Pasukan ini diwujudkan sebagai satu formasi dibawah Pasukan Polis Diraja Malaysia sejak tahun 1957 yang dikenali sebagai Pasukan Sukarelawan Polis.Falsafah kewujudan Pasukan Sukarelawan Polis adalah untuk memberi peluang kepada orang awam untuk menceburkan diri dalam kerjaya Polis.
Sunday, January 31, 2010
'Mat rempit' dipenjara 2 tahun, denda RM7,000
Majistret Marsilawati Mohamad Shah yang membacakan keputusan yang dibuat oleh Majistret Mohd. Aizuddin Zolkefly turut memerintahkan lesen memandu Saiful Irwan Rubu, 23, digantung selama dua tahun.
Pemuda itu juga diperintahkan menjalani hukuman penjara enam bulan lagi jika gagal membayar denda.
Saiful disabitkan atas kesalahan terlibat dalam aktiviti lumba haram dengan menunggang motosikal nombor pendaftaran JBU 4840 dari lampu isyarat, Taman Mentari Heights hingga lampu isyarat Taman Seri Pagi di sini pada pukul 6.35 petang, 12 Februari 2006.
Dakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda maksimum RM15,000.
Mohd. Aizuddin menjatuhkan hukuman itu setelah mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan tersebut.
Terdahulu, pegawai pendakwa, Cif Inspektor M. Shanmugavel memohon agar hukuman berat dikenakan berikutan kesalahan itu adalah serius dan aktiviti lumba haram kerap berlaku di kawasan berkenaan walaupun berulang kali operasi polis dijalankan.
Peguam Bakhtiar Hamdan yang mewakili Saiful pula memohon pelaksanaan hukuman itu ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.
Marsilawati membenarkan permohonan itu dan menambah jumlah ikat jamin tertuduh kepada RM8,000 dengan seorang penjamin.
Polis tahan lelaki disyaki menyamar kerabat diraja Kedah
ALOR SETAR 29 Jan. – Polis semalam menahan seorang lelaki berumur sekitar 30-an yang disyaki pernah menyamar sebagai anggota kerabat diraja Kedah dan menipu beberapa individu di sekitar bandar raya.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Abdul Ghafar Rajab berkata, polis mulai berusaha menjejaki lelaki itu selepas menerima beberapa aduan mengenai kes penipuan membabitkan puluhan ribu ringgit sejak April tahun lepas.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata, suspek ditahan di rumahnya di sekitar bandar raya semalam dan sedang disiasat bagi kesalahan menipu dan menyamar sebagai anggota kerabat diraja. – Bernama
Add to Google
Premium insurans lebih rendah
pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 28 Jan. – Pemilik kenderaan yang meningkatkan penggunaan peralatan keselamatan pada kenderaan masing-masing bagi mengelak daripada dicuri akan dikenakan bayaran premium insurans yang lebih rendah pada masa depan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) berkata, langkah itu dianggap sebagai ganjaran kepada pemilik kenderaan terbabit yang berusaha mengelakkan kenderaan mereka daripada dicuri.
“Bagi merealisasikan perkara ini, jawatankuasa pemandu di bawah Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Bermotor yang diterajui Bank Negara Malaysia (BNM) akan membincangkan dan menetapkan polisi mengenai ‘Proportional Insurance Premium’.
“Perbincangan yang dijadualkan pada bulan depan turut melibatkan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan BNM bertanggungjawab untuk menyediakan tarif insurans itu,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Ketika ini, tiada keistimewaan diberikan kepada mana-mana pemilik kenderaan yang menambah peralatan keselamatan pada kenderaan masing-masing.
Dalam kenyataan akhbar yang sama, Hishammuddin percaya jumlah tangkapan dalam ‘Ops Lejang’ yang dilancarkan oleh polis bagi membanteras kegiatan curi motosikal mulai 1 Januari lalu akan meningkat sebaik sahaja ia berakhir penghujung bulan ini.
Justeru, beliau berharap kertas-kertas siasatan dapat disiapkan dengan segera supaya mereka yang ditahan dalam operasi itu didakwa di mahkamah.
“Penyelesaian segera siasatan kes itu akan memberi kesedaran kepada mereka yang terlibat bahawa kerajaan tidak bertolak ansur dengan aktiviti curi motosikal di seluruh negara,” katanya.
Sehingga Ahad lalu, sebanyak 137,622 motosikal telah diperiksa di seluruh negara dan hasilnya, sebanyak 658 tangkapan dilakukan dan 619 motosikal serta komponen dirampas.
Tangkapan tertinggi diadakan di Johor melibatkan 170 kes diikuti Kuala Lumpur sebanyak 75 kes dan Terengganu 69 kes.
Daripada keseluruhan yang ditangkap sehingga 24 Januari lalu itu, sebanyak 119 kes telah didakwa di mahkamah.
Thursday, January 28, 2010
Lagi Gadis Hilang. (Tolong Sebarkan)
Pn Shariffa bt Jari dari Semenyih telah kehilangan anak gadisnya sudah 7 hari.
Minta bantuan rakan-rakan semua sekiranya tahu dimana gadis ini berada sekarang.
Hilang dari sekolah pada 20.1.2010, hari Rabu yg lepas…sehingga kini tidak pulang kerumah.
Beliau bersekolah di SMK Taman Jasmin 2 Kajang.
Beliau rendah…. kecil ,molek dan manis orangnya….
Nama: Nurliyana Ashikin bt Azmi
Umur : 16 tahun
Contact # PN SHARIFFA : (R) 03-87233184 ATAU H/P 0123970018
Bersama cegah jenayah
SEREMBAN: Polis menasihatkan orang ramai supaya lebih prihatin terhadap nyawa dan keselamatan harta benda masing-masing dalam usaha bersama mencegah kejadian jenayah.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, berkata walaupun menjadi tugas polis membanteras kegiatan jenayah, tanpa penyertaan daripada masyarakat menyebabkan usaha berkenaan akan gagal.
“Masyarakat perlu mempunyai kesedaran tinggi dalam menjaga keselamatan diri dan harta benda masing-masing daripada menjadi mangsa perlakuan jenayah,” katanya.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, berkata walaupun menjadi tugas polis membanteras kegiatan jenayah, tanpa penyertaan daripada masyarakat menyebabkan usaha berkenaan akan gagal.
“Masyarakat perlu mempunyai kesedaran tinggi dalam menjaga keselamatan diri dan harta benda masing-masing daripada menjadi mangsa perlakuan jenayah,” katanya.
Tidak sempat lari
ALOR STAR: Lebih 50 mat rempit, termasuk pelumba kereta yang mempamerkan aksi lagak ngeri di kawasan lapang taman rekreasi Jubli Emas, Jalan Suka Menanti, di sini, terkedu kerana tidak sempat melarikan diri selepas dikepung anggota polis dalam Ops Rempit, malam kelmarin.
ALOR STAR: Lebih 50 mat rempit, termasuk pelumba kereta yang mempamerkan aksi lagak ngeri di kawasan lapang taman rekreasi Jubli Emas, Jalan Suka Menanti, di sini, terkedu kerana tidak sempat melarikan diri selepas dikepung anggota polis dalam Ops Rempit, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kota Star, Asisten Komisioner Abdul Ghaffar Rajab, berkata daripada jumlah itu 30 mat rempit, termasuk empat wanita berusia antara 18 hingga 30 tahun, ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (Kota Star cawangan Trafik untuk siasatan.
“Dalam operasi yang diadakan pada jam 6.30 petang kelmarin, kami memeriksa lebih 50 mat rempit dan pemandu kereta yang mempamerkan pelbagai aksi di kawasan lapang Jubli Emas, Jalan Suka Menanti sehingga membahayakan orang ramai yang beriadah di situ.
“Bagaimanapun, ada antara mereka cuba lari dan bertindak ganas terhadap anggota polis, namun polis trafik di bawah skuad 42 yang dilatih untuk ‘menangkap’ mat rempit berjaya menahan mereka,” katanya, semalam.
ALOR STAR: Lebih 50 mat rempit, termasuk pelumba kereta yang mempamerkan aksi lagak ngeri di kawasan lapang taman rekreasi Jubli Emas, Jalan Suka Menanti, di sini, terkedu kerana tidak sempat melarikan diri selepas dikepung anggota polis dalam Ops Rempit, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kota Star, Asisten Komisioner Abdul Ghaffar Rajab, berkata daripada jumlah itu 30 mat rempit, termasuk empat wanita berusia antara 18 hingga 30 tahun, ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (Kota Star cawangan Trafik untuk siasatan.
“Dalam operasi yang diadakan pada jam 6.30 petang kelmarin, kami memeriksa lebih 50 mat rempit dan pemandu kereta yang mempamerkan pelbagai aksi di kawasan lapang Jubli Emas, Jalan Suka Menanti sehingga membahayakan orang ramai yang beriadah di situ.
“Bagaimanapun, ada antara mereka cuba lari dan bertindak ganas terhadap anggota polis, namun polis trafik di bawah skuad 42 yang dilatih untuk ‘menangkap’ mat rempit berjaya menahan mereka,” katanya, semalam.
Dua masjid dilempar 4 kepala babi: KPN minta bertenang
KUALA LUMPUR 27 Jan. – Masjid Imam At-Tirmizi di Sri Sentosa di sini dan Masjid Jumhuriahdi Taman Datuk Harun, Petaling Jaya dilempar dengan objek dipercayai kepala babi hutan, awal pagi ini.
Objek yang dibungkus dengan plastik putih berserta wang tunai sebanyak RM35 itu ditemui jemaah masjid selepas selesai menunaikan solat subuh.
Insiden yang sama turut berlaku di Taman Datuk Harun, dipercayai dilakukan kumpulan atau individu yang sama.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang melawat Masjid Imam At-Tirmizi hari ini meminta rakyat supaya bertenang dan tidak menimbulkan kekecohan berikutan kejadian itu.
