Syarat Permohonan
Bagi menyertai pasukan ini, seseorang pemohon itu perlulah memenuhi syarat-syarat berikut:-
- Taraf Kewarganegaraan
Warganegara Malaysia - Umur
Tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan. - Ukuran Badan
Lelaki : Tinggi 162cm (5'4")
Lilitan dada 81cm (32"/34")
Berat badan 48kg
Wanita : Tinggi 152cm (5')
Berat badan 43kg - Penglihatan dan Pendengaran
Mempunyai penglihatan biasa sekurang-kurangnya vision 6/9 tanpa cermin mata
tidak buta warna dan pendengaran yang baik - Kelulusan Akademik
Sekurang-kurangnya lulus SPM,
Golongan profesional akan diberi keutamaan serta fasih bertutur dan menulis di dalam Bahasa Melayu - Lain-lain Kelayakan
- Mempunyai pekerjaan yang tetap.
- Mendapat kebenaran Ketua Jabatan/Majikan untuk masuk berkhidmat.
- Bermastautin di dalam lingkungan 8 km dari Balai Polis Daerah yang dipohon. Pemohon yang tinggal lebih 8 km tetapi tidak lebih 16km boleh dipertimbangkan jika ada kemudahan pengangkutan sendiri.
- Bersih daripada sebarang rekod jenayah/tapisan keselamatan dan tidak pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
- Mempunyai masa lapang untuk hadir tugas/latihan, aktiviti pasukan terutama waktu petang bermula jam 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam. Pekerja-pekerja yang sering bekerja luar (out-station) tidak digalakkan memohon.
- Tidak menjadi ahli/anggota mana-mana badan beruniform yang boleh dikerah tenaga di dalam keadaan darurat.
- Pekerja-pekerja kumpulan "key-Personal" seperti hospital, TNB (breakdown), Telekom (tech), pengawal keselamatan/jaga yang bertugas dengan kerajaan/Badan berkanun/swasta serta pekerja yang bertugas tidak tentu masa seperti jurugegas, pencari kerosakan serta pekerja shift tidak layak memohon.
- Syarat-syarat Perkhidmatan
- Pemohon yang berjaya di dalam temuduga pemilihan dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan ,tapisan Jenayah dan keselamatan oleh Cawangan Khas dan pemeriksaan cap jari sebelum diterima masuk berkhidmat.
- Semua pemohon yang berjaya dikehendaki menjalani latihan asas kepolisan (latihan tempatan) selama 6 bulan sebagai rekrut sebelum disahkan berkhidmat di dalam Pasukan Sukarelawan Polis DiRaja Malaysia.
- Perkhidmatan Sukarelawan Polis adalah tertakluk kepada jadual/perintah/peraturan/kaedah: PVR Regulations 1956, Akta Polis 1967 dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bahagian A502.
- Cara Memohon
Semua permohonan hendaklah menggunakan borang khas yang boleh didapati dari mana-mana Pejabat Sukarelawan Polis Daerah Baling atau di Ibu Pejabat Sukarelawan Polis atau boleh dimuat turun dari halaman Web Site ini