Wednesday, December 30, 2009

Kisah Banduan Akhir. Pengajaran kepada mereka yang suka melakukan jenayah.



‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’ itulah antara kata-kata terakhir seorang banduan yang menjalani hukuman gantung sampai mati kepada anak-anaknya. Kisah tali gantung yang diceritakan oleh En Samuel, sebagai renungan kita bersama.

Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.


Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.


Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.


‘Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan,’ jelas Samuel.


Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.


APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.


Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.


Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.


Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.


‘Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza,’ kata Samuel.


Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.


‘Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung),’ kata Samuel.


Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk ‘perjumpaan terakhir.’

Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.


Banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai RM7.50.
HARI PENGGANTUNGAN


Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung ‘poie dengan rela’ setelah menunggu begitu lamo untuk hukuman dilaksanakan.


‘Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.


‘ Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,’ katanya.


Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.


‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’ antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.


Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.


‘ Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan jenaka,’ cerita Samuel.


Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.


BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila ‘gear’ ditarik.


Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.


Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.


Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik ‘gear’ yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.


Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.


‘Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.


‘Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos- bos saya dulu,’ kata Samuel.


Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel.
Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.


‘Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal,lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,’ katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.


Dipetik dari tranungkite.net-

Tuesday, December 29, 2009

3 beradik sertai polis sukarela


AYUB Yaakob (kanan) mengucapkan tahniah kepada Phang Poh Poh sambil diperhatikan abangnya, Phang Chin Yee (kiri) dan Phang Chin Ewe (dua dari kanan) selepas menerima sijil tamat latihan sebagai Konstabel Sukarelawan Polis Simpanan di Sungai Bakap, Pulau Pinang, kelmarin.


PULAU PINANG 6 Dis. - Minat yang mendalam terhadap aktiviti sukarelawan telah mendorong tiga beradik berketurunan Cina dari Sungai Bakap di sini, menyertai Konstabel Sukarelawan Polis Simpanan.


Phang Chin Ewe, 21, berkata, beliau berasa gembira kerana akhirnya berjaya menamatkan latihan di bawah Program Kursus Asas Kepolisan.


Perasaan itu turut dikongsi bersama dua lagi adiknya, Phang Chin Yee, 20, dan Phang Poh Poh, 19.


Kursus itu dikhaskan untuk anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) siri 1/2009 bagi membolehkan mereka menjalankan tugas polis.


"Biarpun saya sibuk dengan tugas sebagai mekanik namun ia tidak menghalang saya untuk bergiat dalam aktiviti sukarelawan seperti ini.


"Malah saya turut berbangga apabila dua adik saya turut sama menyertai pasukan polis sukarelawan ini. Dengan penglibatan kami ini, saya harap lebih ramai kaum Cina akan mengikut jejak langkah kami," katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima sijil tamat latihan daripada Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob di sini semalam.


Majlis penyampaian sijil itu sempena Program Pencegahan Jenayah Komuniti Kepolisan Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan di Dewan Chong Kuang, Sungai Bakap di sini.


Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program sehari itu seperti pameran aset dan peralatan Polis Diraja Malaysia, senamrobik, persembahan silat gayung patani dan kempen menderma darah.


Sementara itu, Ayub berkata, seramai 125 anggota polis sukarelawan daripada Rela dan JPAM telah menamatkan latihan untuk siri 1 pada tahun ini.


Katanya, mereka akan menjalankan tugas melalui kuasa yang sama seperti polis apabila berpakaian seragam untuk membanteras jenayah.


"Saya berharap lebih ramai remaja tampil menyertai pasukan sukarelawan ini terutama belia Cina dan India agar penglibatan masyarakat dalam aktiviti seperti ini dapat dipertingkatkan," katanya.

E-mail dari seorang anggota pvr yang prihatin terhadap nasib pvr seluruh malaysia, diutuskan kepada menteri KDN yang bertanggungjawab.

