Wednesday, March 11, 2009

DADAH DAN KESANNYA


Dadah


Penyalahgunaan Dadah Di Malaysia

Masalah penyalahgunaan dadah di Malaysia telah tiba di tahap serius dan dianggap sebagai ancaman utama negara mengambilalih ancaman komunis yang telah meletak senjata. Di antara faktor-faktor yang meletakkan penyalahgunaan dadah sebagai ancaman utama negara ialah :-

  • Jumlah penagih yang didaftar lebih kurang 200,000 orang;

  • Jumlah wang yang terlibat untuk pemulihan;

  • Kos rawatan, perubatan, tenaga kerja yang hilang;

  • Kesan dan kerugian dari segi ekonomi, sosial dan jenayah.

Malaysia terlalu dekat dengan Golden Triangle iaitu kawasan terbesar di dunia yang mengeluarkan pelbagai jenis dadah. Pengedaran dadah, jenis candu, heroin dan ganja adalah dari kawasan Golden Triangle masuk ke Malaysia melalui Thailand. Pengaliran dadah sintetik seperti dadah syabu adalah daripada negara Filipina, dan ecstacy dari negara-negara Eropah.

Bermula pada tahun 1997 hingga April 1999, PDRM berhadapan dengan seramai 87,868 orang penagih dadah, terdiri daripada 45,869 penagih baru dan 41,999 penagih tegar. Penyalahgunaan dadah ini juga telah menular ke kawasan FELDA, sektor perkilangan dan para nelayan. Seramai 3,551 orang peneroka, 2,189 pekerja sektor perkilangan dan 2,620 nelayan telah terlibat. Dari sejumlah2,620 nelayan tersebut, seramai 384 dihinggapi HIV dengan 20 kematian.


Penguatkuasaan

Dasar penguatkuasaan kita adalah menyekat kemasukan dadah dan mengambil tindakan terhadap pengguna-pengguna dadah. Kita mempunyai peruntukan undang-undang yang mencukupi untuk tujuan penguatkuasaan.


Tangkapan

Bagi tempoh 1997 hungga Jun 1999, seramai 4,334 orang telah ditangkap kerana disyaki mengedar dadah di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952. Seramai 3,856 orang ditangkap di bawah Undang-Undang Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK).


Rampasan

Sebanyak 173,387 kg. Candu, 703,447 kg. Heroin dan 6,148.203 kg. Ganja telah dirampas dalam tempoh tiga tahun yang lalu.


Pengesanan/Pembongkaran

Kita telah mengesan 17 sindiket yang terlibat dengan senjatapi; 23 tangkapan telah dibuat, di mana 9 daripada mereka telah terkorban selepas tembak menembak dengan pihak polis. Sebanyak 20 pucuk pistol dan 1,294 butir peluru telah dirampas dari sindiket pengedaran dadah.


Jabatan ini juga telah berjaya membongkar 14 buah makmal haram dan berjaya menangkap 17 ahli sindiket yang sedang memproses dadah di makmal tersebut
.


Rampasan Harta

PDRM juga telah berjaya merampas harta bernilai RM41.93 juta, terdiri dari 7 buah bot, 2 buah bungalow, 3 buah kondominium, 13 buah rumah teres, 157 buah kereta mewah dan wang tunai.


Tangkapan Warganegara Asing

Seramai 241 warganegara asing telah ditangkap dalam pengedaran dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala seramai 434 orang pendatang haram telah ditangkap di bawah akta yang sama.

Di samping itu, dengan kerjasama di antara Jabatan Narkotik dan agensi-agensi penguatkuasaan dadah antarabangsa, seramai 26 rakyat Malaysia telah ditangkap di luar negara kerana penglibatan dalam pengedaran dadah di peringkat antarabangsa.


Hukuman

Sehingga tahun Jun 1999, seramai 209 orang telah menjalani hukuman gantung sampai mati, manakala seramai 270 rakyat Malaysia dan 26 orang rakyat asing masih menunggu hukuman gantung sampai mati.


