Thursday, September 7, 2017

Mohamad Fuzi Ketua Polis Negara baru

PENGARAH Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dilantik sebagai Ketua Polis Negara bagi menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bersara wajib bermula hari ini.
Majlis serah terima tugas, diikuti penyerahan tongkat kuasa diadakan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) dengan disaksikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid Hamidi berkata, Suruhanjaya Pasukan Polis memutuskan Tan Sri Noor Rashid Ibrahim kekal sebagai Timbalan Ketua Polis dengan penjawatan baru dinaikkan kepada Turus 3.
Katanya, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff dilantik ke jawatan Pengarah Cawangan Khas.Turut dilaksanakan, pada ini ialah majlis penyerahan jawatan Pengerusi PERKAP Malaysia, antara Puan Sri Imran Ibrahim dan Datin Seri Azizah Hamdi.
Khalid bersara selepas 40 tahun berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia
Sementara itu, Mohamad Fuzi berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Universiti Malaya (UM) dan Ijazah Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan Antropologi dan Sosiologi pernah menyandang pelbagai jawatan dalam PDRM.
Antara jawatan yang pernah disandang beliau ialah Ketua Bahagian Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh dan Taiping serta Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman.
Pada 2014, beliau pernah memangku jawatan Timbalan Ketua Polis Negara selama beberapa bulan berikutan penyandangnya, Tan Sri Mohd Bakri Zinin yang bersara wajib.
Selepas itu beliau menjawat Pengarah Pengurusan PDRM), seterusnya dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman berkuat kuasa Julai 2015.
Beliau menggantikan kedudukan Datuk Seri Akhil Bulat yang bersara ketika itu.

Sunday, August 6, 2017

MESYUARAT BERSAMA JPJKKD BALING DAN PANGGIL NAMA BULAN JULAI 2017



Tuesday, July 4, 2017

[UPDATE] Geng 08, Geng 21 yang gaduh

SIASATAN polis mendapati pergaduhan di Jalan Kledang Timur 10, Menglembu, 8 malam kelmarin, sehingga tiga lelaki parah ditembak membabitkan Geng 08 dan Geng 21.
Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata, polis sudah menahan empat suspek berusia 21 hingga 35 tahun berasal dari Batu Gajah termasuk suspek dipercayai melepaskan tembakan terhadap ketiga-tiga mangsa itu.
"Siasatan mendapati mangsa dari Geng 08 dan suspek dari Geng 21 manakala pihak polis sudah mengesan beberapa lagi suspek lain yang terbabit dalam kes ini.


"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39 Akta Senjata Api 1967," katanya dalam kenyataannya di Ipoh, hari ini.
Semalam, Harian Metro melaporkan tiga lelaki berusia antara 21 hingga 29 tahun cedera di beberapa bahagian badan akibat ditembak berpunca daripada pergaduhan ketika menonton perlawanan bola sepak.
Pergaduhan itu dipercayai berpunca daripada pertengkaran antara dua kumpulan semasa menonton perlawanan bola sepak di Padang Ipoh jam 4 petang hari yang sama.
Ketiga-tiga mangsa dilaporkan dirawat di Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.
Difahamkan, bapa kepada seorang daripada mangsa turut menerima ugutan daripada seorang lelaki pada 6 petang memberitahu akan menembak anak serta rakan anaknya.


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Julai 2017 @ 8:19 AM

Mayat remaja ditemui terapung


MAYAT remaja yang hilang selepas berenang untuk mengambil bola dalam sungai di Kampung Delong, Dungun, pada Ahad lalu ditemui terapung, hari ini.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacob berkata, mayat Che Wan Haziq Haikal Che Wan Othman, 14, dijumpai terapung kira-kira 2.5 kilometer dari lokasinya dilaporkan tenggelam, 7.05 pagi tadi.
"Ketika menyambung semula operasi mencari pagi ini dengan memperluaskan lagi kawasan pencarian, akhirnya mangsa ditemui," katanya.
Menurutnya, mayat remaja itu kemudiannya dibawa ke daratan sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat.
Ahmad Zailani berkata, pihaknya berterima kasih kepada semua yang terbabit dalam operasi mencari termasuk penduduk kampung yang banyak membantu polis.
Dalam kejadian, 6.45 petang Ahad lalu , Che Wan Haziq yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Pulut dikatakan bermain bola sepak berhampiran sungai berkenaan bersama rakannya.
Mangsa dikatakan terjun ke dalam sungai itu untuk mengambil bola sebelum tenggelam.
Foto Rosli Ilham

