KUALA LUMPUR: Guru sekolah bakal diiktiraf sebagai kumpulan
sokongan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) khusus bagi membantu
mencegah kegiatan jenayah di kawasan sekolah.
Hadir ke sekolah lengkap beruniform polis, kumpulan guru terpilih itu
juga bakal diberikan kuasa hampir sama dengan anggota polis.
Selain golongan pendidik, beberapa kumpulan dalam masyarakat seperti
doktor, ahli perniagaan dan individu perseorangan juga akan dilibatkan
menerusi Pasukan Sukarelawan Polis (PVR) bagi membantu PDRM mencegah
jenayah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, penglibatan kumpulan
berpengaruh dalam masyarakat menerusi PVR bakal dilaksanakan menerusi
fasa Kedua Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk mengurangkan
jenayah."Saya akan lantik anggota PVR di kalangan guru-guru sekolah. Bila pergi ke sekolah mereka akan pakai uniform polis.
"Kita mahu masyarakat bekerjasama dengan polis. Bukan susah pun,
bukan nak suruh tangkap orang. Mereka hanya perlu pakai uniform kerana
penampilan beruniform memberi kesan yang besar terutama bagi mencegah
jenayah," katanya menerusi wawancara eksklusif di sini, Khamis.
Jelas Ismail, langkah untuk melibatkan golongan pendidik dan kumpulan
masyarakat itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak menerusi Bajet 2013 untuk menambah bilangan PVR seramai
10,000 orang dengan peruntukan sebanyak RM70 juta bagi membantu polis
membanteras jenayah.
Sehingga kini dianggarkan terdapat seramai kira-kira 5,000 anggota PVR di seluruh negara.
Bagaimanapun menurut Ismail, pihaknya akan mengadakan perbincangan
terpeinci mengenai cadangan itu bersama pihak berwajib termasuk ketua
pengarah pelajaran untuk melibatkan guru sebagai anggota PVR.
"PDRM tak mahu cadangan ini dianggap seolah-oleh kita bagi tekanan
kepada guru. Kerja utama mereka tetap mengajar. Mereka hanya perlu pakai
uniform.
"Masa untuk mereka bertugas juga fleksibel. Sebagai contoh kita
galakkan mereka untuk pakai uniform apabila bersama pelajar di luar
kawasan sekolah untuk aktiviti luar," katanya.
Mengulas lanjut mengenai penglibatan guru sebagai anggota PVR, Ismail
menjelaskan ia tidak menggambarkan seolah-oleh berlakunya kadar jenayah
yang tinggi di sekolah sebaliknya hanya sebagai langkah pencegahan."Uniform (polis) memberi gambaran yang baik kerana kita mahu tanamkan kepada pelajar bahawa baju ini adalah lambang disiplin.
"Keduanya, penglibatan guru sebagai anggota PVR dengan memakai
uniform polis lebih kepada memberi amaran serta peringatan kepada orang
luar yang mempunyai niat jahat," katanya.
Selain itu Ismail berkata, perancangan itu merupakan lanjutan kepada program blue and green yang membabitkan anggota polis dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) bagi meningkatkan kawalan keselamatan di sekolah.
"Sekarang ini sudah ada polis dan Rela di sekolah. Jadi selepas ini
kita akan buat dalam skala yang lebih besar. PDRM akan libatkan semua
sekolah dan ia bakal dilaksanakan secara berfasa," katanya lagi.
About Me
- SSPDRM BALING
- PEJABAT SSPDRM BALING, IBU PEJABAT POLIS DAERAH, 09100 BALING, KEDAH DARULAMAN. Tel: 04-4701222 Fax: 04-4705355 Email: spdrmbaling@gmail.com
YDH KETUA POLIS NEGARA
YDH KETUA POLIS KEDAH
KETUA POLIS DAERAH BALING
KSPD DAERAH BALING
SJN OPERASI / PENYELIA
KPL PENYELIA
KPL PENTADBIRAN/PENYELIA
GALLERY GAMBAR PVR
Followers
Semak Saman Anda di Sini
E-PENYATA GAJI
Kira BMI anda
Wednesday, October 31, 2012
Farid Kamil Sertai Polis Sukarelawan
tidak seimbang 111,000 polis mengawal keselamatan 28 juta penduduk di negara ini.
Farid akan menempuh latihan lasak di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur dengan penuh semangat, selain sabar dan berani menghadapi pelbagai risiko dalam apa juga keadaan.
Katanya, sebelum ini beliau mengetahui mengenai PVR ketika bekerjasama dengan polis bagi menjayakan filem terbaru arahannya, PER3.
Sejak itu, dia mula mempunyai ramai kenalan dari kalangan anggota polis yang turut mencadangkan saya untuk menyertai PVR. Selepas itu, minat itu timbul sedikit demi sedikit.
Selain itu, kata-kata seorang anggota polis bahawa saya harus menjadi contoh kepada belia yang lain membuatkan saya lebih bersemangat.
sumber : Berita Harian
Lantik guru sertai PVR – Utusan
KUALA LUMPUR. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang melantik
guru sekolah sebagai anggota Pasukan Sukarelawan Polis (PVR) bagi
menangani masalah jenayah di kawasan sekolah terutama kes penculikan
pelajar.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, dalam pembentangan Bajet 2013, kerajaan telah meluluskan penambahan 10,000 anggota PVR dengan peruntukan berjumlah RM70 juta.
