Wednesday, October 29, 2008

Coretan Hati Dari SP12758

Assalamualaikum,,, kepada semua anggota SPDRM BALING. Khasnya untuk Anggota2 yang telah dinaikan pangkat, semoga anda semua menjalankan tugas dengan amanah. Disini saya ingin mengambil kesempatan memohon maaf sekiranya, sepnjang saya berada dalam pasukan ini, ada kesalahan saya yang tidak disengajakan membuatkan kwn2 semua tersinggung.
Kepada pegawai2 atasan rajin2lah menjeguk anggota dibawah jagaan tuan.

Wednesday, October 15, 2008

Tragedi dalam Kebun Getah




KUALA KRAI: Mayat isteri dihumban dalam perigi manakala mayat suami disumbat dalam tong besar berisi air. Begitulah kejamnya pembunuh pasangan penoreh getah warga Thailand, Anuar Dahman, 27, dan isterinya yang hanya dikenali sebagai Hasmah, 18, di rumah agak tersorok, kira-kira dua kilometer dari jalan besar di Kampung Banggol Chengal, Peria dekat sini, semalam.Mayat mereka ditemui sepupu Anuar, Nik Noh Nik Soh, 48, bersama anak lelakinya, Raof Harun, 11, ketika datang ke rumah mangsa untuk mengajak pasangan itu menoreh jam 6.30 pagi. Nik Noh berkata, dia pergi ke rumah mangsa untuk mengajak mereka menoreh sebelum menggeletar ketakutan sebaik menemui mayat isteri sepupunya yang hamil tiga bulan dalam perigi, dipercayai dibunuh berhampiran rumah mangsa.
Berikutan itu, dia bergegas ke kampung berhampiran kira-kira dua kilometer dari situ untuk mendapatkan bantuan tanpa menyedari sepupunya turut mati dengan mayatnya disumbat dalam tong besar di depan rumah.
Katanya, dia yang dua tahun mengambil upah menoreh getah di kampung itu mulanya mendapati rumah berkenaan agak gelap dan tidak melihat sesiapa dalam rumah, namun tidak mengesyaki kejadian buruk menimpa pasangan itu.“Tidak lama kemudian, anak saya menjerit ketakutan apabila melihat mayat Hasmah dalam perigi yang digenangi darah.“Saya keluar ke jalan besar untuk memberitahu penduduk kampung mengenai kejadian itu sebelum melaporkan kepada polis,” katanya.Sepasukan anggota polis yang membuat siasatan di sekitar kawasan rumah itu menemui mayat Anuar.Rumah mangsa yang kira-kira dua kilometer dari jalan besar agak tersorok dari rumah penduduk lain dengan laluan ke kediaman mereka yang berbukit hanya sesuai dilalui pacuan empat roda.Rumah kongsi didiami pasangan itu sejak bekerja di situ, terletak di puncak cerun bukit dalam kawasan kebun getah.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim, berkata pihaknya mengesyaki pembunuhan itu berlaku antara jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Menurutnya, pasangan terbabit mengambil upah menoreh di kebun getah milik penduduk tempatan, sejak dua bulan lalu.“Mayat Anuar ditemui dalam tong berisi air dengan kepala di bawah dan kaki ke atas, manakala mayat isterinya pula dalam perigi berhampiran rumah dalam keadaan berkemban. “Setakat ini, polis masih menyiasat motif pembunuhan itu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.Bagaimanapun, beliau enggan memberitahu bagaimana pasangan suami isteri itu dibunuh penyerang serta jenis senjata digunakan kerana siasatan rapi sedang dijalankan dengan bantuan pakar patologi dari Kuantan, Pahang, yang dipanggil ke tempat pembunuhan itu.Namun, polis menahan seorang lelaki warga Thailand berusia 21 tahun untuk disoal siasat.Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Mayat pasangan itu dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk dibedah siasat.
Related Posts with Thumbnails