Thursday, September 7, 2017

Mohamad Fuzi Ketua Polis Negara baru

PENGARAH Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dilantik sebagai Ketua Polis Negara bagi menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bersara wajib bermula hari ini.
Majlis serah terima tugas, diikuti penyerahan tongkat kuasa diadakan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) dengan disaksikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid Hamidi berkata, Suruhanjaya Pasukan Polis memutuskan Tan Sri Noor Rashid Ibrahim kekal sebagai Timbalan Ketua Polis dengan penjawatan baru dinaikkan kepada Turus 3.
Katanya, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff dilantik ke jawatan Pengarah Cawangan Khas.Turut dilaksanakan, pada ini ialah majlis penyerahan jawatan Pengerusi PERKAP Malaysia, antara Puan Sri Imran Ibrahim dan Datin Seri Azizah Hamdi.
Khalid bersara selepas 40 tahun berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia
Sementara itu, Mohamad Fuzi berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Universiti Malaya (UM) dan Ijazah Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan Antropologi dan Sosiologi pernah menyandang pelbagai jawatan dalam PDRM.
Antara jawatan yang pernah disandang beliau ialah Ketua Bahagian Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh dan Taiping serta Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman.
Pada 2014, beliau pernah memangku jawatan Timbalan Ketua Polis Negara selama beberapa bulan berikutan penyandangnya, Tan Sri Mohd Bakri Zinin yang bersara wajib.
Selepas itu beliau menjawat Pengarah Pengurusan PDRM), seterusnya dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman berkuat kuasa Julai 2015.
Beliau menggantikan kedudukan Datuk Seri Akhil Bulat yang bersara ketika itu.
Related Posts with Thumbnails