Lengkapkan Anggota Sukarela Polis Dengan Senjata Yang Moden Dan Beri Semangat
Editor iKDN | 14 Ogos 09 2:43pm


Kepada YAB Menteri, penjenayah pada zaman sekarang mereka mengunakan senjata api moden seperti senjata auto yang lebih canggih.Maka adalah tidak wajar anggota regular polis sahaja diberi kelengkapkan senjata moden tetapi anggota PVR pun perlu diberi perhatiaan kerana pvr juga barisan hapan semasa bertugas .PVR juga menjadikan usaha memerangi jenayah bersama pihak regular demi keselamatan negara,


Tidak mempunyai anggota polis yang mencukupi dan tidak mudah untuk menyediakanya anggota dalam masa yang sikat.Untuk mengatasi masalah ini YAB dan KDN perlu ambil cadangan saya supaya anggota pvr yang sudah bertugas 10th diserapkan kedalam regular .Dimana tugas caw trafk,tugas gerakan,bahagian am dan petabdiran diserah pada pvr dan lain-lain tugas dibuat oleh regular.PVR diserap dalam skim kontrok sebab ada yang sudah tugas 20th.Buat temuduga yang sihat dan umar 40th.


YAB perlu naikan semangat tugas PVR supaya lebih kurang 5,000 anggota seluruh malaysia dapat tugas dan sama mengurangkan kadar jenayah 20% atau pun lebih.



1) PVR diberi tugas yang lebih mencabar.


2) PVR diberi benarkan tuntu lebih dari 48jam pada masa 1 bulan sekarang cuba dibayar untuk tugas 48jam kalau seorang buat tugas 8 jam x 6 hari = 48 jam sudah cukup yang lebih masa 48 jam. Mana ada percuba orang nak tugas percuba tetapi keluar duit untuk minyak,makan,hp dan lain-lain.Kalau boleh benarkan PVR boleh tugas sehingga 120 jam baru anggota keluar tugas sehingga 15 hari dlm 1 bulan.Regular sekarang duduk pejabat pun ada elaun rm 300.



3) Elaun dinaikan dari RM 4.00 ke RM 10.00 atau rm 15.00 sebab keluar rumah pergi ronda m/sikial minyak dah rm 5.00,makan dan minuam seorang dengan lain-lain ronda panas minuam banyak air dah rm 10.00 SETIAP KALI SEORANG KELUAR TUGAS SUDAH HABIS RM 15.00 TETAPI ELAUN KITA CONTOH 1) RM 15.00 X 8 HARI SUDAH RM 120 TETAPI ELAUN BULAN 48JAM X RM4.00= RM 192(BELUM TAYAR ATAU MOTOR ROSAK KALAU REGULAR MINYAK DAN M/SIKIAL FREE SEBAB KERAJAAN MALAYSIA PUNYA)



4)Senjata yang digunkan oleh regular dengan pvr tidak sama contoh regular guna senjata auto,MP5(HK) pvr gunkan pistol isi peluru 1 demi 1 kalau pvr tugas sama regular kalau ada tembakan dengan penjenayah mati regular kita pvr nak ambil gunkan senjata balas tembakan pun tak sebab tak tahu nak gunakan.



5)Lesan memandu pasukan pun tak ada?
Kalau ada ramai pvr boleh diarahkan bantu untuk ronda gunkan pasukan banyak kereta peronda diatas jalan.


6)Ada pvr buat tugas trafik tetapi ealun lebih macam regular RM300 tak dapat.
PANAS SAMA-SAMA HUJAN PUN SAMA-SAMA TETAPI ELAUN TAK UNTUK PVR TAK ADA..


7) AKTA SUKARELAWAN POLIS PERLU DITUKAR PAKAI ZAMAN DAHULU SEKARANG DAH ZAMAN MODEN.



SAYA HARAP DAPAT BERHATIAN DARI YAB MENTERI DAN T/MENTERI KDN UNTUK SAMA HIDUPKAN BALIK SEMANGAT PVR.



SAYA HARAP E-MAIL DAPAT DIBALAS



TERIMA KASIH.


Sumber dari http://www.ikdn.org/179.html

Tuesday, December 15, 2009

Anggota beruniform (PDRM BALING) dihargai (feedback)


ABDUL Azeez Abdul Rahim (tiga dari kanan) menyerahkan kuih raya kepada Mat Daud Mat Hasan untuk disampaikan kepada pegawai dan anggota polis Baling yang bertugas pada hari raya di Ibu Pejabat Polis Daerah Baling, Baling, Kedah, semalam.



BALING 16 Sept. - UMNO Bahagian Baling hari ini menghulurkan sumbangan kuih raya kepada anggota keselamatan yang akan bertugas ketika umat Islam meraikan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.