Beliau berkata, penambahan anggota PVR membolehkan pasukan keselamatan itu meningkatkan kehadiran anggotanya di kawasan awam termasuk pusat beli-belah, kawasan perumahan dan sekolah dalam usaha mencegah jenayah.
“Kita mahu anggota polis bersifat omnipresence (terdapat di mana-mana) di lokasi yang menjadi tumpuan awam seperti pusat beli-belah, taman perumahan dan juga sekolah.

Hampir 2,500 Mohon PVR Di Kedah
Alor Setar - Hampir 2,500 memohon untuk mengisi 750 jawatan dalam Pasukan Sukarelawan Simpanan (PVR) Kedah, kata Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim.
Katanya daripada jumlah itu, 1,330 layak dipertimbang dan akan menjalani saringan akhir.
"Kita akan buat tapisan lagi calon yang betul-betul layak dan mereka yang tidak terpilih kita akan jadikan mereka sebagai calon simpanan," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah,
Katanya mereka yang memohon untuk menyertai PVR itu datang dari pelbagai bidang kerjaya termasuk doktor perubatan.
Thursday, October 25, 2012
Wednesday, October 17, 2012
Timb Ketua Polis Kedah dan Komandan SSPDRM Kedah ketika perasmian jelajah jalinan mesra SSPDRM Semalaysia
Tuesday, October 16, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)
Berita Terkini PDRM
TAPAK PENTING
Lmn Web dan Blog terpilih.
- LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI ( LHDN)
- INTAN
- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN
- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
- JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
- TENTERA ONLINE
- JPJ ONLINE
- RELA
- PDRM ONLINE
- BLOG LAGU POLIS
- LAGU-LAGU POLIS
- Blog Daerah Baling
- Air Asia .com
- Rusmadi blog
- SPDRM SELANGOR
- Gmail.com
- Laman Facebook
- BANK ISLAM cliks
- BANK SIMPANAN NASIONAL
- CIMB Cliks
- Maybank2u
MISI DAN VISI PVR
VISI
Sukarelawan Polis DiRaja Malaysia senantiasa bersama berganding bahu
dengan PDRM dalam mendaulatkan undang-undang demi mengekalkan
keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara
ü Berganding bahu dengan PDRM untuk menguatkuasa undang-undang
ü Bersama mengekalkan keamanan dan keselamatan Negara
ü Bersama mencegah dan mengesan jenayah
ü Bersedia menyalur maklumat serta menjadi mata dan telinga PDRM
ü Bersama masyarakat tempatan membantu PDRM
OBJEKTIF
ü Membentuk satu pasukan yang efisyen dari segi intelektual dan fizikal
ü Memperkukuhkan hubungan di antara pihak polis dan masyarakat
ü Mempertingkatkan tahap keupayaan, kecekapan dan kepercayaan
masyarakat
Sukarelawan Polis DiRaja Malaysia senantiasa bersama berganding bahu
dengan PDRM dalam mendaulatkan undang-undang demi mengekalkan
keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara
MISI |
ü Berganding bahu dengan PDRM untuk menguatkuasa undang-undang
ü Bersama mengekalkan keamanan dan keselamatan Negara
ü Bersama mencegah dan mengesan jenayah
ü Bersedia menyalur maklumat serta menjadi mata dan telinga PDRM
ü Bersama masyarakat tempatan membantu PDRM
OBJEKTIF
ü Membentuk satu pasukan yang efisyen dari segi intelektual dan fizikal
ü Memperkukuhkan hubungan di antara pihak polis dan masyarakat
ü Mempertingkatkan tahap keupayaan, kecekapan dan kepercayaan
masyarakat
Elaun dan Insentif PVR
1. Elaun kehadiran Latihan Tempatan
Tuntutan elaun tidak melebihi 48 jam sebulan
Pegawai : RM7.80 sejam
Lain-lain Pangkat : RM6.00 sejam
2. Elaun Bounty ( Saguhati tahunan )
Bertugas lebih 380 jam setahun - RM 520.00
Bertugas 240 ~ 379 jam setahun - RM 390.00
Bertugas 120 ~ 239 jam setahun - RM 260.00
Bertugas kurang 120 jam setahun - TIDAK LAYAK
3. Elaun Pakaian (Pegawai sahaja)
Elaun Pakaian Seragam (sekali sepanjang perkhidmatan)
- RM300.00
Elaun Penyelenggaraan Pakaian Seragam (setiap tahun
dibayar mulai
tahun kedua Perkhidmatan) - RM 125.00
Elaun Pakaian Istiadat (3 tahun sekali) - RM 1,000.00
4. Kemudahan Lain
Bekalan Pakaian Seragam
Rawatan Perubatan
Compesation-ganjaran & elaun
Kematian semasa bertugas *
Kecacatan semasa bertugas *
Belanja pengkebumian *
* Melalui penyertaan skim insuran berkelompok

Live Traffic
PVR BALING KEKUATAN
ASP SP 564 SANJEVEN A/L ANNOMUTHU / INSP SP 1563 HAFIZUDIN BIN HAMZAH / SM SP 12754 AHMAD RUSMADI BIN UMAT / SJN SP 12756 AZIZI BIN AHMAD / KPL SP 12763 LOGANATHAN A/L KOLANDAISAMY /KPL SP 12776 FARID BIN AWANG KECHIK DAN 64 ANGGOTA .