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Julai 2017 @ 11:28 AM

PANGGIL NAMA BULAN JUN 2017





Tuesday, June 20, 2017

Op Selamat 11 sempena Aidilfitri dilancarkan

KUALA LUMPUR: Op Selamat 11 sempena musim perayaan Aidilfitri tahun ini dilancarkan.

Berlangsung selama 15 hari bermula 18 Jun hingga 2 Julai, ia mengekalkan fokus terhadap usaha mengurangkan kadar jenayah pecah rumah dan kemalangan jalan raya dengan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi.’


Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, ia merupakan usaha berterusan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan penguatkuasaan selain daripada kempen kesedaran orang ramai terhadap penekanan pemanduan selamat dan keselamatan sebelum meninggalkan rumah.


Namun, beliau agak kecewa kerana 20 tahun sejak Op Selamat pertama dilancarkan, ia masih tidak menunjukkan impak yang benar-benar positif.

Jelasnya, semua usaha pihak berkuasa hanya sia-sia jika masyarakat masih tidak sedar dan menitik beratkan keselamatan untuk mengubah perkara itu.

“Saya susah hati. Di Malaysia sekarang ini untuk satu tahun, jumlah kematian di jalan raya telah mencecah 7,000 orang.


“Daripada analisis kami, boleh kata 95 peratus daripada kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu sendiri. Itu lah sebabnya kita tak jemu-jemu jalankan kempen ini," katanya selepas melancarkan Op Selamat 11 di sini hari ini.


Tahun lepas, Op Selamat 9 mencatat 20,982 kes kemalangan, menyaksikan peningkatan 524 kes atau 2.6 peratus berbanding tahun 2015.


Bagaimanapun kes kemalangan maut menurun 30 kes daripada 303 kes kepada 273, dan jumlah kematian juga menurun 31 kes daripada 330 kepada 299 kematian.


Pada masa sama, beliau turut mengingatkan orang ramai yang pulang beraya di kampung halaman supaya meninggalkan kediaman masing-masing dalam keadaan yang telah dipastikan keselamatannya.


Kini orang ramai memiliki kemudahan untuk menghantar Borang Maklumat Balik Kampung menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) tanpa perlu ke balai polis berhampiran, dan ia perlu dimanfaatkan sebaiknya.


“Tahun lepas, lebih kurang 100,000 ribu pemilik rumah yang hantar borang kepada kita, sedikit peningkatan iaitu tiga peratus berbanding tahun sebelumnya.


“Lebih mudah isi borang menerusi aplikasi ini supaya kita boleh aturkan rondaan di kawasan rumah yang mendaftar,” katanya.