Operasi Bersama Peringkat Antarabangsa

Bagi membendung pengaliran dadah ke negara ini, pihak PDRM telah mengambil bahagian di dalam "International Narcotics Joint Operations" di peringkat antarabangsa. Oleh kerana komitmen negara ini, Pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengiktiraf Malaysia sebagai "Model for countries that need to estabilish more effective control systemナ." Pengiktirafan yang sama turut diberikan oleh Presiden Amerika Syarikat.

Pada tahun 1998 Malaysia juga telah diiktiraf oleh negara tersebut sebagai bukan lagi negara transit bagi pengedaran dadah antarabangsa. Pihak berkuasa Drug Enforcement Administration - United States Department of Justice telah memberi penghargaan kepada pihak kita "For Outstanding Contribution In The Field Of Drug Law Enforcement".

Pada tahun 1999 Presiden Interpol telah memberi penghargaan kepada langkah-langkah penguatkuasaan yang diambil oleh Malaysia untuk membenteras pengedaran dadah. Dengan kerjasama di kalangan semua rakyat dan pihak agensi kerajaan yang lain, PDRM dapat membendung masalah penyalahgunaan dan pengedaran dadah di Malaysia.



Kesan Buruk Najis Dadah

  • Merosakkan sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang)

  • Mengakibatkan kematian mengejut

  • Dalam keadaan mabuk atau khayal, penagih tidak dapat mengawal pergerakan badan

  • Risiko jangkitan AIDS, hepatitis dan kancing gigi apabila menggunakn alat suntikan yang kotor.

  • Kesan kepada wanita mengandung :- keguguran, kelahiran bayi songsang, lahir belum cukup umur, kematian bayi semasa lahir dan melahirkan bayi yang menunjukan gejala tarikan.

  • Melemah dan merosakkan daya pemikiran, pemahaman, percakapan, pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah.

  • Melemahkan aktiviti otak,terutama daya menyelesaikan masalah, budibicara dan penganalisaan.


Peranan Ibubapa Membasmi Dadah

  • Mengamalkan hubungan yang erat dikalangan ahli keluarga

  • Memberi kasih sayang yang sama rata kepada semua ahli keluarga

  • Menjadikan diri anda sebagai contoh yang baik.

  • Meluangkan masa untuk bersama anak-anak dan ahli keluarga.

  • Sentiasa bersedia berkomunikasi dan mendengar masalah anak-anak.

  • Peka dan mengambil tahu aktiviti-aktiviti anak dan rakan sebayanya.

  • Menentukan ahli keluarga memperolehi ubatan-ubatan dari daktor atau ahli farmasi yang bertauliah dengan sukatan-sukatan yang telah ditetapkan.

  • Peka terhadap kawasan sekitar tempat tinggal yang mungkin dijadikan sarang penagih najis dadah dan melaporkan kepada pihak polis jika terdapat pergerakan yang mencurigakan..

  • Memberikan sokongan kepada program pemulihan najis dadah yang melibatkan ahli-ahli keluarga.

BAGAIMANA TERJADINYA CURI KENDERAAN. SALAH SIAPA?



Curi Kenderaan

Tempat di mana kecurian kerap berlaku

  • Tempat letak kereta awam
  • Kompleks membeli-belah
  • Di hadapan rumah, tepi jalan raya
  • Tempat letak kereta di hotel-hotel

Faktor berlaku kecurian

  • Tidak dikunci
  • Tiada kunci tambahan
  • Meletakkan di tempat yang terpencil atau gelap pada waktu malam
  • Meninggalkan barang berharga di motosikal

Bagaimana mencegah kecurian kereta

  • Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera keselamatan yang baik
  • Memasang kunci tambahan untuk stering, gear, roda dan kelac. Pastikan juga kereta sentiasa dikunci
  • Sentiasa meletak kereta di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang berlampu
  • Pastikan anda berhati-hati supaya kunci kereta tidak ditiru semasa menghantar kenderaan anda untuk diservis
  • Jangan serahkan kunci kepada 'Jockey' kereta
  • Adalah lebih baik untuk menukar nombor pendaftaran di cermin kereta ('sandblasting')
  • Bersiap sedia dengan kunci kereta apabila menuju ke kereta.
  • Elakkan meletak kenderaan bersebelahan dengan kenderaan yang lebih besar seperti lori atau bas kerana ini memudahkan pencuri mencuri.(terlindung dari pandangan orang)

Bagaimana mencegah kecurian motosikal

  • Letak motosikal ditempat yang dikhaskan.
  • Pastikan anda mengunci motosikal ketika meninggalkannya.
  • Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang/berlampu.
  • Rantai dan kunci tambahan adalah penting untuk mengelakkan motosikal dari dicuri.
  • Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian yang jelas dilihat.

BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBUAT REPOT POLIS


Cara membuat REPOT
Mengikut Seksyen 107 Kanun Prosedur Jenayah, apabila pengaduan atau repot dibuat kepada seorang Ketua Polis Balai (KPB) berkenaan kejadian sesuatu kesalahan, KPB itu atau pun pegawai polis lain di bawah arahannya hendaklah menulis maklumat itu dan setelah menulis hendaklah dibaca semula kepada pengadu. Setiap pengaduan hendaklah ditulis dalam buku laporan yang disimpan oleh KPB dan hendaklah ditulis tarikh dan waktu aduan dibuat, samada diberi dengan tulisan atau percakapan. Setelah menulis pengaduan itu dikehendaki ditandatangan oleh pemberinya atau pengadu.

Bagaimana?
Pengaduan boleh dibuat melalui dua cara, iaitu :

  • Pengaduan boleh dibuat secara lisan dan ditulis oleh anggota polis yang menerima pengaduan.
  • Pengadu menulis sendiri aduannya dalam borang Pol. 55

Pengaduan boleh dibuat di mana-mana balai polis, walaupun kejadian berlaku diluar kawasan balai berkenaan (termasuk kes Trafik).

Menulis sendiri repot
Borang Pol. 55 boleh didapati secara percuma daripada anggota polis yang bertugas di pejabat atau kaunter pertanyaan di mana-mana balai. Setiap pengaduan hendaklah ditulis dengan menggunakan pen dakwat, supaya tidak boleh dipadam, dengan mengambil kira perkara-perkara berikut :

  • Tulis nama(seperti dalam kad pengenalan) dengan betul.
  • Tulis nombor kad pengenalan selepas nama anda.
  • Isikan butir-butir lain dalam borang berkenaan iaitu jantina,umur, keturunan,bahasa, pekerjaan dan tempat tinggal (nombor telefon jika ada)
  • Gunakan bahasa yang mudah dan tepat semasa menulis laporan.
  • Tulis dengan terang, jelas dan boleh dibaca.
  • Tandatangani pengaduan yang ditulis.
  • Tulis pengaduan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Ingggeris sahaja (pengaduan dalam bahasa-bahasa lain tidak dibenarkan).
  • Pengadu berhak mendapat salinan pengaduan yang disahkan oleh Ketua Polis Daerah dengan bayaran minima sebanyak RM2.00.

Fakta-fakta diperlukan dalam repot
Sesuatu pengaduan hendaklah padat dan lengkap. Di antara fakta-fakta penting yang diperlukan ialah:

  • Apa - Kes/kejadian yang hendak dilaporkan (misalnya kecurian, pembunuhan dan sebagainya).
  • Bila - Nyatakan tarikh dan masa berlakunya kejadian itu.
  • Di mana - Nyatakan tempat/lokasi berlakunya kejadian. Nama bandar, kampung, jalan dan nombor rumah.
  • Siapa - Nyatakan butir-butir orang terlibat atau disyaki sekiranya ada saksi yang melihat dan sebagainya. Adakah mereka dikenali atau tidak.
  • Bagaimana - Nyatakan cara atau bagaimana kes itu berlaku/cara jenayah itu dilakukan. Misalnya bagaimana cara pencuri memasuki rumah.
  • Akibat - Kerosakan, kerugian, kecederaan yang dialami (anggaran harga/kos).


Cara membuat repot kemalangan jalanraya
Pengaduan kemalangan jalan raya merangkumi tiga peringkat atau proses. Peringkat I merupakan peringkat di mana pihak-pihak yang terlibat dalam kemalangan tersebut tampil membuat pengaduan polis. Peringkat II melibatkan siasatan pihak polis terhadap pihak-pihak terlibat serta pemeriksaan terhadap kenderaan. Peringkat III merupakan peringkat penyediaan dokumen-dokumen siasatan.

