Thursday, January 3, 2013

900 PEGAWAI BANTU SUKARELAWAN POLIS UNTUK FASA KEDUA NKRA

Seramai 900 pegawai akan membantu untuk program Sukarelawan Polis ( PVR) di Johor untuk memulakan fasa kedua NKRA Jenayah di bawah GTP 2.0 dalam usaha meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keselamatan negara.

Program baru ini akan melihat penambahan sebanyak 530 orang pegawai polis dimana tambahan 150 motosikal baru untuk meningkatkan keupayaan rondaan.

Sebanyak RM591 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan fasa kedua NKRA Mengurangkan Jenayah sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Bajet 2013.

Kesungguhan kerajaan dalam mengurangkan jenayah bermula peringkat pencegahan, pengesanan awal, tangkapan, perbicaraan mahakahmah, sisterm penjara dan proses pemulihan.

Penambahan pegawai polis ini dijangka akan membanteras jenayah dengan lebih berkesan

Monday, December 3, 2012

Blog Sukarelawan Polis Kontinjen Kedah






Welcome Blog Pvr Kedah
http://vcopkedah.blogspot.com/

LATIHAN MAKISTRY DAN TEMBAK SENJATAPI P99 SUKARELAWAN POLIS KONTINJEN PERAK

Perak Tengah -  Bertempat di Lapang sasar Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah telah diadakan Latihan Makistry dan latihan tembak untuk senjatapi P99 bagi anggota sukarelawan Polis Kontinjen Perak.

 Seramai 15 orang Ketua sukarelawan Polis setiap daerah dalam Perak telah menghadiri latihan tersebut.
 Turut hadir sama dalam latihan tersebut ialah ASP/SP Mohamed Yusof B. Ahmad Tajudin selaku Pemangku Komandan Perak.

 Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt. Mohamad Fakri Bin Che Sulaiman telah sudi hadir meluangkan masa untuk sama-sama dalam latihan tersebut. 

Pada sebelah petangnya pula telah diadakan mesyuarat bulanan Sukarelawan Polis Kontinjen Perak bertempat di bilik mesyuarat utama IPD Perak Tengah dengan dipengerusikan oleh ASP/SP Mohamed Yusof Bin Ahmad Tajudin, Pemangku Komandan Sukarelawan Polis Perak

Ruang masih luas untuk kaum Cina sertai sukarelawan polis

KANGAR, 8 Nov — Penyertaan kaum Cina dalam pasukan sukarelawan simpanan polis (PVR) masih kecil walaupun ruang begitu luas untuk mereka menyertainya, kata Ketua Polis Perlis, SAC Zull Aznam Haron hari ini.

Menurutnya, ketika proses temuduga pengambilan PVR Perlis bulan lalu, hanya tiga daripada 920 calon terdiri daripada kaum Cina.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan kira-kira 100 pemimpin daripada sepuluh persatuan komuniti Cina seluruh Perlis di sini hari ini.

Perlis akan membuat pengambilan sebanyak 200 anggota PVR dalam tempoh terdekat bagi memantapkan lagi usaha menangani jenayah.

Zull Aznam berkata, peratusan keanggotaan kaum Cina sebagai pegawai dan anggota tetap dalam pasukan polis juga masih kecil dan daripada hampir 1,800 pegawai dan anggota polis di Perlis hanya 21 orang terdiri daripada kaum itu.

Mengenai kadar jenayah di Perlis, Zull Aznam berkata, keadaan adalah terkawal walaupun terdapat peningkatan kes mendatangkan kecederaan antara Januari dan Oktober tahun ini.

Katanya, dalam tempoh itu, sebanyak 66 kes mendatangkan kecederaan dilaporkan berbanding 59 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Bagi jenayah seksual terdapat penurunan dengan 37 kes dilaporkan sehingga Oktober lalu berbanding 42 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu. — Bernama

Thursday, November 1, 2012

1.4 juta kakitangan awam dijangka terima kenaikan sehingga 5 peratus

KETUA Setiausaha Negara (KSN), Datuk Sri Dr Ali Hamsa (kiri) menyampaikan trofi bagi kategori Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Omar Kaseh (kanan) yang mewakili Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, pada majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) 2011 dan Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Bersama Penjawat Awam Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, semalam - Foto BERNAMA

Ayer Keroh: Kira-kira 1.4 juta kakitangan perkhidmatan awam dijangka menerima kenaikan gaji tahunan sehingga lima peratus mulai tahun depan.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata skim gaji kakitangan awam yang masih dalam kajian itu bakal merentasi semua peringkat.

Kita perlu berhati-hati melihat skim perkhidmatan awam ini supaya tiada siapa yang tertinggal. Kita mahu formula menang-menang untuk semua," Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara
Katanya, laporan Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam yang akan menamatkan penilaian pada 31 Disember ini akan turut diambil kira.

Nilai semula

“Proses penilaian semula skim gaji itu sudah bermula, namun penelitian secara mendalam hanya akan dilakukan tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) 2011 dan Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Negara Bersama Penjawat Awam negeri ini di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, petang semalam.
Pada majlis itu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka memenangi Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT), manakala Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah merangkul Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah dan Tanah (AIPDT).

Kejayaan itu sekali gus melayakkan masing-masing membawa pulang wang tunai RM300,000, trofi dan sijil penghargaan.

Hadir sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU), Datuk Mohamad Zabidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh.

CUEPACS sambut baik

Mengulas lanjut, Ali berkata, antara fokus utama dalam kajian itu adalah melihat semula skim kenaikan gaji tahunan bagi kakitangan yang sudah mencapai tahap gaji terakhir mengikut kategori masing-masing.

“Kita akan melihat semula perkara itu termasuk mungkin menetapkan tempoh lebih panjang supaya gaji kakitangan akan terus naik.

“Jika mereka mencapai tempoh untuk kenaikan pangkat, ia akan lompat kepada gred lain dan kenaikkannya juga akan diteruskan lagi,” katanya.

Ali berkata, kerajaan berharap akan dapat mewujudkan formula skim gaji menang-menang bagi setiap kakitangan khususnya penjawat pelaksana yang meliputi 80 peratus daripada keseluruhan sektor itu.

“Kita perlu berhati-hati melihat skim perkhidmatan awam ini supaya tiada siapa yang tertinggal. Kita mahu formula menang-menang untuk semua kerana memahami kos sara hidup semakin meningkat,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman, ketika dihubungi berkata, pengumuman itu sudah pasti melegakan hati penjawat awam di negara ini.

“Kami menyambut baik cadangan KSN itu, tetapi masih berharap kerajaan dapat mempertimbangkan beberapa cadangan CUEPACS sebelum ini, khususnya berkaitan tangga gaji golongan itu mengikut tempoh kerja mereka,” katanya.
Related Posts with Thumbnails