Beliau turut memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba menimbulkan ketegangan kaum agar menghentikan tindakan mereka. – Utusan
Operasi besar-besaran buru PATI
PUTRAJAYA 27 Jan. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersedia memberi tambahan masa kepada pihak majikan industri untuk tampil berterus terang sekiranya didapati menggajikan pekerja asing secara haram.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, segelintir pihak tersebut sudah mengadakan pertemuan dengannya dan meminta supaya operasi besar-besaran memburu pekerja di kalangan pendatang asing tanpa izin (PATI) ditangguhkan.
"Kita bersedia mempertimbangkan permintaan mereka sekiranya mereka bekerjasama dalam hal ini, jika tidak sudah tiba masanya kita memburu mereka (majikan yang menggajikan PATI).
"Jika mereka jujur serta mendedahkan berapa ramai pekerja asing haram terlibat dalam industri mereka, kita akan pertimbangkan," katanya.
Hishammuddin berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara KDN dan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Jabatan Imigresen sebelum ini dilaporkan akan mengadakan operasi besar-besaran bagi memburu pekerja asing haram pada 15 Februari ini, namun beberapa pihak meminta ia ditangguhkan.
Kata Hishammuddin, sokongan daripada pihak industri amat diperlukan memandangkan kebanjiran PATI di negara ini amat membimbangkan.
"Tindakan ini bukan bertujuan untuk menghukum, tetapi adalah sesuatu yang perlu dilakukan dan mendapat sokongan pihak industri," katanya
Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, pengambilan ahli-ahli Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sebagai pengawal keselamatan diyakini mampu mengurangkan penggantungan terhadap pekerja asing.
''Jika ada kerjasama antara Rela dan JPAM, Kementerian mungkin akan mewajibkan syarikat keselamatan untuk menggajikan di kalangan anggota itu sebagai pengawal keselamatan," katanya.
Ditanya sama ada kerajaan akan mengambil langkah mengehadkan pekerja asing bagi sesebuah syarikat, Hishammuddin berkata, ia boleh dilakukan namun dikhuatiri akan menyebabkan syarikat tersebut menggaji pekerja asing yang masuk secara tidak sah pula.
Orang ramai sedia beri kerjasama penuh
KOTA KINABALU 27 Jan. - Orang ramai menyambut baik kempen High Profile Policing yang diadakan di bandar raya ini dalam usaha membanteras kegiatan jenayah.
Rata-rata mereka yang ditemui sedia memberi kerjasama kepada pihak polis bagi mewujudkan jenayah sifar di bandar raya ini.
Alvina Insan,26, berkata kempen turun padang ini merupakan cara terbaik bagi polis mendekati orang ramai dan mengenal pasti jenis jenayah yang berlaku.
Dia yang bekerja sebagai jurujual berkata, langkah berkenaan menunjukkan komitmen berterusan polis dalam menangani kegiatan jenayah di sini.
"Ia termasuklah dalam memberi nasihat, peranan yang perlu dibuat jika timbul kes jenayah dan sebagainya yang memerlukan penyelesaian terus oleh pihak polis.
"Jadi, dengan adanya kempen ini akan memudahkan orang ramai membuat tindakan segera diambil jika berlaku jenayah," katanya.
Bagi Lialah Sibih, 25, kempen itu bukan sahaja dapat menyedarkan orang awam mengenai langkah pencegahan jenayah tetapi mengeratkan lagi hubungan antara orang ramai dan polis.
"Jika dulu hendak tegur polis pun takut, tetapi dengan adanya kempen ini kita dapat mengenali polis dengan lebih rapat dan sebenarnya mereka ini rakan yang baik," katanya.
Dalam pada itu Alex Ngu Ying, 24, berkata, kempen ini membuatkan orang awam berasa lebih selamat dan sentiasa dilindungi dari sebarang kejadian jenayah.
Justeru katanya, dia berharap kempen itu akan digerakkan secara berterusan dan diperluaskan di seluruh negeri.
"Selama ini saya tidak berasa yakin ketika berada di kawasan bandar raya kerana banyak jenayah berlaku sejak kebelakangan ini, jadi dengan adanya kempen ini saya sangat yakin dan lebih selamat,'' katanya.
Sementara itu, bagi Imran Mohamad, 32, kempen seperti itu akan dapat memberi keyakinan kepada pelancong untuk datang melawat ke negeri ini.
Katanya, secara tidak langsung ia akan dapat meningkatkan lagi ekonomi negeri yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat di negeri ini.
Menurunkan kadar jenayah
utusansabah@utusan.com.my
KOTA KINABALU 27 Jan. - Laman web baru Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah yang dilancarkan hari ini akan memberi sumbangan yang signifikan dalam usaha menurunkan kadar jenayah di negeri ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, laman web interaktif itu disasar mampu menurunkan lima peratus indeks jenayah pada tahun ini.
"Melalui laman web ini kita akan dapat berkongsi maklumat dengan orang awam bagi mengatasi masalah jenayah di negeri ini.
"Aduan dan permasalahan akan dikumpul dan dianalisis bagi mengambil tindakan yang wajar, malah sekiranya ia kes serius saya sendiri akan menjalankan siasatan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan laman web baru PDRM Sabah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini hari ini.
Menurut Noor Rashid, laman web itu bukan sahaja dapat menerima aduan orang ramai malah mampu berinteraktif dengan lebih berkesan.
Selain itu, katanya, laman web berkenaan akan memaparkan maklumat berkaitan aktiviti polis Sabah seperti operasi pencegahan jenayah, rangkaian balai polis dan statistik jenayah.
"Orang ramai bolehlah melayari laman tersebut di alamat www.sabahrmp.gov.my dan memberi sebarang aduan atau pandangan yang akan diambil tindakan secepat mungkin," katanya.
Dalam pada itu, katanya, pihak polis akan terus menggiatkan pemantauan dan operasi bagi menangani masalah jenayah.
Jelasnya, pada masa ini pihaknya telah menetapkan kawasan yang akan dipantau secara berterusan di seluruh negeri.
"Kita akan mengerakkan anggota kita untuk memberi tumpuan kepada kes-kes jenayah seperti samun, pecah rumah dan sebagainya di semua tempat termasuk di kawasan pedalaman dan ladang-ladang sawit," katanya.
Sementara itu katanya, pihak polis akan memberi perhatian serius terhadap kes pecah rumah yang telah menyumbang sebanyak 25 peratus kepada indeks jenayah negeri.
Beliau memberitahu, antara langkah yang akan dilakukan adalah meningkatkan rondaan di kawasan yang dikenal pasti.
Monday, January 25, 2010
Mayat pemuda ditemui terapung
BERA 24 Jan. - Seorang pemuda, Mohd. Khalil Khanudin, 23, yang dilaporkan hilang ketika menjaring ikan di Sungai Pahang dekat Kampung Batu Bor di sini petang kelmarin, dijumpai terapung 30 kilometer dari tempat kejadian pagi ini.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Zahid Mohd. Noor berkata, mayat mangsa dijumpai orang awam yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat kira-kira pukul 11.15 pagi ini.
Katanya, mayat mangsa dijumpai tersangkut di kawasan rintangan sampah di Pulau Pesagi selepas dihanyutkan oleh arus deras.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohd. Khalil dilaporkan hilang ketika menjaring ikan bersama bapanya di Sungai Pahang, dekat Kampung Batu Bor di sini, kira-kira pukul 3.30 petang kelmarin.
Polis yang menerima laporan mengenai kehilangan mangsa telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat.
Ia melibatkan seramai 51 anggota terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dengan dibantu unit skuba Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta 15 buah bot.
Kehilangan mangsa hanya disedari oleh bapanya yang berusia 49 tahun, dalam tempoh kira-kira 20 minit selepas dia dipercayai dihanyutkan oleh arus deras.
Thursday, January 21, 2010
Rasidi dituduh membunuh
utusanN9@utusan.com.my
|
|
REMBAU 19 Jan. – Kematian ngeri empat beranak termasuk seorang daripadanya dipenggal kepala genap dua minggu lalu telah mengheret seorang daripada ahli keluarga mangsa ke mahkamah hari ini.
Rasidi Ismail, 32, seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh adiknya, Siti Khadijah, 22; bapa, Ismail Awang, 76; nenek, Sufiah Katas, 80; dan datuk, Atan Daud, 87.
Dia didakwa membunuh Siti Khadijah di rumah No. 119 di Kampung Batang Rokan, Gemencheh di sini manakala tiga lagi mangsa didakwa dibunuh di sebuah rumah tidak bernombor di kampung yang sama antara pukul 7 pagi dan 11 pagi, 5 Januari lalu.
Dakwaan terhadap tertuduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Di bawah seksyen tersebut, tertuduh tidak dibenarkan bebas dengan jaminan.
Rasidi kelihatan tenang dan menganggukkan kepala tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nur Shafrida Hashim.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang tidak diwakili peguam bela.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd. Daud.
Siti Nur Shafrida menetapkan 19 Februari ini sebutan semula kes tersebut di Mahkamah Majistret Tampin sementara menunggu laporan kimia.
Tertuduh yang memakai kemeja T dan seluar panjang biasa serta bergari kedua-dua belah tangannya tiba di mahkamah pada pukul 8.45 pagi dengan dikawal beberapa anggota polis.
Ibu tertuduh, Zaharah Atan, 59, serta seorang anak saudara lelaki turut hadir di mahkamah.
Selepas prosiding selesai, Zaharah dengan rasa hiba turut menghampiri Rasidi dan mengusap pipi anaknya yang ketika itu ditempatkan di dalam kereta polis.
Dalam kejadian bunuh tersebut, mayat Atan ditemui putus tangan kanan manakala isterinya, Sufiah putus tangan kiri.
Ismail pula putus kepala dan Siti Khadijah ditemui dengan sebilah senjata tajam masih terpacak di dadanya.
