Perak Tengah - Bertempat di Lapang
sasar Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah telah diadakan Latihan
Makistry dan latihan tembak untuk senjatapi P99 bagi anggota sukarelawan
Polis Kontinjen Perak.
Seramai 15 orang Ketua sukarelawan Polis setiap
daerah dalam Perak telah menghadiri latihan tersebut.
Turut hadir sama dalam latihan tersebut
ialah ASP/SP Mohamed Yusof B. Ahmad Tajudin selaku Pemangku Komandan
Perak.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt. Mohamad Fakri Bin Che
Sulaiman telah sudi hadir meluangkan masa untuk sama-sama dalam latihan
tersebut.
Pada sebelah petangnya pula telah diadakan mesyuarat bulanan
Sukarelawan Polis Kontinjen Perak bertempat di bilik mesyuarat utama IPD
Perak Tengah dengan dipengerusikan oleh ASP/SP Mohamed Yusof Bin Ahmad
Tajudin, Pemangku Komandan Sukarelawan Polis Perak