Lelaki penyeludup senjata api dan dadah mati ditembak polis

ALOR SETAR - Seorang penjenayah yang dipercayai aktif dalam aktiviti penyeludupan senjata api dan dadah dari negara jiran ditembak mati polis di kawasan persimpangan Kampung Weng Dalam, Baling, semalam.
Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4.25 pagi itu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah yang melakukan rondaan terserempak dengan kenderaan suspek yang berhenti di tepi jalan.
"Pihak polis telah menghampiri kereta jenis Toyata Vios yang dinaiki lelaki berumur 41 tahun itu sebelum mengarahkan suspek keluar untuk pemeriksaan namun suspek telah melepaskan beberapa das tembakan dari arah dalam kereta.
"Selepas itu, suspek terus keluar dari pintu hadapan penumpang dan melepaskan beberapa lagi das tembakan ke arah pasukan polis. Polis telah membalas tembakan dan menyebabkan suspek mati akibat terkena dua tembakan di bahagian dada dan kepala," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata hasil pemeriksaan lanjut telah menjumpai sepucuk pistol semi auto jenis Norinco, lapan paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis heroin seberat 40 gram bernilai RM1,000 dan dua pasang nombor pendaftaran kenderaan palsu.
"Semakan terhadap nombor kereta Toyota Vios juga mendapati suspek telah menggunakan nombor pendaftaraan palsu dan disyaki kereta terbabit dari negara jiran," katanya.
Asri berkata pada hari yang sama kira-kira pukul 6.30 pagi, polis telah melakukan pemeriksaan di rumah suspek di Kampung Selarong, Perak yang dihuni bersama isterinya warga Thailand yang berusia 30-an.
"Hasil pemeriksaan, polis telah menjumpai satu bom buatan sendiri jenis batang paip, pelbagai jenis peluru hidup dan dadah jenis syabu seberat 250 gram yang dianggar bernilai RM17,500. Polis turut menahan isteri suspek untuk siasatan lanjut.
"Suspek yang bergerak secara sendiri ini turut mempunyai tiga rekod jenayah lampau yang melibatkan kes pecah rumah dan ugutan jenayah dan mayat suspek telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat," katanya.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971, Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39 Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

Monday, May 22, 2017

PELAN SIMPANAN PENDIDIKAN TERBAIK

PROGRAM COMMUNITY POLICING PDRM BERSAMA MASYARAKAT 20/05/2017 DI INAPAN MAHSURI, KAMPUNG PADANG ASUN, JITRA KEDAH






LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SSPDRM SIRI 2/2017






Thursday, May 18, 2017

OCPD diarah kenal pasti anggota bersekongkol jenayah

KETUA Polis Perlis, Datuk Ab Rashid Ab Wahab bergambar bersama pegawai dan anggota polis pada majlis pelancaran Ekplorasi Trim dan Fit Pendakian Pintu Wang Gunung, di kangar. - Foto Hafizudin Mohd Safar

KANGAR: Polis Perlis tidak akan berkompromi dengan anggota atau pegawainya yang dikesan bersekongkol dengan sindiket, termasuk yang membocorkan maklumat operasi kepada penjenayah. Ketua Polis Perlis, Datuk Ab Rashid Ab Wahab, berkata berikutan itu semua Ketua Polis Daerah dan Ketua Jabatan di bawah kontinjen ini diarah mengenal pasti anggota dan pegawai yang disyaki bersekongkol dengan mana-mana sindiket untuk tindakan susulan. 
"Ini bukan baharu, malah arahan untuk itu sudah saya berikan sejak mengambil alih jawatan Ketua Polis Perlis pada Jun tahun lalu, ia bukan sahaja berkaitan (anggota) berkongsi maklumat (dengan sindiket), malah saya juga mengarahkan mereka mengenal pasti anggota yang melakukan jenayah. 
"Pegawai dan anggota yang didapati terbabit akan dikenakan tindakan serta-merta selepas siasatan dijalankan," katanya ketika ditemui selepas melancarkan Ekplorasi Trim dan Fit Pendakian Pintu Wang Gunung, di sini. 
Beliau mengulas saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) disiasat susulan kebocoran maklumat operasi polis. Ia susulan 16 pegawai kanan dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman disyaki bersekongkol dan melindungi sindiket dadah.
 Ab Rashid pada masa sama mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan pegawai dan anggota polis yang dipercayai terbabit kegiatan tidak bermoral untuk tampil membuat aduan.
 "Kita tidak akan berkompromi, bagaimanapun kita akan jalankan siasatan terlebih dahulu terhadap setiap dakwaan kerana tidak mahu ada anggota teraniaya, pegawai dan anggota yang dikenal pasti tidak sesuai bertugas di kawasan tertentu juga akan diarahkan pindah serta-merta bagi mengelak gejala tidak diingini," katanya.