Tertuduh ditahan di jejambat berhampiran stesen transit aliran ringan (LRT) Masjid Jamek, Kuala Lumpur kira-kira pukul 4.05 petang 6 Januari lalu.
Dadah: 2 penoreh getah ditahan
utusankedah@utusan.com.my
|
|
PENDANG 20 Jan. - Polis menahan dua penoreh getah dan merampas dua peket dadah jenis heroin dan syabu di sebuah kebun getah di Kampung Kubur Panjang di sini malam semalam.
Penahanan kedua-dua lelaki itu kemudian membawa kepada rampasan sebuah kotak plastik yang mengandungi ganja seberat 627 gram, sebotol tin berisi tujuh straw serbuk heroin dan tiga peket heroin seberat 26.5 gram yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM3,700.
Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Supritendan Abdul Aziz Ahmad memberitahu, kedua-dua lelaki berusia 44 dan 37 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis yang diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang, Inspektor Mohd. Nazri Nordin kira-kira pukul 8 malam.
Menurut beliau, mereka ditahan di dalam sebuah kereta jenis Proton Iswara, dipercayai sedang menunggu pelanggan di dalam kebun getah tersebut.
Beliau berkata, sebuah lori lama yang diubah suai dalam kebun getah itu dipercayai menjadi pusat bagi para penagih dadah di kawasan itu melepaskan gian.
"Polis berjaya membongkar kegiatan kedua-dua lelaki tersebut hasil siasatan yang dijalankan sejak beberapa hari lalu," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.
Abdul Aziz memberitahu, hasil pemeriksaan ke atas salah seorang lelaki dipercayai pemandu kereta berkenaan, pihaknya menemui dua peket heroin dan syabu yang disorok dalam beg pinggangnya.
Katanya, ini membawa kepada pemeriksaan di dalam kereta yang menemui sebuah kotak plastik berisi daun-daun kering dipercayai ganja seberat 627 gram di belakang tempat duduk pemandu.
"Kita turut merampas wang tunai RM150 dipercayai hasil jualan dadah," katanya.
Abdul Aziz memberitahu, kedua-dua lelaki terbabit disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Mereka turut disiasat di bawah Seksyen 39A dan Seksyen 12 (2) akta yang sama.
Azam ketua polis baru Seberang Perai Tengah
|
|
BUKIT MERTAJAM 20 Jan. - Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) yang baru, Pemangku Asisten Komisioner Azman Abd. Lah berazam untuk meningkatkan jalinan kerjasama dengan masyarakat dalam usaha membanteras jenayah di daerah ini.
Beliau yang mengambil alih tugas daripada Asisten Komisioner Dr. Mohd. Shah Hussin Shah yang berpindah ke Bukit Aman berkata, aspek berkenaan perlu dijadikan keutamaan dalam usaha mengekang kegiatan jenayah yang semakin pelbagai.
Katanya, program bersifat komuniti perlu diperbanyakkan agar masyarakat berasa dekat dengan polis serta bersedia menyalurkan sebarang maklumat mengenai kegiatan jenayah di kawasan mereka.
"Kini wujud keperluan supaya hubungan polis dengan orang ramai ditingkatkan kerana masyarakat memainkan peranan penting dalam menyalurkan maklumat berguna kepada polis.
"Selain itu, media juga memainkan peranan penting untuk membantu dan tidak hanya tertumpu kepada laporan-laporan yang bersifat negatif," katanya selepas majlis serah tugas di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT di sini baru-baru ini.
Majlis itu disaksikan Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob.
Azman, 56, sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Johor selama enam tahun dan sudah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 35 tahun lalu.
Beliau berkata, tugas barunya amat mencabar memandangkan nisbah polis dengan masyarakat di daerah SPT ialah sekitar 1:2,000 sedangkan nisbah sepatutnya ialah 1:250.
Bagaimanapun, katanya, nisbah itu tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk menyerah kalah sebaliknya mengajak anggotanya bekerja lebih keras dan menjalin hubungan baik dengan masyarakat.
"Di sinilah perlunya wujud kerjasama erat antara polis dengan masyarakat dan saya percaya jika hubungan ini ditingkatkan, usaha membanteras jenayah akan menjadi lebih mudah," ujarnya.
Sementara itu, Ayub ketika berucap pada majlis itu berkata, masyarakat semakin meletakkan harapan yang tinggi kepada polis lebih-lebih lagi dalam menangani pelbagai kegiatan jenayah.
"Masyarakat bukan sahaja mahu mengetahui apa tindakan yang polis buat tetapi mereka juga mahu tahu sama ada indeks jenayah turun atau naik. Ini adalah harapan tinggi mereka," katanya.
Jenayah di SPS turun 3.2 peratus
Ketua Polis Daerah SPS, Supritendan Shafien Mamat berkata, jumlah kes jenayah yang direkodkan di daerah itu sepanjang tahun lalu adalah sebanyak 1,001, turun sebanyak 36 kes berbanding 1,038 pada tahun 2008.
Malah katanya, kadar penyelesaian kes jenayah di SPS keseluruhannya mencapai 52.9 peratus iaitu melebihi kadar 50 peratus yang disasarkan.
''Sebelum ini kita sasarkan kadar penyelesaian kes sebanyak 50 peratus tetapi kita berjaya mengatasi sasaran itu malah dilakukan dalam tempoh lebih awal.
''Tetapi kejayaan ini tidak boleh membuat kita leka sebaliknya langkah-langkah pencegahan perlu diperhebat agar jenayah dapat diturunkan pada kadar paling minimum," katanya ketika berucap pada majlis program polis bersama masyarakat di sini hari ini.
Shafien berkata, polis memerlukan kerjasama orang ramai dengan menyalurkan sebanyak mungkin maklumat bagi memastikan usaha membanteras kegiatan jenayah dapat dilakukan dengan lebih berkesan.
Wednesday, January 20, 2010
Rakyat makin yakin tahap keselamatan
PULAU PINANG 19 Jan. – Kementerian Dalam Negeri (KDN) yakin persepsi masyarakat terhadap tahap keselamatan di negara ini semakin pulih, kata Timbalan Menterinya, Datuk Wira Abu Seman Yusop.
Beliau berkata, ia berdasarkan maklum balas yang diterima serta pencapaian oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya dalam menangani perkara itu.
Pada masa sama, katanya, usaha PDRM menggerakkan pelbagai pendekatan bagi mencapai sasaran itu seperti mewujudkan komuniti kepolisan, sekali gus dapat merapatkan hubungan antara polis dan rakyat.
“Kita ambil Pulau Pinang sebagai contoh, sepanjang 1 hingga 16 Januari tahun ini statistik jenayah secara keseluruhan mencatatkan -19.9 peratus manakala jenayah kekerasan pula -26 peratus.
“Ini satu pencapaian yang baik telah ditunjukkan oleh Pulau Pinang yang menjadi salah satu negeri yang terlibat dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA),” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri dan salah satu kawasan 'panas' di Pulau Pinang iaitu di Pasar Chowrasta di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob; Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner II, Wan Abdullah Tunku Said.
Abu Seman turut tidak dinafikan publisiti meluas sesetengah pihak berhubung perkara tersebut juga menjadi penyumbang kepada persepsi tidak baik orang ramai.
Namun, beliau berkata, hakikatnya, masalah jenayah di negara ini berbanding negara-negara lain tidak seteruk seperti diuar-uarkan oleh sesetengah pihak.
“Malah, tadi semasa lawatan ke Pasar Chowrasta, saya bertemu dengan beberapa pelancong dan mereka memuji tahap keselamatan negara kita yang aman, tenteram dan mereka juga tidak menghadapi masalah di sini.
“Sebenarnya apa yang diperkatakan adalah lebih kepada persepsi masyarakat seolah-olah jenayah tidak dapat dikawal dan kita percaya dengan usaha berterusan polis dan agensi lain, pandangan negatif itu semakin pulih,” katanya.
Polis rampas mercun RM20,000 diseludup dari negara jiran
PADANG BESAR 19 Jan. - Walaupun sambutan Tahun Baru Cina masih sebulan lagi, kegiatan menyeludup masuk mercun sudah semakin berleluasa, khususnya di pintu masuk sempadan tanah air.
Semalam, polis merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai kira-kira RM20,000 yang diseludup dari negara jiran di sebuah tapak pelupusan sampah di sini, hanya 80 meter dari sempadan Malaysia-Thailand.
Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supritendan Che Man Md. Dros berkata, mercun dan bunga api itu ditemui dalam 36 buah kotak.
"Bertindak atas maklumat awam, kira-kira pukul 12.30 tengah malam semalam, Pasukan Gerakan Am (PGA) yang membuat rondaan di kawasan itu menemui mercun dan bunga api tersebut.
"Kita percaya barangan itu baru dibawa masuk ke negara ini secara sedikit demi sedikit untuk pasaran sempena sambutan Tahun Baru Cina bulan depan," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Che Man menyatakan, polis masih meneruskan siasatan lanjut untuk memberkas individu terlibat.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya menyalurkan maklumat kepada polis mengenai sebarang kegiatan penyeludupan mercun dan bunga api di kawasan mereka.
Tuesday, January 19, 2010
Tiada Belas kasihan, Budak dibunuh dengan Kejam.
Wajah Perogol Bersiri
KUALA LUMPUR: Ketika polis berusaha menyelesaikan kes penderaan seksual dan bunuh Nurin Jazlin Jazimin, 8, sekurang-kurangnya sembilan perogol bersiri yang sangat dikehendaki belum dapat ditangkap.
Berdasarkan senarai ‘orang dikehendaki’ di laman web rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), terdapat sembilan penjenayah berbahaya itu diburu polis kerana disyaki terbabit dengan kegiatan rogol dan cabul.
Semua suspek turut disertakan identiti dan gambar masing-masing bagi membolehkan orang ramai membantu menjejaki mereka.
