Wednesday, July 1, 2009

Atas permintaan Ramai Saya sertakan kembali Syarat2 untuk mengangotai SPDRM.


Syarat Permohonan

Bagi menyertai pasukan ini, seseorang pemohon itu perlulah memenuhi syarat-syarat berikut:-
  1. Taraf Kewarganegaraan
    Warganegara Malaysia

  2. Umur
    Tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan.

  3. Ukuran Badan
    Lelaki : Tinggi 162cm (5'4")
    Lilitan dada 81cm (32"/34")
    Berat badan 48kg

    Wanita : Tinggi 152cm (5')
    Berat badan 43kg

  4. Penglihatan dan Pendengaran
    Mempunyai penglihatan biasa sekurang-kurangnya vision 6/9 tanpa cermin mata
    tidak buta warna dan pendengaran yang baik

  5. Kelulusan Akademik
    Sekurang-kurangnya lulus SPM,
    Golongan profesional akan diberi keutamaan serta fasih bertutur dan menulis di dalam Bahasa Melayu

  6. Lain-lain Kelayakan
    • Mempunyai pekerjaan yang tetap.
    • Mendapat kebenaran Ketua Jabatan/Majikan untuk masuk berkhidmat.
    • Bermastautin di dalam lingkungan 8 km dari Balai Polis Daerah yang dipohon. Pemohon yang tinggal lebih 8 km tetapi tidak lebih 16km boleh dipertimbangkan jika ada kemudahan pengangkutan sendiri.
    • Bersih daripada sebarang rekod jenayah/tapisan keselamatan dan tidak pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
    • Mempunyai masa lapang untuk hadir tugas/latihan, aktiviti pasukan terutama waktu petang bermula jam 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam. Pekerja-pekerja yang sering bekerja luar (out-station) tidak digalakkan memohon.
    • Tidak menjadi ahli/anggota mana-mana badan beruniform yang boleh dikerah tenaga di dalam keadaan darurat.
    • Pekerja-pekerja kumpulan "key-Personal" seperti hospital, TNB (breakdown), Telekom (tech), pengawal keselamatan/jaga yang bertugas dengan kerajaan/Badan berkanun/swasta serta pekerja yang bertugas tidak tentu masa seperti jurugegas, pencari kerosakan serta pekerja shift tidak layak memohon.

  7. Syarat-syarat Perkhidmatan
    • Pemohon yang berjaya di dalam temuduga pemilihan dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan ,tapisan Jenayah dan keselamatan oleh Cawangan Khas dan pemeriksaan cap jari sebelum diterima masuk berkhidmat.
    • Semua pemohon yang berjaya dikehendaki menjalani latihan asas kepolisan (latihan tempatan) selama 6 bulan sebagai rekrut sebelum disahkan berkhidmat di dalam Pasukan Sukarelawan Polis DiRaja Malaysia.
    • Perkhidmatan Sukarelawan Polis adalah tertakluk kepada jadual/perintah/peraturan/kaedah: PVR Regulations 1956, Akta Polis 1967 dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bahagian A502.

  8. Cara Memohon
    Semua permohonan hendaklah menggunakan borang khas yang boleh didapati dari mana-mana Pejabat Sukarelawan Polis Daerah Baling atau di Ibu Pejabat Sukarelawan Polis atau boleh dimuat turun dari halaman Web Site ini
Related Posts with Thumbnails