Wednesday, May 17, 2017

LIRIK LAGU SUKARELAWAN POLIS DIRAJA MALAYSIA.



PEREMAN POLIS BERSATU,
BERSAMA BERGANDNG BAHU,
SEIRING TUGAS DIPANGKU,
PVR NADI PEMBANTU,

PENGERAK JALINAN MESRA,
PASUKAN BERSAMA RAKYAT,
SUMBANGAN KHIDMAT MULIA,
SEMOGA JASA TERPAHAT,

SUKARELAWAN POLIS DIRAJA,
LAKSANA TANGGUNGJAWAB SETARA,
MENCAPAI MISI KOMITMEN KITA,
SEMOGA MALAYSIA SEJAHTERA,

PENGERAK JALINAN MESRA,
PASUKAN BERSAMA RAKYAT,
SUMBANGAN KHIDMAT MULIA,
SEMOGA JASA TERPAHAT,

SUKARELAWAN POLIS DIRAJA,
LAKSANA TANGGUNGJAWAB SETARA,
MENCAPAI MISI KOMITMEN KITA,
SEMOGA MALAYSIA SEJAHTERA,

PEREMAN POLIS BERSATU,
BERSAMA BERGANDING BAHU,
SEIRING TUGAS DI PANGKU,
PVR NADI PEMBANTU.

PANGGIL NAMA BULAN APRIL 2017

PANGGIL NAMA DIHADIRI OLEH PEGAWAI JPJKKD BALING ASP ISMAIL ATAN.






PENUGASAN JAGA AMAN PROGRAM SEPAKAT KOMUNITI.

PROGRAM KOMUNITI SEPAKAT BERSAMA RAKYAT DI SK SERI BAYU, JLN WENG.








Dua Polis Cedera Bertembung Kereta Penjenayah





SANDAKAN: Dua anggota polis cedera selepas kereta peronda dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah kereta curi dinaiki dua lelaki yang cuba melarikan diri selepas dikejar di Jalan Pelabuhan Sandakan di sini, Isnin.
Akibat pelanggaran itu, Sarjan Fadil Abu Bakat, 53, cedera di belakang kepala manakala Lans Kpl Ismail Samsudin, 29, mengalami gegaran di kepala.
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Mohd Azhar Hamin berkata, kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu berlaku ketika mereka membantu mengejar kereta berkenaan yang dikesan oleh sebuah ker
eta peronda lain di kawasan Bandar Ramai-Ramai.
Katanya menyedari kehadiran polis, suspek bertindak memecut kenderaan dan cuba melarikan diri sebelum bertembung dengan kereta peronda yang datang membantu menjejaki kereta suspek.
"Keadaan dua anggota itu dilaporkan stabil dan telah dibenarkan keluar dari Hospital Duchess of Kent Sandakan," katanya pada sidang media di sini, Selasa.
Agensi berita Bernama yang memetik kenyataan Azhar sebagai berkata, seorang suspek berusia 31 tahun dalam kereta curi itu turut cedera dan masih menerima rawatan di hospital manakala suspek kedua berusia 19 tahun hanya cedera ringan dan ditahan reman.
Katanya, kereta jenis Proton Aeroback dinaiki dua suspek itu dilaporkan hilang pada Ahad lepas di Jalan Cecily di sini.
Beliau berkata berkata kedua-dua lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 307 Kanun kerana cubaan membunuh anggota polis.
Menurutnya, siasatan awal polis mendapati kedua-dua suspek juga positif dadah dan mempunyai rekod jenayah kesalahan lampau.