Bagaimanapun, lakaran wajah suspek lelaki yang diburu polis berkaitan kes Nurin Jazlin belum dipaparkan di laman web PDRM setakat ini.
Tindakan polis mendedahkan wajah suspek mampu memberi amaran kepada umum supaya berhati-hati jika terserempak dengan mereka yang terbabit dengan kes rogol dan cabul sejak lebih 10 tahun lalu.
Perogol yang masih diburu berdasarkan maklumat di laman web itu adalah Abdul Halim Mohd Noordin, 48, bernombor kad pengenalan 591215-71-5001 yang dikehendaki berkaitan siasatan kejadian rogol di Manjoi, Perak.
Dia disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Seorang lagi suspek ialah Idris Suradi, 45, (620412-01-6293) dengan digambarkan mempunyai ketinggian 5 kaki 6 inci, fizikal badan kurus, muka bujur, rambut beralun serta kulit berwarna sawo matang.
Alamat terakhirnya ialah No 23, Jalan Sri Sarawak 1, Kawasan 2, Taman Sri Andalas, 41200 Klang, Selangor.
Polis turut memburu Kali Muniandy, 31, (760222-08-5495) berkaitan kejadian rogol di Serdang, Selangor, Mohd Nizam bin Hj Osman di Bagan Serai, Perak, dan Rauf Kassim, 45, (620124-10-5857) yang tinggal di Batu 12 1/2, Jalan Cheras, 43000 Kajang, Selangor.
Ada seorang suspek hanya dikenali dengan nama Hu Ting Chu manakala Sudin bin Hashim, 38, (690419-03-5503) bukan saja disyaki dengan kejadian rogol, malah dipercayai terbabit dengan kes samun bersenjata mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan.
Sudin tinggal di Kampung Permatang Sungkai, Pasir Puteh, Kelantan.
Seorang lagi suspek ialah Yahya Omar, 52, (550621-03-5123) yang tinggal No 1084, Kg Tg Duff, Tumpat, Kelantan, Yap Kok Wee (780521-05-5155) di No 174, Kawasan 3, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
Melalui maklumat pada laman web terbabit, sesetengah suspek yang dikehendaki polis itu dipercayai bersenjata dan amat merbahaya.
Oleh itu, orang ramai dinasihati jangan cuba mengambil tindakan bersendirian atau menangkap penjenayah itu.
Jika mempunyai maklumat, sila hubungi Pusat Kawalan Polis di talian 03-22626555 atau balai polis berhampiran.
Sementara itu, berdasarkan statistik Bukit Aman, jenayah rogol membabitkan wanita berumur 18 tahun ke bawah menunjukkan peningkatan sejak tiga tahun lalu dengan Melayu adalah yang paling ramai menjadi mangsa.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee, sebelum ini mendedahkan pada 2005, jumlah kes rogol yang dicatatkan ialah 1,274 dan meningkat kepada 1,708 pada 2006, sementara dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, 1,327 kes sudah dicatatkan.
Menurutnya, dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, Selangor mencatatkan kes rogol membabitkan mangsa kanak-kanak paling ramai iaitu 240 kes, diikuti Johor dengan 223 kes.
Sejak tiga tahun lalu, kanak-kanak Melayu paling ramai menjadi mangsa iaitu daripada keseluruhan 1,327 kes yang dicatatkan dalam tujuh bulan pertama tahun ini, 1,056 ialah Melayu, diikuti Cina (95), India (56) dan lain-lain (120).
Bagi kes rogol membabitkan wanita berusia 18 tahun ke atas, sebanyak 657 kes dicatatkan pada 2005, 720 pada 2006 dan 493 pada 2007.
Mengikut pecahan umur, Wan berkata, sebahagian besar mangsa adalah kanak-kanak berumur antara 13-15 tahun, yang mana pada 2005 sebanyak 743 kes dicatatkan, 2006 (1,065) dan tujuh bulan pertama 2007 (818).
Katanya, suspek kes rogol dan cabul turut membabitkan warga asing masing-masing berjumlah 38 dan 94 dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.
Majoriti suspek datang dari Indonesia iaitu masing-masing sembilan dan 30 kes pada tahun ini.
Ketika diminta pandangannya, penganalisis jenayah, Dr Kamal Affendi Hashim menasihati masyarakat supaya tidak leka dan beranggapan kes Nurin sudah selesai dan tidak akan berulang.
Menurutnya, sikap masyarakat yang mudah ‘terlupa’ boleh menyebabkan tragedi sama yang menimpa Nurin Jazlin berulang kembali.
“Saya nasihatkan ibu bapa supaya sentiasa beringat dan berhati-hati dengan tindak tanduk anak masing-masing. Penjenayah sentiasa mencari peluang di atas kelalaian ibu bapa,” katanya.
Harian Metro
Pelakon kena terjun bangunan tinggi
Segak dengan pakaian seragam polis. |
Seperti bakal rekrut menghadapi latihan lasak, barisan bintang Akademi Polis juga tidak terlepas daripada ujian mental dan fizikal
APA yang tidak mereka lakukan - berkawad dalam panas terik, latihan lasak, memanjat dan terjun bangunan tinggi, semua ujian getir itu terpaksa dilalui barisan pelakon drama bersiri kepolisian, Akademi Polis yang kini memasuki musim ketiga. Seperti bakal rekrut menghadapi latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol), mereka juga tidak terlepas daripada ujian yang memberi tekanan mental dan fizikal.
Bagaimanapun, hanya pelakon yang lasak dan tunduk dengan tekanan mental dan fizikal saja mampu bertahan. Pengarahnya, Yusof Kelana juga melayan pelakon sebagai rekrut bagi mendapat `feel’ sebagai pegawai polis yang sedang menjalani latihan.
Drama terbitan ME Communications itu menyelongkar kehidupan dan suka duka rekrut dalam latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) selama ini tidak diketahui umum. Drama bersiri musim ketiga itu masih mengetengahkan Fezrul Khan dan Serina Redzuawan selaku watak utama, selain dibantu Ozlyn Waty, Lando, Raja Azrey, Kaza, Zack Kool, Sherry dan Alias Yusof.
Yusof (tengah) bersama Kaza, Serina, Ozlyn dan Lando. |
Sembilan rekrut baru pula membariskan pelakon baru seperti Adiela Adrina, Nana Nurul Esma, Mohd Aidil Abdul Aziz, Mahadzir Rosli, Ahmad Ezwan Alif, Azimi Nizan, Nurul Huda Marlina, Noraslinda Othman dan Haliha Hassan.
Akademi Polis itu akan disiarkan di kaca TV9, setiap Rabu, jam 9.30 malam selama sejam tidak lama lagi. Jika musim pertama dan kedua, ia disiarkan dalam 13 episod, sebaliknya musim ketiga, Akademi Polis yang mencapai rating lebih sejuta penonton itu akan disiarkan dalam 26 episod.
Yusof berkata, Akademi Polis mungkin tidak mampu menandingi kehebatan Gerak Khas tetapi drama bercorak kepolisian itu mempunyai kekuatan dan jalan cerita yang memikat ramai penonton.
“Gerak Khas dan Akademi Polis adalah dua drama berbeza biarpun dalam genre sama. Gerak Khas lebih bercorak drama aksi dan membanteras jenayah, sebaliknya Akademi Polis pula memaparkan kehidupan rekrut atau bakal pegawai polis ketika menghadapi ujian getir di Pulapol.
“Jadi tidak adil sekiranya kita membandingkan dua drama berkenaan. Lagi pun Gerak Khas sudah lama bertahan dan Akademi Polis pula usianya tak sampai dua tahun. Saya setuju jika dianggap tiada nama besar dalam drama Akademi Polis selain Serina tetapi hanya pelakon lasak saja mampu menerajui drama ini.
“Jika saya ambil nama besar dalam dunia lakonan, saya percaya mereka hanya boleh bertahan seminggu dua, selepas itu mereka akan lari. Saya akui pelakon bukan hanya berlakon tetapi perlu menjalani latihan lasak seperti mana rekrut dalam Pulapol. Tiada alasan buat mereka untuk mengelak melakukan aksi terjun bangunan, latihan lasak, kawad dan apa juga latihan yang dilalui rekrut,” katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran Akademi Polis di Pulapol, Jalan Semarak, baru-baru ini.
Serina mendapat tunjuk ajar menggunakan senjata. |
Yusof berkata, Anding antara pelakon yang digugurkan pada musim ketiga kerana tidak memiliki ketahanan mental dan fizikal biarpun sudah bersama Akademi Polis selama dua musim.
“Anding menghilangkan diri begitu saja dan kami sudah cuba menghubungi dan mencarinya di rumah. Sehingga kini, saya tidak dapat mengesan Anding dan kami terpaksa menggugurkannya daripada drama ini. Wataknya akan dimatikan. Saya tidak menolak kemungkinan Anding tidak tahan dengan ujian mental dan fizikal ketika membintangi drama ini.
“Saya bangga dengan Serina dan Ozlyn Waty yang lasak dan mampu mengharungi apa juga tekanan ketika membintangi drama ini. Mereka tidak pernah berkata tidak boleh apabila perlu melakukan aksi lasak sehingga perlu terjun daripada tingkat lima sebuah bangunan.
Bukan mudah untuk saya mencari pelakon wanita yang boleh melakukan aksi stunt seperti mereka. Saya mendidik mereka seperti anggota rekrut dan sentiasa bersedia dalam apa juga keadaan. Saya akui serius dan tegas ketika mengarahkan drama ini bagi memastikan pelakon betul-betul berketrampilan seperti pegawai polis. Apa juga yang dilakukan bagi menjaga hubungan baik dan tidak memalukan Polis Di Raja Malaysia,” katanya.
Serina akui, pada mulanya agak ragu-ragu kemampuannya menerajui Akademi Polis. Dan, drama itu juga adalah pengalaman pertamanya bekerja dengan Yusof Kelana.
