Thursday, January 21, 2010

Jenayah di SPS turun 3.2 peratus

NIBONG TEBAL 20 Jan. - Statistik jenayah di daerah Seberang Perai Selatan (SPS) tahun lalu mencatatkan penurunan sebanyak 3.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Ketua Polis Daerah SPS, Supritendan Shafien Mamat berkata, jumlah kes jenayah yang direkodkan di daerah itu sepanjang tahun lalu adalah sebanyak 1,001, turun sebanyak 36 kes berbanding 1,038 pada tahun 2008.


Malah katanya, kadar penyelesaian kes jenayah di SPS keseluruhannya mencapai 52.9 peratus iaitu melebihi kadar 50 peratus yang disasarkan.


''Sebelum ini kita sasarkan kadar penyelesaian kes sebanyak 50 peratus tetapi kita berjaya mengatasi sasaran itu malah dilakukan dalam tempoh lebih awal.


''Tetapi kejayaan ini tidak boleh membuat kita leka sebaliknya langkah-langkah pencegahan perlu diperhebat agar jenayah dapat diturunkan pada kadar paling minimum," katanya ketika berucap pada majlis program polis bersama masyarakat di sini hari ini.


Shafien berkata, polis memerlukan kerjasama orang ramai dengan menyalurkan sebanyak mungkin maklumat bagi memastikan usaha membanteras kegiatan jenayah dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

Related Posts with Thumbnails