Ketuanya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, program sumbangan itu bukan sahaja dapat mendekatkan anggota pasukan keselamatan dengan masyarakat bahkan mengingati jasa dan amanah yang dipikul mereka.


Menurut beliau, sudah menjadi amalan setiap tahun pihaknya akan menghulurkan sumbangan kuih kepada anggota keselamatan seperti polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan kakitangan hospital bagi menghargai pengorbanan mereka.


"Sudah menjadi amalan kita untuk mengingati mereka yang sanggup bertugas pada hari raya. Pengorbanan kumpulan ini amat besar ertinya kepada masyarakat dan negara," katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kuih raya kepada Ketua Polis Baling, Supritendan Mat Daud Mat Hasan di Ibu Pejabat Polis Daerah Baling (IPD) Baling di sini hari ini.


Hadir sama Timbalan Ketua Polis Baling, Deputi Supritendan Abdul Rahim Abdulah; Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Mohd. Khairul Azhar Abdullah dan Ketua Puteri Bahagian, Suriati Che Mid.


Sebelum itu Abdul Azeez dan ahli jawatan kuasa UMNO bahagian turut menyampaikan sumbangan kuih kepada anggota JPAM di Pusat Latihan JPAM di sini dan kepada anggota Bomba dan Penyelamat Daerah Baling.


UMNO bahagian tersebut turut menyediakan sumbangan kuih kepada semua pesakit dan kakitangan Hospital Baling yang bertugas pada hari raya. Abdul Azeez turut menyampaikan duit raya kepada semua kanak-kanak termasuk bayi yang baru lahir di hospital itu.

Kebajikan polis dipertingkat

SEREMBAN 11 Dis. – Kebajikan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjadi agenda utama dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk memastikan perkhidmatan pasukan itu terus dikagumi rakyat.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ini termasuk penstrukturan dan kenaikan pangkat anggota polis.


‘‘Tahun ini sebanyak 2,254 anggota polis dan pegawai diluluskan pemangkuan dan kenaikan pangkat.


‘‘Jumlah tersebut melibatkan 1,031 kenaikan pangkat di kalangan pegawai kanan polis berpangkat Asisten Supritendan dan ke atas, selain kenaikan pangkat 1,223 anggota bertugas di cawangan khas.


‘‘Jumlah berkenaan tidak termasuk 774 calon kenaikan pangkat daripada Inspektor kepada Asisten Supritendan yang baru diluluskan minggu ini,” katanya.


Hishammuddin ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Agung Persatuan PDRM kali ke-83 di sini hari ini.


Hadir sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan timbalannya, Tan Sri Ismail Omar.


Tambah Hishammuddin, bermula 1 November lalu juga, semua pelatih polis dan anggota yang sedang menjalani kursus asas kepolisan di pusat latihan polis seluruh negara akan menerima bayaran insentif khas PDRM sebanyak RM200 sebulan.


‘‘Kenaikan itu melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM166 juta,” jelasnya.

Sukarelawan Polis anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Tidak dibekalkan senjata api semasa bertugas.

KUALA LUMPUR 13 Dis. - Sukarelawan polis yang terdiri daripada anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) tidak akan dibekalkan dengan senjata api ketika menjalankan tugas- tugas rondaan.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, tindakan itu bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku kepada mereka sendiri dan orang awam.


Menurutnya, pemberian senjata api kepada sukarelawan polis simpanan ketika bertugas perlu dikaji sedalam-dalamnya kerana ia tidak boleh digunakan oleh individu yang tidak terlatih.


''Kita tidak menyediakan sukatan pembelajaran berkaitan senjata api dalam modul kursus asas sukarelawan polis simpanan.


''Namun dalam tempoh tujuh minggu, mereka akan diajar bidang kuasa yang lebih kurang sama seperti polis, teknik menangkap penjenayah dan rondaan di kawasan panas.


''Kursus itu memberi fokus asas sebagai anggota polis moden selain panduan menjalankan tugas dalam usaha mengurangkan 20 peratus jenayah jalanan menjelang 2010,'' katanya.


Beliau berkata demikian selepas Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Kepolisan Rela dan JPAM di Akademi Latihan Pertahanan Awam Malaysia, di sini hari ini.