PERINGKAT 1

Mengikut peruntukan seksyen 52 Akta Pergankutan Jalan Raya 1987, setiap kecelakaan jalan raya hendaklah dilaporkan kepada polis. Pihak yang terlibat hendaklah pergi ke balai polis untuk membuat pengaduan samada dengan menulis sendiri atau melalui anggota polis yang bertugas di Pejabat Pertanyaan. Selain itu, pihak yang terlibat boleh menghubungi balai polis melalui telefon mengenai kecelakaan yang berlaku dan anggota polis yang bertugas mencatatkan segala maklumat yang diberikan. Dalam pengaduan tersebut, pihak yang terlibat hendaklah menuliskan senario kejadian yang berlaku pada sekeping kertas dan menyerahkan sendiri di balai polis untuk dijadikan laporan polis.

Maklumat-maklumat yang perlu diambil kira semasa membuat pengaduan polis adalah seperti berikut :

  • Tarikh, masa dan tempat kejadian (tanda-tanda nyata atau "landmark" boleh digunakan bagi menggambarkan tempat kejadian).
  • Pihak-pihak yang terlibat (catatkan nombor pendaftaran, jenis dan warna kenderaan).
  • Kenderaan, mangsa yang terlibat (termasuk kematian) dan kerosakan kenderaan atau harta awam.
  • Maklumat-maklumat yang diperolehi hasil pengamatan kelima-lima pacaindera pengadu sebelum, semasa dan selepas kejadian. (Jangan sama sekali membuat andaian).


PERINGKAT II

Setelah laporan dibuat pengadu akan dirujuk kepada pegawai penyiasat kes trafik. Siasatan awal dilakukan dengan merakam percakapan, pengecam tempat kejadian, pemeriksaan teliti kenderaan yang terlibat dan mengklasifikasikan kes mengikut undang-undang. Klasifikasi kes bergantung kepada keterangan fakta dan data-data yang dikumpul semasa siasatan.

"Refer to Insurance"
Bagi kes kenderaan kecil, tidak melibatkan kematian atau kecederaan serta kerosakan kecil ke atas kenderaan yang terlibat, pegawai penyiasat berpendapat siasatan lanjut tidak perlu, maka kes tersebut diklasifikasikan sebagai "RTI - Refer To Insurance" dan pengadu boleh membuat tuntutan sivil.

Siasatan lanjut - kertas siasatan dibuka
Bagi kes kecelakan yang serius, siasatan terperinci akan dilakukan dan kertas siasatan akan dibuka. Setelah segala keterangan serta data-data kecederaan tersebut diperolehi, pihak yang bersalah akan ditetapkan untuk didakwa.

Mengkompaun kesalahan
Bagi kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun, satu notis saman akan dikeluarkan ke atas pesalah yang terlibat. Bayaran kompaun boleh dibuat dikaunter Trafik C.O.P.S - Compound On Line Payment System.

Hadir Mahkamah
Jika tidak membayar kompaun, pesalah hendaklah hadir di mahkamah pada tarikh yang dinyatakan dalam notis saman.

Nota: Mengikut Seksyen 104 Akta Pengangkutan Jalan 1987 setiap kes kemalangan jalan raya samada serius atau tidak, adalah menjadi tanggungjawab pengadu untuk memaklumkan kejadian tersebut kepada syarikat insurannya bagi membolehkan suatu tuntutan di buat di bawah sesuatu polisi.

PERINGKAT III

Salinan pengaduan boleh dibeli pada kadar yang ditetapkan sejurus pengaduan dibuat atau tidak lewat daripada tiga (3) hari dari tarikh pengaduan. Bagi dokumen-dokumen lain siasatan seperti gambar, rajah kasar dan salinan rakaman percakapan, pembekalannya bergantung kepada status siasatan dan bantuan logistik. Sebarang pertanyaan boleh dibuat kepada daerah polis di mana siasatan kes itu dijalankan.

