatkan latihan Sukarelawan Polis yang memegang pangkat Konstabel, terdiri daripada 12 penjawat awam dan 40 pekerja swasta, katanya.

Zulkifli berkata, beliau percaya ramai individu yang mempunyai kemahiran dalam bidang tertentu dan berminat serta berkelayakan untuk menjadi polis, namun terikat dengan pekerjaan.

Melalui cara ini, mereka yang berminat menjadi polis, namun mempunyai komitmen lain boleh meneruskan cita-cita menjadi polis, katanya.
Related Posts with Thumbnails