“Saya tak yakin mampu melakukannya apabila pertama kali bertemu dengan Yusof. Beliau kelihatan garang dan tegas. Bagaimanapun, saya seorang yang suka pada cabaran, sama ada mampu atau sebaliknya saya tak kisah asalkan saya mencuba terlebih dulu. Tak sangka sudah masuk musim ketiga, saya masih menerajui drama bersiri ini.
“Yusof memang tegas tetapi bertempat. Beliau melatih kami seperti rekrut dan disiplin paling dijaga. Jika lambat lima minit ke lokasi, Yusof tak bagi muka. Walaupun di luar kami rapat seperti adik dan abang, tetapi apabila berada di lokasi, dialah ketua kami. Jadi kami perlu sentiasa bersedia dan disiplin perlu jaga.
“Saya juga bersyukur dapat menjalinkan kerjasama dengan Yusof kerana beliau membentuk disiplin kami, selain banyak pengalaman manis dan pahit yang perlu ditempuh. Kadang kala terasa juga saya seperti pegawai polis dan ketegasan itu terbawa-bawa di luar lokasi penggambaran,” kata anak dara pakar masak terkenal, Chef Wan itu.
Pelakon berusia 25 tahun itu mengakui dirinya pernah menyimpan impian bergelar anggota polis, tapi nampaknya impian hanya termakbul dalam lakonan. Apabila ditawarkan menjadi Inspektor Nurfatimah, tentu dirinya tak melepaskan peluang untuk merealisasikan impiannya biarpun bukan anggota polis sebenar.
Lando berkata, tak banyak cabaran yang dihadapi kerana wataknya sebagai Inspektor Rosli masih dalam melakonkan karakter antagonis sebagaimana lakonannya sebelum ini.
“Watak antagonis yang dimaksudkan bukanlah watak hitam seperti penjenayah sebaliknya karakter saya sebagai anak seorang Datuk dan berpengaruh. Bagaimanapun, selepas putus tunang, saya berubah sikap. Konflik berlaku apabila kekasih baru saya, Azlina (Myra Normila), seorang wartawan ditahan Akta Rahsia Rasmi (OSA). Saya bersama bapanya, Sarjan Manan (Kaza) berusaha membantu menyelesaikan masalah ini,” katanya.
Balai Polis Komuniti di Chow Kit
Editor iKDN | 7 Julai 09 6:42pm
Bagi melihat sendiri perkembangan dan tindakan pihak Polis di kawasan Lorong Haji Taib, Chow Kit, selepas dikunjungi oleh Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein pada 22 Jun yang lalu, Timbalannya, Tuan Jelaing Anak Mersat tidak ketinggalan mengambil tindakan yang sama turun padang ke kawasan itu.
Lawatan yang bermula pada jam 3.00 petang (7 Julai 2009) telah diberi taklimat oleh Dato' Abu Samah, Timbalan ketua Polis Kuala Lumpur.
YB Jelaing melawat sekitar bangunan dan mengadakan sidang media selepas lawatan
Lawatan ini bertujuan untuk memantau balai Polis Komuniti yang kini sedang di dalam proses pengubahsuaian. Menteri Dalam Negeri ketika lawatannya yang terdahulu telah berjanji untuk memastikan pengwujudan sebuah balai polis di kawasan ini dapat direalisasikan secepatnya.
"Balai Polis Komuniti ini akan dijadikan 'one stop centre' yang akan dilengkapi dengan segala kemudahan untuk orang ramai berurusan. Ia akan digerakkan oleh Pengawai Penyiasat Jenayah dan Narkotik, bilik maklumat, bilik tahanan sementara," kata Tuan Jelaing ketika ditemui oleh para wartawan.
Balai Polis Komuniti ini adalah rumah kedai 3 pintu yang terletak di Lorong Haji Taib 1. Kos sewaannya ialah RM22,500 sebulan. Kos pengubahsuainnya termasuk kelengkapan pejabat dianggarkan sebanyak RM400,000.00. Perjanjian sewaan pula adalah untuk tempoh 3 tahun.
"Pengwujudan Balai Polis Komuniti ini adalah bukti kesungguhan KDN untuk memastikan imej kawasan Lorong Haji Taib ini berubah menjadi kawasan selamat kepada peniaga dan selamat juga untuk dikunjungi,"...kata beliau lagi.
Telah sekian lama Chow Kit terpalit dengan imej hitamnya sebagai pusat kegiatan gengster dan sindikit pelacuran. Kehadiran Balai Polis ini diharap dapat mencegah aktiviti sosial yang negatif selaras dengan hasrat Menteri Dalam Negeri agar 'kawasan panas' ini dapat ditukar imejnya. Polis jug adapat memantau kawasan ini untuk tempoh 24 jam yang sebelum ini cuma diuruskan dengan menempat Balai Polis Bergerak.
Tanda Pangkat Dalam PDRM
Inspektor Jenderal Polis (IGP)
Deputi Inspektor Jenderal Polis (DIG)
Komisioner Polis (CP)
Deputi Komisioner Polis (DCP)
Senior Asisten Komisioner I & II (SAC)
Asisten Komisioner Polis (ACP)
Superintenden Polis (SP)
Deputi Superintenden Polis (DSP)
Asisten Superintenden Polis (ASP)
Kadet Asisten Superintenden Polis
Chief Inspektor
Inspektor
Inspektor Percubaan
Sub-Inspektor
Sarjan Mejar
Sarjan
Kopral
Lance Kopral
Jenayah: P. Pinang tubuh pasukan khas
BUKIT MERTAJAM 17 Jan. - Polis negeri menubuhkan satu pasukan khas bagi menangani jenayah kekerasan khususnya yang melibatkan penggunaan senjata api termasuk bom tangan di negeri ini.
Meskipun masih baru, pasukan itu telah berjaya menumpaskan sebuah kumpulan amat dikehendaki selepas menembak mati ketuanya yang terlibat dalam 16 siri jenayah kekerasan di Taman Permata dekat sini Rabu lalu.
Pasukan tersebut juga turut berjaya menembak mati dua lagi penjenayah yang menggunakan bom tangan untuk menakutkan mangsa.
Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, pihaknya bimbang dengan kecenderungan penjenayah menggunakan senjata api sehingga menimbulkan ketakutan di kalangan masyarakat.
"Jadi saya bertanggungjawab untuk menangani masalah tersebut sekali gus memastikan keselamatan penduduk di Pulau Pinang terjamin.
112 anggota, pegawai polis dikenakan tindakan
KUALA TERENGGANU 18 Jan. - Seramai 112 anggota dan pegawai polis di negeri ini dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan tatatertib termasuk penyalahgunaan dadah sepanjang tahun lalu.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, daripada jumlah itu, seramai 13 orang anggota berpangkat koperal ke bawah didapati terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Katanya, kesemua mereka dikenakan tindakan tahan kerja serta tidak dibenarkan terlibat secara proaktif manakala yang didakwa di mahkamah digantung kerja.
"Kes penyalahgunaan dadah melibatkan anggota berpangkat koperal ke bawah semakin meningkat. Pada 2008, hanya tujuh anggota sahaja dilaporkan positif dadah berbanding 13 orang pada tahun lalu," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, katanya, jumlah keseluruhan kakitangan awam yang terlibat dengan dadah sepanjang tahun lalu turut meningkat iaitu sebanyak 67 kes berbanding 59 kes pada 2008.
Menurut Mohd. Shukri, dalam usaha menangani masalah disiplin di kalangan anggota polis di negeri itu, Sistem Kawalan Disiplin dan Dadah dilaksanakan untuk pemantauan.
"Kita juga akan meningkatkan pelbagai kegiatan berunsur program kebajikan termasuk penglibatan warga polis bersama masyarakat," katanya.
Konstabel dipenjara sepanjang hayat
KLANG 18 Jan. - Seorang konstabel polis dihukum penjara sepanjang hayat dan 12 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua tuduhan mempamerkan pistol milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) semasa merompak sebuah kedai telefon.
Hakim Datuk Anita Harun menjatuhkan hukuman tersebut bagi setiap dua pertuduhan yang dihadapi oleh Aeleh Wahab yang bertugas di Putrajaya semasa kejadian berlaku empat tahun lalu.
Beliau bagaimanapun memerintahkan kedua-dua hukuman penjara itu berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 16 April 2006.
Aeleh didapati mempamerkan sepucuk pistol jenis revolver .38 Special 3 inch Smith & Wesson sehingga menyebabkan Noridayu Abdullah, 24, ketakutan selain boleh menyebabkan kematian atau kecederaan.
Perbuatan itu dilakukan semasa tertuduh merompak Kedai Telefon New Telecommunication Ent., Jalan Ayer Hitam, Dengkil, Sepang dekat sini pada pukul 10.30 pagi 14 April 2006.
Dia turut didapati melakukan kesalahan sama terhadap Tiew Boon Piau, 32, dengan menggunakan sepucuk pistol jenis revolver .38 Special Smith & Wesson di Kedai Telefon Astino Teleshop Nombor 27, Jalan Kenanga 2, Taman Dengkil Jaya, Dengkil, Sepang dekat sini pada pukul 3.30 petang, 16 April 2006.
Bagi setiap pertuduhan, Aeleh didakwa mengikut Seksyen 4 Akta Senjata api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukan hukuman penjara sepanjang hayat dan sebatan tidak kurang enam kali jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Siti Syuhada' Alwi dan Nurul Maisarah Kamal manakala tertuduh diwakili peguam Aminuddin Ramli.
Gangsterisme: Polis KL kenal pasti 'sekolah panas'
KUALA LUMPUR 18 Jan. - Polis Kuala Lumpur sedang mengenal pasti 'sekolah-sekolah panas' di ibu negara untuk diberi tumpuan dalam usaha menangani masalah gangsterisme di kalangan pelajar yang semakin serius sejak kebelakangan ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, antara lain, usaha itu adalah bagi melengkapkan pengetahuan pelajar mengenai keseriusan jenayah serta impaknya kepada masyarakat.
