Thursday, April 30, 2009

"JIRAN ANDA MUNGKIN POLIS"

.

"sEJAK ada program kepolisan komuniti di sini, saya dengar tak banyak kes jenayah berlaku," kata peniaga Rashdan Mangsur kepada di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor, baru-baru ini. Beliau merujuk kepada program yang dilancarkan di kawasan perumahan berkenaan pada pertengahan tahun lepas.

Semasa pelancaran konsep community policing pada 5 April 2007, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengarahkan semua kontinjen polis membuat perancangan sistematik dengan mengambil kira penglibatan masyarakat dalam pencegahan jenayah.

Konsep community policing atau kepolisan komuniti yang merupakan sebahagian daripada Pelan Strategik Lima Tahun Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi 2007-2011 banyak membantu polis mengurangkan kadar jenayah di beberapa lokasi di negara ini.

Musa dalam ucapan beliau pada satu majlis di sini baru-baru ini, berkata konsep itu adalah kaedah kepolisan masyarakat yang lebih efektif dalam membantu meningkatkan tahap perkhidmatan pasukan polis.

“Saya berpendapat menerusi community policing yang lebih efektif, tahap kerjasama masyarakat (dan polis) akan lebih baik. Hubungan rapat dengan masyarakat akan menambahkan perkhidmatan polis dan meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan oleh pasukan PDRM,” kata Musa.

Pelaksanaan konsep kepolisan komuniti ini dilakukan dalam tiga fasa. Fasa pertama melibatkan kontinjen polis di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor.

Fasa dua akan melibatkan kontinjen di semua negeri dan fasa tiga akan dilaksanakan dan melibatkan semua kontinjen serta daerah di setiap negeri. Program ini dijangka terlaksana mengikut jadual sehingga 2011.

Antara kawasan yang berjaya melaksanakan konsep itu ialah Taman Seri Maharani, Muar dan Taman Tan Sri Yaakub (Johor), Taman Wangsa Maju di Sentul (Kuala Lumpur) serta Taman Ocean, Daerah Timur laut (Pulau Pinang). Taman Seri Maharani boleh diambil kira sebagai model konsep itu.

Rakan Cop Kawasan ini berjaya melaksanakan pelbagai program dengan penglibatan aktif masyarakat taman perumahan itu. Kedudukan indeks jenayahnya adalah sifar dan ini satu daripada penunjuk keberkesanannya.

Antara negara yang melaksanakan konsep ini ialah United Kingdom, Amerika Syarikat, Hong kong, Australia dan Singapura.

Orang ramai mungkin sedikit keliru dengan konsep polis komuniti dan ada yang mengatakan ia satu segmen lain daripada konsep ‘Rakan Cop’.

Rakan Cop ialah program kepolisan masyarakat yang dilancarkan PDRM di sini pada 9 Ogos 2005 untuk mengurangkan kadar jenayah di bandar raya ini serta lain-lain tempat di seluruh negara manakala community policing ialah kesinambungan daripada konsep itu.

Musa berkata, konsep dan garis panduan mengenai kepolisan komuniti ini akan dimantapkan dalam usaha meningkatkan kerjasama dan hubungan antara masyarakat dan polis.

Kata beliau, banyak kaedah atau cara untuk menambah keberkesanan kepolisan komuniti atau kejiranan ini termasuk meningkatkan kesanggupan untuk bekerjasama dengan polis, sukarelawan polis dan penambahan sektor Rukun Tetangga.

Di bawah kaedah kepolisan masyarakat yang lebih berkesan, Musa mengarahkan agar diwujudkan ‘sektor CP’ di mana seseorang pegawai polis akan bertanggungjawab terhadap sesuatu sektor tertentu.

Apabila pegawai itu bertugas di kawasan berkenaan, beliau akan memperkenal dirinya kepada penduduk yang tinggal di situ sebagai Community Relation Officer dan akan memberikan nombor telefonnya agar segala maklumat (orang awam) boleh disampaikan kepadanya, jelas beliau kepada Bernama.

Bagi membincangkan masalah, cadangan serta pendapat yang dihadapi penduduk, mesyuarat antara polis dan penduduk diadakan. Ia juga penting bagi mendapatkan maklumat daripada orang awam tentang siasatan yang sedang dijalankan polis.