Dalam siri ketiga pengambilan anggota polis sukarela, seramai 172 orang terdiri daripada 150 anggota Rela dan 22 anggota JPAM yang tamat kursus akan ditempatkan di kawasan panas di Kuala Lumpur dan Selangor bermula esok.


Chin Wah menambah, meskipun demikian sukarelawan polis simpanan itu akan dibekalkan dengan cota bagi tujuan mempertahankan diri ketika berhadapan dengan bahaya.


Beliau memberitahu, kira-kira 3,000 anggota sukarelawan polis simpanan diperlukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha membantu mengurangkan jenayah dan akan ditempatkan di Kuala Lumpur, Johor, Selangor serta Pulau Pinang menjelang 2010.

Indeks kadar jenayah Kedah turun 2.59 peratus

ALOR SETAR 14 Dis. - Indeks kadar jenayah di negeri ini bagi tempoh 11 bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 2.59 peratus atau 330 kes berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.


Ketua Polis negeri, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, kajian mendapati kadar jenayah di negeri ini mencatatkan sejumlah 12,435 kes berbanding 12,765 kes sepanjang 11 bulan pertama tahun lepas.


Katanya, bagi tempoh sama juga, jenayah harta benda mencatatkan penurunan sebanyak 3.97 peratus kepada 10,099 kes berbanding 10,516 kes tahun sebelum ini.


"Kejayaan polis kontinjen Kedah menurunkan kadar jenayah tersebut adalah hasil daripada aktiviti-aktiviti pencegahan dan operasi bersepadu yang dijalankan.


"Antaranya dua kumpulan yang terlibat dengan lebih 40 kes curi motosikal berjaya ditumpaskan. Seramai 19 remaja berusia antara 17 dan 25 tahun ditangkap," katanya.


Beliau berucap pada Majlis Penyampaiaan Anugerah Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF)-Balai Polis Cemerlang Negeri 2009 di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kedah, di sini hari ini.


Hadir sama Pengerusi MCPF negeri, Mansor Din.


Pada majlis itu, Balai Polis Kepala Batas diumumkan sebagai penerima anugerah balai polis cemerlang bagi kategori bandar dan Balai Polis Serdang, dekat sini bagi kategori luar bandar.


Syed Ismail berkata, jenayah kekerasan bagaimanapun mencatatkan peningkatan sebanyak 87 kes atau 3.87 peratus iaitu daripada 2,249 kepada 2,336 kes.


"Berdasarkan trend jenayah semasa, polis kontinjen Kedah menumpukan perhatian ke atas lima buah daerah iaitu Kuala Muda, Kota Setar, Kulim, Kubang Pasu dan Baling," katanya.


Beliau turut menyeru semua warga polis di negeri ini supaya bersama-sama menggembleng tenaga dan memainkan peranan masing-masing agar berjaya mengurangkan jenayah jalanan kepada 20 peratus pada penghujung tahun depan.


Sementara itu, kata Syed Ismail, dalam usaha membanteras pengedaran dadah di negeri ini, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri telah menangkap seramai 27 pengedar dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 sepanjang bulan lalu.


Katanya, 12 orang lagi ditangkap di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985) sepanjang November lalu manakala seramai 541 penagih ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983.


"Jabatan ini juga telah berjaya merampas sebanyak 1,140.11 gram heroin; 550.27 gram ganja; 353.93 gram syabu dan 120,621.83 gram daun ketum serta pelbagai jenis dadah lain," ujarnya lagi.


Dalam pada itu, Syed Ismail memberitahu, seramai 429 kakitangan polis kontinjen Kedah telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun lepas yang melibatkan sejumlah 32 Pegawai Kanan Polis; kalangan anggota pangkat rendah konstabel/sokongan ( 350 orang) dan 47 pegawai awam.

73,500 daftar jadi ahli Rakan Cop di Perak

IPOH 14 Dis. - Seramai 73,500 orang telah mendaftar sebagai Rakan Cop di negeri ini sejak program polis komuniti itu dilancarkan empat tahun lalu.


Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, berdasarkan peningkatan itu, pihaknya yakin sasaran 75,000 ahli menjelang hujung tahun ini akan dapat dicapai.