Beliau berkata, pihaknya kini dalam proses mengenal pasti sekolah-sekolah bermasalah itu dan menjangkakan ia dapat direalisasikan tidak lama lagi.
"Daripada pemantauan, kita dapati kebanyakan sekolah bermasalah adalah terdiri dari sekolah-sekolah menengah. Bagaimanapun, ini tidak bermakna sekolah rendah tidak terlibat dalam masalah itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan watikah pelantikan pengawas kepada 89 pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) di sini hari ini.
Pelaksanaan 'sekolah panas' tersebut, kata Muhammad Sabtu, menjadikan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sebagai IPK yang pertama memperkenalkan program seumpama itu.
"Kita akan mengadakan lawatan dan taklimat di sekolah-sekolah yang dipilih itu. Ia adalah bagi mendekatkan pelajar-pelajar yang dikenal pasti bermasalah itu dengan polis," jelasnya.
Ditanya mengenai perkembangan serangan sebuah kuil Sikh di Sentul, beliau berkata, polis mengklasifikasikan serangan itu sebagai masalah vandalisme dan tiada kaitan dengan isu gereja.
10 anggota polis terima penghargaan
PULAU PINANG 18 Jan. - Keberanian 10 orang pegawai dan anggota polis menembak mati dua orang penjenayah di ladang kelapa sawit di Sungai Bakap pada 9 Januari lalu, mendapat penghargaan beberapa badan bukan kerajaan di negeri ini.
Penghargaan itu diberikan tiga pertubuhan iaitu Kelab Lion Antarabangsa Daerah 308 B2, Kelab Lion Tanjung dan Kelab Wartawan Pulau Pinang dalam satu majlis yang diadakan di sini baru-baru ini.
Pengerusi penganjur, Lim Chee Seng berkata, penghargaan itu diberikan kepada anggota terlibat sebagai tanda terima kasih kerana berjaya menamatkan siasatan terhadap kes tersebut serta beberapa kes lain yang berkait rapat dengan bahan letupan.
Katanya, Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakub mendahului senarai penerima diikuti Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Risikan dan Operasi Negeri, Supritendan Nashir Ya; Asisten Supritendan Hamdan Abdul Talip; Cif Inspektor Azhril Hashim; Sarjan Mejar Abdul Wahab Drahman dan Sarjan Abdul Rashid Yusop.
Turut menerima surat penghargaan ialah Koperal Zulkifli Amin Mat Yazid; Koperal Sayed Abdul Mutalib Sayed Abdul Rahman; Koperal Rosli Lahap; Koperal Mohd. Nasir Abdul Aziz dan Lans Koperal Azahari Mohamed, kesemuanya dari Unit Pemusnah Bom (UPB).
"Penghargaan ini diberikan kerana keberanian yang ditunjukkan dalam menjalankan tugas yang sanggup membahayakan diri mereka sendiri demi menjaga keselamatan negara.
"Diharap tindakan yang kami lakukan hari ini dapat dicontohi oleh pihak lain pada masa depan," katanya.
Dalam kejadian pada 9 Januari lalu, dua lelaki berusia 52, dan lingkungan 40-an ditembak mati dalam insiden berbalas tembak dan cubaan membaling sebutir bom tangan ke arah polis.
Thursday, January 14, 2010
Tingkat hubungan erat banteras jenayah
GERIK 13 Jan. - Hubungan erat antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan masyarakat perlu dipertingkatkan supaya kedua-dua pihak boleh bekerjasama lebih erat untuk membanteras jenayah.
Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), Tan Sri Robert Phang berkata, langkah berkenaan sangat penting kerana kejadian jenayah pada masa ini lebih serius malah didalangi oleh warga asing yang lebih ganas dan berani.
Justeru, katanya, pihak PDRM harus mencari pelbagai alternatif supaya masyarakat terus memberi kepercayaan dan bekerjasama dengan polis supaya kes jenayah cepat dihidu dan dibendung.
"Kita berharap PDRM dan masyarakat mencari jalan dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama komuniti supaya hubungan lebih erat terjalin antara PDRM dengan masyarakat setempat.
"Hubungan lebih erat ini penting supaya sesuatu jenayah yang berlaku atau akan berlaku dapat dibendung setelah mendapat maklumat daripada anggota masyarakat setempat," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis dialog Ahli Jawatankuasa Induk, Program Pemilihan Balai Polis Cemerlang Bersama Masyarakat Bersia di Balai Polis Bersia di sini, kelmarin.
Sementara itu Phang berkata, program tahunan Anugerah Balai Polis Cemerlang (ABPC) juga merupakan sebahagian usaha pihaknya merapatkan hubungan antara polis dengan masyarakat setempat.
Katanya, program itu terbahagi kepada dua kategori iaitu A bagi balai polis di kawasan bandar dan B bagi balai di luar bandar.
Jelasnya, bagi tahun ini sebanyak 14 balai polis menyertai kategori A dan 13 balai bagi kategori B untuk pertandingan peringkat kebangsaan dan keputusannya dijangka diketahui pada Mac ini.
"Program bertaraf antarabangsa sejak empat tahun ini diperkenalkan oleh Pertubuhan Altus Global Alliance dari Hague, Belanda dan membabitkan 24 negara termasuk Malaysia.
"Ia menggunakan piawaian antarabangsa bagi menilai kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh balai di kawasan setempat yang berasaskan orientasi masyarakat, keadaan fizikal, hak saksama dan ketelusan akauntabiliti," katanya.
Waspada tawaran syarikat kad keahlian 'istimewa'
SUNGAI PETANI 13 Jan. - Kata-kata manis seorang pegawai pemasaran wanita sebuah syarikat kad keahlian cukup membuat seorang kerani syarikat penerbitan teruja lalu melabur RM328 untuk menjadi ahli.
Dengan bayaran tersebut, Ruazaini Ahmad, 48, dijanjikan mendapat insurans perlindungan kemalangan, khairat kematian keluarga, diskaun pakej umrah dan tempahan hotel selain berpeluang mendapat hadiah galakan kecemerlangan anak-anak dalam pelajaran.
Namun, impian mangsa yang turut dijanjikan pampasan kemalangan berkecai apabila pejabat urusan syarikat tersebut serta kakitangannya di - Mergong dekat Alor Setar, 'ghaib'.
"Semuanya bermula pada 28 Oktober lalu apabila saya dipelawa oleh kakitangan syarikat itu yang membuka kaunter di hadapan pejabat Lembaga Tabung Haji di sini.
"Terpedaya dengan kata-kata manis pegawai pemasaran tersebut, saya akhirnya bersetuju membayar pendahuluan RM150," kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ruazaini memberitahu, setelah membayar wang pendahuluan, dia diberi resit serta sebuah buku panduan yang menerangkan mengenai butiran keistimewaan keahlian itu.
"Pegawai pemasaran itu memberitahu, saya layak mendapat semua faedah sebaik sahaja membayar wang pendahuluan. Bakinya pula boleh dibayar pada bila-bila masa," katanya.
Bagaimanapun, Ruazaini menyedari dia menjadi mangsa penipuan syarikat itu selepas permohonannya untuk mendapatkan pampasan kemalangan gagal.
"Saya terlibat dalam kemalangan di Taman Palma, Sungai Petani ketika pulang dari tempat kerja di Seberang Jaya pada 27 Disember lalu. Berikutan kemalangan itu, salah satu daripada jari tangan kiri hampir terputus," katanya.
Katanya, selepas pulih, dia menghubungi pegawai pemasaran syarikat untuk mendapatkan bayaran insurans tetapi gagal.
"Pada 5 Januari lalu, saya pergi ke pejabat syarikat itu dan mendapati ia tidak lagi beroperasi," katanya.
Berikutan kejadian tersebut, Ruazaini membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani.
Beliau juga mengesyaki, sindiket itu menyasarkan mangsa di kalangan warga emas kerana modus operandi syarikat tersebut ialah membuka kaunter di hadapan pejabat kerajaan atau institusi kewangan.
"Saya berharap kes ini dapat dijadikan iktibar bagi mengelakkan lebih ramai mangsa tertipu dengan syarikat terbabit," katanya.
Tuesday, January 12, 2010
Puduraya kini lebih selamat
KUALA LUMPUR 11 Jan. - Pengguna Hentian Puduraya akan berasa lebih selamat apabila lebih ramai anggota polis dan pihak keselamatan lain akan ditempatkan dan dapat dilihat di hab bas terbesar itu untuk mengurangkan risiko jenayah jalanan.
Hentian Puduraya termasuk dalam kawasan paling panas di dalam senarai 10 kawasan panas di negara ini - enam daripadanya di Kuala Lumpur, tiga di Johor dan satu Selangor.
Terdapat 50 kawasan panas dikenal pasti di seluruh negara.
Hentian Puduraya, yang merupakan salah satu kawasan tumpuan utama rakyat, terletak di bawah seliaan Balai Polis Tun HS Lee.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk seri Hishammuddin Tun Hussein, kehadiran lebih ramai anggota polis meronda kawasan itu akan dibantu oleh anggota-anggota Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) yang terdiri daripada anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA).
"Saya memilih lokasi ini (untuk lawatan hari ini) kerana kawasan-kawasan di bawah seliaan Balai Polis Tun HS Lee seperti di Bukit Bintang, Hentian Puduraya dan Jalan Petaling mencatatkan kadar jenayah jalanan yang tertinggi di antara 50 kawasan panas seluruh negara.
"Ini disebabkan kawasan-kawasan ini menjadi tumpuan orang ramai dari seluruh pelosok negara serta pelancong-pelancong asing," katanya kepada pemberita selepas lawatan itu.
"Saya dapati pelaksanaan usaha ini telah berjalan dengan baik dan para SSP telah menunjukkan minat yang mendalam terhadap tugasan baru mereka dalam membantu pihak polis, terutama yang melibatkan aktiviti rondaan.