Contoh repot kes jenayah
Pada 1.1.2000, jam 12 tengah malam, tiga orang yang tidak saya kenali telah menyerbu ke dalam rumah saya menerusi pintu hadapan. Mereka menutup muka dengan stokin wanita. Salah seorang bersenjata seperti pistol sementara yang dua orang lagi bersenjata pisau. Mereka merompak harta benda saya iaitu sebuah kamera, tiga rantai emas dan wang tunai berjumlah RM10,000. Merka juga melarikan kereta saya jenis KIA nombor pendaftaran CUR 54 berwarna biru. Saya tidak dapat mengecam mereka. Sebaik sahaja kejadian itu saya membuat aduan kepada balai polis.

Contoh repot kemalangan jalanraya
Pada 2.2.2000, Jam 3.00 petang ketika saya sedang memandu kereta saya Protn Putra warna merah nombor pendaftaran MAL 2345 di Jalan Merdeka, Kuala Lumpur, sebuah kereta jenis Toyota warna hijau nombor pendaftaran AB 7378 yang datang daripada depan secara tiba-tiba memotong sebuah kereta lain, telah melanggar kereta saya daripada hadapan. Kereta saya megalami kerosakan dan saya turut tercedera dibahagian kepala. Inilah pengaduan saya

KETUA POLIS NEGARA






Tan Sri Dato' Seri Musa Bin Dato' Hj. Hassan


YDH Tan Sri Dato' Seri Musa dilahirkan pada 13 September 1951 di Kuala Lumpur. YDH Tan Sri Dato' Seri Musa Bin Dato' Hj. Hassan telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 12 September 2006. Beliau merupakan Ketua Polis Negara yang ke lapan menggantikan Tan Sri Mohd Bakri Bin Hj. Omar yang bersara pada 11 September 2006. Beliau dikenali sebagai seorang Pegawai Kanan Polis yang amat tegas dan menitikberatkan disiplin di kalangan pegawai dan anggota bawahannya dan sangat berterus terang tentang strategi dan stail pengurusannya untuk mencapai matlamat.

Ciri-ciri kepimpinan ini telah mendatangkan rasa gerun dan hormat seluruh warga PDRM terhadapnya; di kalangan ahli masyarakat, mereka melihat beliau secara positif, iaitu sebagai pemimpin pasukan yang mampu berbuat sesuatu, khususnya dalam membimbing PDRM menurut aspirasi masyarakat.

Beliau melihat tugas besar yang harus ditanganinya segera ialah mengurangkan kadar jenayah dan seterusnya mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap soal keselamatan untuk memperkasakan semula pasukan Polis Diraja Malaysia. Amanat beliau " Bekerjalah dengan ikhlas, jujur dan amanah. Buat kerja dengan betul dan bantu saya ".


Rekod Perkhidmatan YDH Tan Sri Dato' Seri Musa Bin Dato' Hj. Hassan.

1969 -Insp. Pelatih.
Di Maktab Polis Kuala Kubu Bahru.
1970 -Insp. Siasatan Khas.
Di IPD. Melaka Tengah.
1973 -Pegawai Pendakwa.
Di IPD. Alor Gajah, Melaka.
1975 -PT Rekod / Perangkaan CAD
JSJ. Bukit Aman.
1981 -PPP Bah. 'A'
Narkotik, Bukit Aman.
1985 -PPP Pakar Bantuan Teknik CAD.
JSJ. Bukit Aman.
1986 -PPP Sekolah Undang-Undang.
Maktab Polis Kuala Kubu Bahru.
1988 -Timbalan Ketua Sekolah Perundangan.
Maktab Polis Kuala Lubu Bahru.
1991 -Pegawai Latihan B1.
Cawangan Latihan, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman.
1992 -PP Latihan (Peperiksaan).
Cawangan Latihan, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman.
1995 -Penolong Pengarah Pendakwaan / Undang-Undang.
JSJ. Bukit Aman.
2000 -Timbalan Pengarah II.
JSJ. Bukit Aman.
2001 -Timbalan Pengarah I.
JSJ. Bukit Aman.
2003 -Ketua Polis Johor.
2004 -Pengarah JSJ.
Bukit Aman.
2005 -Timbalan Ketua Polis Negara
2006 -Ketua Polis Negara.

Sebagai seorang pegawai kanan yang berpengalaman, beliau juga memiliki segala ilmu yang mencukupi bagi memikul tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Polis Negara.

Senarai Ketua Polis Negara :






Related Posts with Thumbnails