Untuk tujuan itu, ujar beliau, pihaknya sedang giat menjalankan kempen bagi menarik minat lebih ramai ahli masyarakat menyertai program yang dilancarkan pada 2005 itu.


"Kita kerap mengadakan program pelancaran Rakan Cop di Perak. Setakat ini, sudah 73 kali program ini diadakan dan Perak adalah negeri terbanyak mengadakannya berbanding negeri-negeri lain.


"Tujuan kita adalah untuk menarik ahli-ahli baru mendaftarkan diri sebagai Rakan Cop. Jika ramai yang menjadi ahli, maka sudah pastinya jenayah juga akan dapat dikurangkan," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Pensijilan Pengawal Keselamatan di sini hari ini.


Pada masa sama, Zakaria menyeru pekerja-pekerja kilang supaya mendaftar sebagai ahli Rakan Cop bagi mengelakkan mereka terjebak atau menjadi mangsa jenayah.


Pekerja kilang, katanya, wajar dididik agar celik jenayah di samping pengetahuan dalam teknologi maklumat.


Malah katanya, pihak pengurusan kilang dan pengawal keselamatan perlu tahu nombor bebas talian Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan balai-balai polis berdekatan bagi membantu menyalurkan maklumat jenayah dengan lebih cepat.


"Polis Perak sekarang dalam sasaran mengekalkan statistik negatif jenayah di negeri ini.


"Jadi saya harap, semua pihak akan bersama-sama menjalinkan kerjasama erat dengan pihak polis," katanya.

Shell cegah rompakan


ANGGOTA polis menunjukkan kemahiran menggunakan T-Baton pada Program Pencegahan Jenayah Polis bersama Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Shell Kelantan yang diadakan di stesen minyak Shell Chicha, Kota Bharu, baru-baru ini. - utusan/ASMA HANIM MAHMOOD


KOTA BHARU 14 Dis. - Pencegahan jenayah sering dikaitkan sebagai tanggungjawab yang dipikul sepenuhnya oleh pihak polis atas alasan mereka dibayar gaji bagi melaksanakannya.


Masyarakat cenderung bersifat lepas tangan dan menyerahkan sepenuhnya kepada polis menangani jenayah sehingga mewujudkan keadaan yang merugikan mereka dan menguntungkan penjenayah.


Mereka biasanya akan menuding jari kepada pasukan 'beruniform biru' sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini ke atas mereka atau jenayah mulai berleluasa dan mengancam suasana di kawasan tempat tinggal dan kerja masing-masing.


Mereka seakan terlupa bahawa ia adalah satu tanggungjawab kolektif yang mesti dipikul oleh setiap individu dalam menjaga, menyelamat dan menghapuskan jenayah.


Risiko keselamatan diri dan harta benda hanya dapat dikurangkan jika segala usaha meningkatkan ciri keselamatan diambil di samping kerjasama erat dengan pihak polis.


Stesen minyak merupakan salah satu tarikan penjenayah bagi melakukan rompakan bersenjata dan selalunya mereka bertindak nekad bagi mendapatkan habuan.


Sehubungan itu, Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. yang mempunyai lebih 900 buah stesen minyak di seluruh negara telah mengorak langkah mengadakan kerjasama erat dengan pasukan polis dalam usaha mereka mencegah jenayah di premis-premis pengusaha minyak mereka.


Pengurus Besar Bahagian Jualan Runcit dan Operasinya, Azman Ismail berkata, pada Ogos lepas, pihaknya mengadakan program pertama pertemuan antara pengusaha-pengusaha stesen minyak Shell di Selangor dengan Ketua Polis negeri itu bagi membincangkan aspek-aspek keselamatan yang mesti ditingkatkan.


Hasil interaksi dan perbincangan yang diadakan antara bilangan kes rompakan yang berlaku di stesen-stesen minyak mereka menunjukkan penurunan mendadak.


"Kebanyakan kes rompakan ke atas premis Shell tahun ini berlaku di Kuala Lumpur dan Selangor selain Pulau Pinang dan Johor.


''Bimbang dengan penularan kes, kami aturkan program pertemuan antara Ketua Polis Selangor dan kontinjennya dengan pengusaha-pengusaha minyak di sana terlebih dahulu.