"Saya yakin, jika usaha ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, kadar jenayah di kawasan-kawasan panas ini akan mencatatkan penurunan," katanya.
Ujarnya lagi, untuk mencapai matlamat itu, pihaknya telah meningkatkan jumlah anggota SSP di kawasan itu.
Beliau menjelaskan, jumlah anggota polis yang akan bertugas di kawasan itu ialah sebanyak 40 orang SPP Rela 20 orang dan SPP JPA 10 orang pada setiap syif.
Beliau menjelaskan, jumlah jenayah jalanan di kawasan itu menunjukkan penurunan sejak skim terbaru itu diwujudkan.
Katanya, ia dibuktikan menerusi statistik terbaru pada hujung tahun lalu iaitu kadar jenayah pada November ialah sebanyak 122 kes dan menurun kepada 102 kes pada Disember.
Pada 2008, sebanyak 105 kes jenayah berlaku pada November dan meningkat kepada 143 kes pada Disember.
Kepolisan berprofil tinggi bagi kurangkan jenayah
KUALA LUMPUR 11 Jan. — Polis Diraja Malaysia akan melaksanakan program Kepolisan Berprofil Tinggi sebagai satu daripada inisiatif untuk mengurangkan kadar jenayah terutama jenayah jalanan seperti yang disasar di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, melalui program itu, pegawai kanan polis dikehendaki bersama-sama anggota di barisan hadapan menjalankan tugas ”tinjauan” serta ”berjumpa dan menyapa” orang awam di tempat dan masa yang ditetapkan secara sistematik.
"Walkabout (tinjauan) merangkumi tugas-tugas kepolisan seperti bit dan rondaan manakala meet and greet (berjumpa dan menyapa) ialah interaksi bersemuka antara polis dan masyarakat secara konstruktif,” katanya kepada pemberita sebelum meninjau penugasan anggota Rela dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di Balai Polis Bergerak Hentian Puduraya di sini hari ini. - Bernama
KDN tolak dakwaan gagal bertindak
syahrir.bakar@utusan.com.my
|
|
KUALA LUMPUR 11 Jan. – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menolak dakwaan yang mengatakan ia gagal bertindak dengan baik dalam menangani beberapa isu terutama insiden serangan ke atas gereja sehingga ia meningkat kepada lapan buah sejak kes pertama direkodkan Jumaat lalu.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, sekiranya pihak berkuasa terutama polis gagal menjalankan tanggungjawab mereka, pasti lebih banyak insiden buruk dicatatkan sejak beberapa hari lalu.
“Saya rasa keadaan kita terkawal, jangan ingat ia (keselamatan) datang melayang dan bergolek begitu saja.
“Ia (usaha menjaga keselamatan) memerlukan satu tindakan tegas, pencegahan dan kerjasama,” katanya pada sidang akhbar sebelum melakukan lawatan ke beberapa kawasan panas jenayah di sekitar Hentian Puduraya di sini hari ini.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Ketua Pengarah Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Datuk Zaidon Asmuni.
Hishammuddin mengulas insiden serangan ke atas lapan gereja dengan yang terbaru dilaporkan di Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Seremban di Lakeview Square, Seremban 2 awal pagi ini.
Jelas beliau, insiden terbaru itu boleh disifat sebagai melegakan kerana ia tidak serius seperti kejadian empat gereja yang dibakar di sekitar Lembah Klang sejak Jumaat lalu.
Kejayaan KDN membendung kejadian itu daripada merebak pada skala lebih besar, jelasnya, dibantu oleh tiga perkara iaitu pendirian kerajaan; komitmen pihak berkuasa dan kematangan masyarakat Malaysia melihat insiden itu sebagai sesuatu yang serius.
‘‘Saya gembira kerana pada hari Jumaat kita sudah lalui dengan umat Islam kita, sementara semalam (Ahad) pula, masyarakat Kristian di seluruh negara berupaya melakukan acara keagamaan (Sunday services) dengan selamat,’’ katanya.
Dalam pada itu beliau mengesahkan, polis sedang menyiasat identiti individu yang bertanggungjawab melemparkan bom petrol di tiga buah gereja di sekitar Lembah Klang pada awal pagi Jumaat lalu.
Namun, beliau enggan mendedahkan perincian mengenai individu itu.
Tambahnya, KDN pada pagi ini juga telah memberikan penerangan kepada beberapa duta asing di sini mengenai situasi terbaru berhubung isu tersebut bagi menghalang pihak yang tidak bertanggungjawab daripada menyebarkan berita-berita palsu.
Sementara itu, Ismail menegaskan, polis tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan ke atas mana-mana individu yang menyertai sebarang perhimpunan haram yang tersebar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Polis tembak mati 3 penjenayah
utusanperak@utusan.com.my
IPOH 11 Jan. - Polis menembak mati tiga daripada empat penjenayah warga Indonesia bersenjatakan pistol dan parang dalam satu kejadian berbalas tembakan di Taman Farmasi, Seri Iskandar dekat sini lewat petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 petang itu, tiga penjenayah yang berusia lingkungan 20-an hingga 30-an mati di tempat kejadian, manakala seorang lagi rakan mereka berjaya melarikan diri ke dalam kawasan semak berhampiran.
Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, semasa membuat rondaan, sepasukan polis terserempak dengan sebuah kereta jenis Honda Civic dinaiki empat lelaki dalam keadaan mencurigakan di taman itu.
Katanya, ketika cuba menahan kereta itu, pemandunya memecut kereta untuk melarikan diri namun merempuh dua buah kenderaan polis sehingga rosak teruk sebelum kereta itu terbabas.
"Empat lelaki kemudian keluar dan salah seorang daripada mereka melepaskan beberapa das tembakan terhadap polis dan sambil dua lagi bersenjatakan parang cuba menyerang polis.
"Polis terpaksa melepaskan tembakan balas dan mengenai tiga suspek manakala seorang lagi berjaya melarikan diri ke kawasan semak berhampiran. Dia gagal dikesan sehingga sekarang," katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.
Zulkifli berkata, pemeriksaan polis ke atas suspek dan kenderaan dinaiki mereka menjumpai sepucuk pistol, beberapa bilah parang, sebilah keris, enam unit telefon bimbit, wang tunai RM1,400, tiga pasport dipercayai milik suspek dan sebuah komputer riba.
Katanya, keris dan beberapa barangan yang ditemui itu merupakan bahan bukti dalam satu kejadian samun di Kuala Kangsar pada 7 Januari tahun lepas.
"Dalam kejadian tersebut, mangsa cedera teruk dan terpaksa menerima 20 jahitan. Kumpulan ini merupakan penjenayah yang ganas kerana mereka tidak teragak-agak untuk mencederakan mangsa dengan teruk jika melawan.
"Walaupun setakat ini tiada mangsa yang terbunuh, namun jika mereka dibiarkan, tidak mustahil lebih ramai orang awam yang akan menjadi mangsa," katanya.
Menurut Zulkifli, siasatan awal polis mendapati, penjenayah berkenaan terlibat tidak kurang daripada 13 kes samun bersenjata di Perak, Kedah, Selangor dan Johor.
Katanya, kumpulan tersebut menggunakan modus operandi yang sama iaitu menyamun pada malam hari dengan mengikat mangsa serta mencederakan mangsa jika berlaku penentangan.
"Polis sedang giat menjalankan gerakan memburu seorang lagi suspek yang melarikan diri, tetapi kita yakin dapat menangkapnya tidak lama lagi," ujarnya.
Beliau memberitahu, kejayaan menumpaskan kumpulan penjenayah itu adalah hasil intipan pasukan polis serta maklumat yang disalurkan oleh orang ramai.
"Saya ingin menasihatkan kepada orang ramai yang ternampak kenderaan dalam keadaan mencurigakan di hadapan rumah supaya menghubungi polis supaya kita boleh semak nombor pendaftaran kenderaan mereka.
"Jika nombor pendaftaran itu palsu, polis percaya mereka ada rancangan untuk melakukan jenayah," katanya.
1,533 sukarelawan simpanan
KUALA LUMPUR 11 Jan. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menambah seramai 1,533 anggota Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) untuk ditempatkan di 50 kawasan panas di empat negeri yang kerap berlaku jenayah.
Penambahan itu melibatkan seramai 1,042 anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan 491 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pelantikan itu hanya untuk jangkamasa pendek dan sederhana.
"Bagi jangkamasa panjang di bawah RMK-9 (Rancangan Malaysia Kesembilan), kementerian telah berbincang dengan polis untuk menambah dan menaik taraf pusat-pusat latihan polis di seluruh negara.
"Dengan perancangan itu, kita dapat menyediakan anggota polis mengikut keperluan negara," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan panas di sekitar Puduraya di sini hari ini.
Beliau memberitahu, penambahan anggota SSP juga sejajar dengan usaha kerajaan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang meletakkan sasaran menurunkan kadar jenayah.
Dalam lawatan itu, beliau lega kerana SSP yang dilantik menunjukkan minat mendalam terhadap tugas mereka.
"Bagi menghargai anggota sukarelawan simpanan ini, hari ini saya turun ke bawah untuk bertanya khabar dan mendengar pendapat dan masalah mereka.
"Kita berharap orang ramai dapat merasai kesan penurunan jenayah daripada usaha yang dilakukan," ujarnya.
Rela mulakan tugas sebagai anggota sukarelawan polis.
|
|
KUALA LUMPUR 11 Jan. - Anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) bersedia ditempatkan di mana-mana sahaja sebagai polis sukarelawan untuk memastikan orang awam bebas dari ancaman jenayah.
Anggota Rela yang ditemui di sekitar ibu kota hari ini memberitahu, mereka bangga apabila dapat membantu polis mencegah jenayah di kawasan panas di seluruh negara.
Noorisham Ramly, 42, berkata, anggota Rela tidak kira di mana mereka ditugaskan akan berusaha menjaga keselamatan negara, agama dan bangsa.
