Sunday, August 5, 2012

KADAR KENAIKAN ELAUN BARU BAGI SSPDRM (ALHAMDULILLAH SYUKUR)



Setelah membuat permohonan dan perbincangan dilaksanakan, maka kali ini pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah meluluskan kenaikan elaun bagi anggota sukarelawan Ikatan Relawan Rakyat (RELA), Sukarelawan Polis DiRaja Malaysia (SPDRM) dan Jabatann Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)

Kenaikan yang diluluskan oleh pihak JPA mengikut dua kategori iaitu kategori pegawai kanan dan anggota pangkat-pangkat lain.

HARAP2 CADANGAN CUEPACS INI MENJADI KENYATAAN

PUTRAJAYA, 2 Ogos (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini mencadangkan penyelarasan imbuhan tetap perumahan kepada RM450 sebulan untuk semua penjawat awam dan penurunan kadar faedah pinjaman perumahan daripada 4 peratus kepada 1 peratus.

Timbalan Presiden Cuepacs Aziz Muda berkata cadangan tersebut antara 23 syor yang dikemukakan Cuepacs kepada Suruhanjaya Khas Mengenai Transformasi Perkhidmatan Awam.

"Satu perkara yang kita beri penekanan kepada suruhanjaya adalah isu perumahan. Ini kerana dengan lonjakan harga rumah, dengan gaji yang diterima penjawat awam pada hari ini menyebabkan mereka tidak mampu memiliki rumah.

"Jadi kita minta suruhanjaya dan kerajaan melihat perkara ini secara komprehensif," katanya kepada pemberita selepas sesi pembentangan penambahbaikan perkhidmatan awam di bangunan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di sini hari ini.

Turut dicadangkan ialah pelarasan elaun bantuan sara hidup (COLA) kepada RM400 sebulan berbanding RM150 dan RM300 pada masa ini serta cadangan menaikkan elaun tetap keraian.
Related Posts with Thumbnails