Polis Daerah
Musa turut mencadangkan agar setiap Pejabat Polis Daerah mewujudkan Unit Community Policing sendiri dan berharap dengan strategi dan kaedah itu, ia akan dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap gejala jenayah di kawasan mereka.

Di Johor Baharu misalnya kadar jenayah di bandar raya itu sebenarnya menurun, tetapi persepsi masyarakat setempat adalah sebaliknya.

Sumbangan masyarakat yang sudi bekerjasama dengan pihak polis dalam menyalurkan maklumat, tidak boleh diperkecil dan dipandang ringan kerana sebagai ‘mata dan telinga’ polis, mereka lebih arif dan mengetahui apa yang terjadi di kawasan perumahan mereka.

Konsep ini merupakan metodologi terbaru bagi menggantikan kepolisan konvensional dengan melibatkan masyarakat sendiri secara langsung berperanan sebagai ‘polis’.

JABATAN SIASATAN JENAYAH.

Jabatan ini terlibat dengan dengan penyiasatan, penangkapan dan pendakwaan bagi jenayah-jenayah yang keganasan terhadap manusia (seperti pembunuhan, samun dengan senjata api, rogol dan kecederaan) dan jenayah harta benda (seperti kecurian dan pecah rumah). Selain itu jabatan ini menguatkuasakan Undang-Undang berhubung perjudian, maksiat dan kongsi gelap di Malaysia.

Fungsi:-


Mengendali penyiasatan dan pengesanan jenayah

Menangkap dan mendakwa pesalah-pesalah

Menguatkuasakan Undang-Undang berhubung perjudian, maksiat dan kongsi gelap Bahagian/Cawangan


D1 - Bahagian Pentadbiran
D2 - Pendaftaran Rekod Jenayah
D3 - Bahagian Naziran
D4 - Bahagian Unit Rekod Perangkaan
D5 - Bahagian Pendakwaan/Undang-undang
D6 - Bahagian Bantuan Teknik
D7 - Bahagian Kongsi Gelap/Perjudian/Maksiat
D8 - Bahagian Siasatan/Perancangan
D9 - Bahagian Siasatan Khas
D10 - Bahagian Makmal Forensik
D11 - Bahagian Siasatan Seksual
D12 - Bahagian NCB/Interpol

Jabatan Siasatan Jenayah diketuai oleh Komisioner Polis (CP)

Tanda Pangkat PDRM

Polis Diraja Malaysia mempunyai 16 peringkat pangkat mengikut 2 kategori, iaitu kumpulan Pegawai Kanan Polis bermula dari pangkat Inspektor sehingga Inspektor General Polis, dan Kumpulan Pegawai Rendah Polis Dan Konstabel.
Kumpulan Pegawai Kanan Polis terbahagi kepada 2 kelompok di mana pegawai berpangkat Penolong Penguasa Polis ke atas diklasifikasikan sebagai Pegawai Polis Diwartakan manakala Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan Ketua Inspektor pula dikenali sebagai Pegawai Polis Tidak Diwartakan. Selain itu, Pegawai Kanan Polis juga boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan utama, iaitu Kumpulan Pertengahan (ACP - IGP), Kumpulan Diwartakan (ASP - SUPT) dan Kumpulan Tidak Diwartakan (INSP - C/INSP).
Peringkat Pegawai Rendah Polis dan Konstabel pula bermula dari pangkat Konstabel sehinggalah ke pangkat Sub-Inspektor. Pangkat Korperal sehinggalah ke pangkat Sub-Inspektor juga dikenali sebagai Pegawai Subordinat.
Berikut adalah senarai istilah pangkat-pangkat yang terdapat dalam PDRM :-

Pegawai
Pegawai Tertinggi (IGP - DIGP)
Inspector General of Police
Ketua Polis Negara

Deputy Inspector General of Police
Timbalan Ketua Polis Negara

Pegawai Pertengahan (CP - ACP)
Commissioner of Police

Pesuruhjaya PDRM
Deputi Commissioner of Police I

Timbalan Pesuruhjaya PDRM
Senior Assistant Commissioner of Police I

Penolong Pesuruhjaya Kanan Pertama PDRM
Senior Assistant Commissioner of Police II

Penolong Pesuruhjaya Kanan Kedua PDRM
Assistant Commissioner of Police

Penolong Pesuruhjaya PDRM
Pegawai Diwartakan (SP - K/ASP)