"Tugas ini dapat menyedarkan orang ramai mengenai kepentingan tugas anggota Rela," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kelmarin, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, seramai 1,042 anggota Rela akan ditempatkan sebagai polis sukarelawan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor untuk mencegah jenayah di 'kawasan-kawasan panas.'
Ketua Platun Rela Masjid India, Abdul Rahman Sulaiman, 45, berkata, beliau menyokong langkah terbaru kerajaan itu tetapi mengharapkan agar elaun anggota Rela dinaikkan.
Seorang lagi anggota Rela, Mahadi Saud, 35, menyatakan usaha memperluaskan tugas Rela amat baik kerana ia dapat membantu mengawal keselamatan negara dengan lebih berkesan.
Suksis bantu banteras jenayah
KUALA TERENGGANU 11 Jan. - Anggota Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (Suksis) di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mampu memainkan peranan membantu tugas polis dalam memerangi jenayah yang semakin mencabar ketika ini.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, pihaknya percaya dengan kemampuan Suksis membantu menangani trend jenayah masa kini berdasarkan pengalaman mereka menyertai pasukan seragam di universiti masing-masing.
Beliau memberitahu, pada masa ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berdepan dengan trend jenayah yang membimbangkan terutama jenayah juvana membabitkan remaja, belia termasuk pelajar sekolah dan IPT yang terlibat dalam pelbagai perlakuan jenayah.
Selain itu, menurut Mohd. Shukri, PDRM turut mendepani persepsi masyarakat terhadap kecekapan polis dalam menangani jenayah di samping masalah keselamatan lain yang membabitkan kepentingan masyarakat.
"Pendekatan dan sikap yang dipamerkan ahli masyarakat kini terhasil daripada peningkatan taraf hidup dan pendidikan rakyat," katanya pada majlis Pelantikan Pangkat Pegawai Kehormat dan Pelancaran Kor Suksis Universiti Darul Iman (UDM) di sini kelmarin.
Monday, January 11, 2010
Kes rogol meningkat
PADANG BESAR 10 Jan. - Kes jenayah kekerasan termasuk jenayah rogol dan mendatangkan kecederaan di daerah ini meningkat lebih 15 peratus pada tahun lalu berbanding tahun 2008.
Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supritendan Che Man Md. Dros berkata, kebanyakan individu yang terlibat dalam kes rogol ini adalah juvenil iaitu golongan remaja yang berusia di bawah umur 17 tahun.
Beliau berkata, hasil siasatan polis mendapati majoriti lelaki yang melakukan jenayah berkenaan adalah kenalan rapat kepada mangsa rogol itu sendiri.
"Kami tidak boleh memberikan ulasan lanjut mengenai laporan siasatan itu. Namun begitu, polis tidak menolak bahawa mangsa rogol telah mengenali lelaki terlibat terlebih dahulu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas mengedar risalah membanteras jenayah kepada para peniaga dan pengunjung Pasar Sehari Oran, Mata Ayer di sini hari ini.
Lebih 1,000 risalah diedarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar kepada pengunjung pasar sehari tersebut.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya mengawasi pergaulan anak-anak mereka bagi mengatasi masalah tersebut.
Sepanjang tempoh yang sama pula, kata Che Man, indeks jenayah bagi tahun lalu di daerah ini berjaya diturunkan sebanyak dua peratus berbanding tahun sebelumnya.
Pada masa sama katanya, kadar jenayah harta benda di daerah ini juga berjaya diturunkan lebih 16 peratus melibatkan tempoh yang sama.
Polis, pegawai KDN serah MyKad
HULU SELANGOR 10 Jan. – Polis dan pegawai di Kementerian Dalam Negeri akan digerakkan ke kawasan pedalaman untuk menyerahkan 434,000 MyKad yang masih belum dituntut di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepada pemiliknya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah itu bagi memastikan semua rakyat negara ini terutama yang tinggal jauh dari pejabat JPN memperoleh dokumen pengenalan diri masing-masing.
“Kerajaan mengutamakan rakyat selaras dengan gagasan 1Malaysia. Kita akan pastikan MyKad yang belum dituntut sampai ke tangan pemiliknya.
“Jadi, tidak perlu bimbang MyKad tidak sampai ke tangan pemiliknya. Kita mempunyai cara untuk memastikan MyKad itu sampai kepada pemiliknya,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Motivasi Pendidikan sempena Program Juara Rakyat di Tapak Ekspo Bandar Bukit Sentosa di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Penyelaras Program Juara Rakyat, Datuk Ahmad Maslan.
Program Juara Rakyat yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam itu menampilkan pelbagai aktiviti menarik di samping pameran dan jualan melibatkan 125 gerai.
Jumaat lalu, Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri, Datuk Lau Yeng Peng berkata, sebanyak 434,000 penduduk di seluruh negara masih belum menuntut MyKad masing-masing di JPN sehingga hari ini.
Menurutnya, ia mungkin berpunca dari beberapa faktor seperti lokasi rumah yang jauh dari pejabat JPN terutama bagi penduduk di Sabah dan Sarawak.
Selain itu katanya, mungkin terdapat pemohon yang masih tidak mengetahui MyKad mereka sudah siap diproses kerana tidak menyemaknya di JPN.
Hishammuddin menjelaskan, tanggungjawab memastikan semua warga tempatan memiliki MyKad merupakan sebahagian daripada empat Petunjuk Prestasi Utama (KPI) menteri di kementerian berkenaan.
Menurutnya, empat KPI itu meliputi aspek kenegaraan, permit memasuki negara, kelewatan sijil kelahiran dan pindaan kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Anggota PVR tertakluk bawah undang-undang PDRM
KUALA LUMPUR 10 Jan. - Anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang menyertai projek anggota polis sukarelawan (PVR) akan tertakluk di bawah undang-undang Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepenuhnya.
Ketua Pengarah Rela, Datuk Zaidon Asmuni berkata, langkah itu bersesuaian dengan pelaksanaan projek yang memerlukan anggota PVR memakai pakaian seragam polis ketika bertugas.
"Selagi anggota PVR memakai pakaian seragam polis, selagi itulah mereka harus mematuhi undang-undang polis dan bekerja seperti anggota sebenar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pelaksanaan projek PVR yang kini disertai 1,042 anggota Rela.
Mengenai soal pemilihan anggota Rela ke dalam PVR dan tempat tugasan mereka, jelasnya, perkara tersebut diserahkan kepada pihak polis.
Menurutnya, Rela hanya menyediakan anggota tetapi proses pemilihan seperti pemeriksaan fizikal dan kesihatan diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa itu.
Dari segi latihan menurutnya, anggota Rela akan menjalani kursus dan latihan sambil bekerja sebelum diserap masuk menjadi anggota sukarelawan polis.
Jelas Zaidon lagi, anggota PVR memiliki jadual tugasan mengikut syif berikutan komitmen mereka sebagai anggota Rela masih diperlukan.
Sehingga hari ini katanya, anggota PVR sudah mula dihantar ke ibu negara, Selangor, Pulau Pinang dan Johor untuk mencegah jenayah di kawasan-kawasan panas.
Beliau tidak menolak kemungkinan menambah jumlah anggota Rela untuk berkhidmat ke dalam PVR jika ada permintaan dari pihak polis dan orang awam.
Gereja, pondok pengawal sekolah sasaran terbaru
TAIPING 10 Jan. - Dua buah gereja dan sebuah pondok pengawal sekolah aliran Inggeris di sini dilempar dengan bom petrol dan batu, dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden yang sama menimpa tiga buah gereja di Lembah Klang, kelmarin.
Insiden pertama berlaku di pondok pengawal Sekolah Menengah Convent yang dilempar batu menyebabkan salah satu daripada cermin tingkap pondok itu pecah.
Selain itu, Gereja Taiping Catholic di Jalan Convent dan Gereja All Saints di Jalan Taming Sari menjadi sasaran dilempar dengan bom petrol.
Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah ketika dihubungi hari ini menasihatkan orang ramai supaya bertenang dan tidak panik dengan kejadian itu.
Menurut beliau, polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya bagi mencegah sebarang kejadian yang tidak diingini.
Sementara itu, Paderi Gereja All Saints, Joshua Ong, 48, berkata, dia menemui satu botol bom petrol di tangga ketika mahu membuka gereja itu kira-kira pukul 7 pagi ini.
Satu lagi botol juga dipercayai mengandungi cecair bahan pembakar sama, ditemui pecah berhampiran dinding depan bangunan gereja, katanya.
Di Miri, Sarawak, Gereja Good Shepherd (Anglikan) di Lutong, rosak selepas cermin bilik paderi dan koir dipecahkan.
Paderi gereja itu, Reverend (Rev) Donald Jutie berkata, kerosakan berlaku membabitkan tiga panel tingkap bilik paderi dan koir serta empat panel tingkap di tandas.
Beliau berkata, kejadian itu disedari pukul 6.05 pagi ketika mahu memulakan upacara keagamaan hari minggu.
Di Melaka, Gereja Baptist di Durian Daun hari ini disimbah dengan cat hitam.
Kejadian disedari pengerusi gereja tersebut pada pukul 9.20 pagi, sebelum 100 orang penganutnya hendak melakukan upacara keagamaan.
Pengerusi gereja itu, Pang Fee Yoon berkata, ini merupakan kali pertama kejadian berlaku di gereja tersebut yang mula dibuka pada tahun 1973.
Sementara itu, di Pulau Pinang polis menafikan kejadian kereta seorang paderi yang disimbah cat di Bukit Tengah hari ini mempunyai kaitan dengan isu serangan ke atas gereja.
Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, pihaknya percaya kejadian itu bermotifkan dendam peribadi kerana paderi terbabit pernah menerima ugutan daripada seorang lelaki yang dikenalinya sebelum ini.
Malah, katanya, mangsa yang berusia 40 tahun itu juga mengesahkan ugutan yang diterimanya itu bukan pertama kali berlaku.