Thursday, February 14, 2013

Anggota polis parah, koma



BALING - Seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis(IPD) Baling parah selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas kira-kira jam 2.30 pagi di Jalan Kampung Teluk Teduri di sini, semalam.

Mangsa, Zulkifli Md Nor,32, dari Kuaters Klinik Desa Kampung mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kini koma setelah terhumban ke dalam parit sedalam dua meter.

Difahamkan, mangsa yang bertugas di cawangan pengangkutan lebih dari kira-kira 10 tahun itu dalam perjalanan pulang dari IPD ke rumahnya.

Mangsa dipercayai hialang kawalan ketika melalui salah satu selekoh tajam jalan tersebut.

Kejadian itu disedari dua anggota polis lain yang kebetulan melalui jalan yang sama apabila ternampak lampu motosikal mangsa menyala.

Anggota polis terbabit bertindak memeriksa keadaan sekeliling sebelum terlihat mangsa dalam keadaan terlentang di dalam parit.

Sehubungan itu, mangsa terus dihantar ke Hospital Baling sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Suprentendan Mat Daud Mat Hassan mengesahkan kejadian tersebut dan berharap isteri dan keluarga mangsa tabah dalam kejadian ini.

Menurutnya, dia berharap orang ramai dapat berdoa agar Zulkifli berada dalam keadaan stabil.

Puluhan anggota polis dari pelbagai cawangan memenuhi perkarangan Hospital Baling sampai awal pagi bagi mengetahui perkembangan mangsa.

Timbalan Ketua Polis Baling, Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdullah turut melawat keadaan mangsa.
Related Posts with Thumbnails