Superintendant of Police
Penguasa PDRM

Deputy Superintendant of Police I
Timbalan Penguasa PDRM

Assistant Superintendant of Police I
Penolong Penguasa PDRM

Cadet Assistant Superintendant of Police I
Pegawai Kadet Penolong Penguasa PDRM

Pegawai Kanan Tidak Diwartakan (Inspektor Percubaan - Ketua Inspektor)
Chief Inspector of Police

Ketua Inspektor PDRM
Inspector of Police

Inspektor PDRM
Cadet Inspector of Police

Inspektor Percubaan PDRM

Anggota Pangkat Rendah (Rank and File, RF)

Sub Inspector of Police
Sub Inspektor PDRM
Sargeant Major of Police
Sarjan Mejar PDRM
Police Sargeant
Sarjan PDRM
Police Corporal
Koperal PDRM
Police Lance Corporal
Lans Koperal PDRM
Police Constable
Konstabel Polis

(Mesra, cepat & betul). Polis Diraja Malaysia terdiri daripada 93,348 orang pegawai dan anggota. Keanggotaan ini mencerminkan kepelbagaian penugasan yang dijalankan oleh PDRM, dari Tugas Am yang menjalankan tugas tradisional kepolisan dan sentiasa berdampingan dengan rakyat, sehinggalah ke Pasukan Gerakan Am yang menjalankan tugas-tugas 'non-regulatory' seperti pencegahan kemasukan pendatang tanpa izin dan peperangan menentang kebangkitan pengganas komunis suatu ketika dahulu. Dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang disandarkan oleh rakyat, PDRM dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Kumpulan ini memainkan peranan yang penting dalam menentukan keselamatan dan kesejahteraan negara.

ABAH PULANGKANG TANGAN ITA ( satu cerita yang menyayat hati ) Kisah Penderaan Fizikal.

.
Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kotabesar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkankreativitinya.Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta.Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihatkereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlarikeluar. Dia juga beristighfar...Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terusmengatakan "Tak tahu... !""Saya tak tahu Tuan..! ""Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik siisteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata"Ita buat ayahhh.. cantik kan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut . Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu.Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis terusak-isak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yangmenghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu.Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik.Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar madandatangani surat kebenaran pembedahan.Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya.Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata."Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul.Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama."katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa."Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.Tidak seorangpun yang melihat suasana itu tidak menangis.... "Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janjitak buat lagi! Ita nak makan, macam mana?Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu.Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram.....lepaskan marah anda di........

Tuesday, April 28, 2009

HINDARI AMALAN RASUAH!!

.





GAMBAR KEMALANGAN YANG BIASA KITA LIHAT









Monday, April 20, 2009

SARAPAN ROTI CANAI DAN NASI LEMAK


Roti canai dan nasi lemak adalah makanan paling popular di Malaysia untuk bersarapan. Tetapi samada kita sedar atau tidak nasi lemak dan roti canai mempunyai kalori yang tinggi.

Walau pun benda ini bukan isu hangat pasal telah muncul 2-3 tahun yang lepas, saja nak berkongsi lagi saja buat refresh.



Alamak!..Jgn Jadi Mcm Ni sudah.




Clik gambar untuk besarkan.

KENDERAAN PDRM SETANDING NEGARA BARAT. TAHNIAH BUAT KERAJAAN MALAYSIA.

















Wednesday, April 15, 2009

APA SUDAH JADI!!





Apa Sudah Jadi..



Ingat, Jalan raya bukan tempat untuk berlumba, Patuhi Peraturan Jalan raya.
Ingatlah Orang Yang Tersayang.

Lagi Kanak2 Hilang.







Seorang kanak-kanak perempuan hilang,

Assalamualaikum

Mohon bantuan kepada sesiapa yang ada terjumpa anak saudara saya :

Nurhidayah Binti Surip (umur 11 tahun) yang telah hilang dari Asrama Anak Yatim Darul Kifayah, Tmn Koop Polis, Gombak sejak hari Isnin 6 April 2009 .

Jika ada maklumat sila hubungi :

Abdul Razak Bin Salim
HEP Politeknik Johor Bahru
0177011038 / 0169326003

atau Sjn.Dalila IPK Kuala Lumpur.

Juga saya mohon bantuan sebarkan maklumat kepada rakan-rakan terutamanya di sekitar KL
Related Posts with Thumbnails