Tiga Pegawai Polis Ditahan SPRM


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pegawai polis dan dua orang awam kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan mengutip wang rasuah daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di Melaka pada Selasa.
Tiga pegawai polis lelaki yang ditahan pada 10 pagi itu terdiri daripada dua berpangkat Asisten Superintendan dan seorang Inspektor.
Orang awam pula dipercayai merupakan orang tengah kepada ketiga-tiga pegawai polis tersebut untuk mengutip wang rasuah daripada pengusaha-pengusaha  pusat judi haram dan rumah urut tersebut, manakala seorang lagi merupakan pengusaha pusat judi haram yang telah dipantau oleh SPRM sejak beberapa bulan yang lalu.
Difahamkan, wang rasuah itu dibayar sebagai wang perlindungan bagi melindungi kegiatan-kegiatan haram yang dilakukan oleh pengusaha-pengusaha tersebut.
Menurut sumber, operasi yang dilancarkan itu adalah hasil daripada maklumat yang diperolehi SPRM daripada orang ramai berhubung paksaan oleh beberapa pegawai polis  untuk membayar wang rasuah.
Antara pegawai yang dipercayai sering terlibat terdiri daripada mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dan IPD Jasin.
SPRM dikatakan masih sedang mengesan beberapa individu yang dipercayai terlibat dalam perbuatan itu termasuk pegawai-pegawai polis di Melaka.
Menurut sumber, SPRM turut menyiasat hubungan dua orang awam yang ditangkap dengan pengurusan tertinggi Polis Diraja Malaysia.
Ini adalah kerana, jika terdapat pegawai polis yang enggan bersekongkol dengan aktiviti tersebut, mereka akan ditukarkan dengan serta-merta.
SPRM juga dikatakan sedang menyiasat seorang Ketua Polis Daerah di Negeri Melaka yang pernah ditukarkan sebelum ini kerana keengganannya bersekongkol dengan aktiviti-aktiviti tersebut ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan tidak menolak kemungkinan beberapa lagi tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat.
Kesemua suspek berusia antara 41 tahun dan 31 tahun dijangka akan direman di Mahkamah Putrajaya pada Rabu untuk membantu siasatan.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) dan 17(a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti  Haram 2001.

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2017/05/16/polis-sprm/#M8hBiv6bEZeotAHY.99

Thursday, May 11, 2017

Pelajar 15 sekolah di Kedah dikenal pasti terlibat dadah

ALOR SETAR: Polis mengenal pasti 15 sekolah di Kedah di mana pelajarnya terlibat dalam kegiatan mengedar dan menggunakan dadah.
Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff berkata pihaknya dalam proses menangani kegiatan jenayah itu di sekolah di beberapa daerah termasuk Kota Setar, Kubang Pasu, Sungai Petani dan Padang Terap.
“Hasil tangkapan sebelum ini mendapati mereka mengambil dan mengedar dadah terutamanya jenis syabu dan ketum kerana ia mudah didapati.
“Kita ingin ‘mencuci’ sekolah yang dikenal pasti yang mana melibatkan hampir 100 pelajar kerana bimbang kegiatan ini terus berleluasa melalui aktiviti merekrut lebih ramai pelajar sekolah,” katanya selepas program derma darah bersempena Peringatan Hari Polis Ke-210 di Hospital Sultanah Bahiyah hari ini.
Pada program tersebut, Asri turut melawat dan menyampaikan sumbangan berbentuk hamper kepada 80 pesakit di hospital berkenaan.
Asri berkata pihaknya menghasilkan sebuah video dokumentari berkaitan jenayah dadah dalam bentuk VCD untuk diagihkan kepada setiap anggota parlimen dan sekolah di seluruh Kedah sebagai usaha membanteras jenayah dadah.
“VCD ini mengandungi dokumentari mengenai dadah seperti bekas penagih menceritakan kesan buruk pengambilan dadah, pada peringkat awal, 1,000 keping VCD akan diagihkan.
“Pada 30 April ini, satu program bersama anggota parlimen akan diadakan bagi membincangkan masalah dadah yang berlaku di kawasan masing-masing dan mereka akan turut diberi VCD terbabit,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Asri berkata indeks jenayah di Kedah mencatat penurunan 5.65% bagi tempoh Januari hingga 15 April tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.
Katanya, sepanjang tempoh itu 1,938 kes jenayah dicatatkan di negeri ini berbanding 2,054 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

PELAN SIMPANAN PENDIDIKAN TERBAIK

Related Posts with Thumbnails