"Perbincangan dan interaksi yang diadakan di peringkat negeri itu dilanjutkan di peringkat daerah dengan fokus utamanya memastikan setiap pengusaha mempunyai hubungan dengan pegawai polis bertanggungjawab di kawasan mereka.


"Akhirnya kami dapati penurunan kes yang mendadak berikutan interaksi dan kerjasama yang terjalin itu," katanya kepada pemberita selepas Program Pencegahan Jenayah PDRM dengan Pengusaha-pengusaha Stesen Minyak Shell Kelantan di Stesen Minyak Shell, Chicha , Kota Bharu, baru-baru ini.


Program pencegahan jenayah itu adalah yang kedua seumpamanya yang diadakan antara Shell dengan pihak polis selepas pertemuan di Selangor.


Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi merasmikan majlis itu yang dihadiri seramai 30 pengusaha minyak Shell seluruh Kelantan dan mereka mendaftar diri sebagai ahli RAKAN COP selain berinteraksi dengan ketua-ketua polis daerah yang dijemput ke program tersebut.


Azman berkata, antara kerugian yang dialami oleh pihaknya selain kehilangan wang adalah kerosakan premis. Bagaimanapun ia tidak mengakibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa.


Terdahulu dalam ucapannya Azman memberitahu, pihak Shell sentiasa mengambil serius aspek keselamatan pelanggan, pengusaha dan kakitangan stesen minyak mereka.


"Antara inisiatif yang diambil adalah memperkenalkan pemasangan kamera litar tertutup dan 'Roller Shutter' bagi lokasi yang berisiko tinggi selain mengadakan audit dan latihan kecemasan dari semasa ke semasa.


"Satu sistem sokongan melalui pemasangan sistem penggera senyap juga telah diperkenalkan yang memberi isyarat kecemasan kepada pihak polis secara langsung sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini," katanya.


Sementara itu, Abdul Rahim semasa berucap merasmikan program berkata pihak polis memerlukan maklumat yang jitu dan tepat untuk membolehkan mereka bertindak balas dalam masa yang singkat apabila berlakunya kejadian jenayah.


Jelasnya, tanpa maklumat dan kerjasama daripada orang ramai, kerja-kerja pencegahan jenayah tidak dapat dijalankan dengan sempurna.


Katanya, terdapat tiga cara utama yang boleh digunakan oleh para pengusaha stesen minyak sebagai langkah keselamatan di premis mereka iaitu dengan memasang sistem penggera yang bersambung dengan balai polis, berdaftar sebagai RAKAN COP atau mendail terus kepada balai yang berdekatan.


Beliau berkata, sejak tahun lalu tiga rompakan bersenjata membabitkan stesen minyak dilaporkan di negeri ini termasuk dua stesen minyak Shell.


"Dua di Pasir Puteh dan satu di Pengkalan Chepa yang dapat dapat kita selesaikan dalam tempoh 24 jam hasil maklumat yang pantas daripada orang ramai," katanya.


Beliau mahukan setiap pekerja stesen minyak diberi maklumat tentang pentingnya kaedah bertindak dalam kecemasan bagi keselamatan diri dan pelanggan.


Katanya, polis bertekad untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kearah penjagaan keselamatan dan ketenteraman awam dengan lebih profesional dan berkesan lagi.


Langkah ini sangat perlu melihat kepada peningkatan kes jenayah dan teknik penjenayah yan

Wednesday, November 18, 2009

Anggota Pvr Sik


Orng Kuat Pvr Sik


Beberapa individu dari sik yang hadir untuk ditemuduga


Kaum wanita tidak melepas peluang mengambil bahagian dalam sesi temuduga ini.

Berdebar-debar rasa bila time nih.


Kelihatan Kpl Musri sedang mengambil kedatangan.

SM SUDARMAN ( TIMBALAN KETUA POLIS BALAI BALING )


Sm Sudarman yang terkenal dengan sikap tegasnya, sedang menyiapkan
tugas2 yang diamanahkan kepada beliau. Lihatlah keadaan di atas
mejanya, masih banyak lagik yang perlu beliau selesaikan.



Selamat bertugas SM

Tuesday, November 17, 2009

Barisan Penemuduga Anggota Baru Pvr






Temuduga Pengambilan Anggota Pvr Daerah Baling Dan Sik





Sunday, November 8, 2009

Temuduga anggota baru PVR, Daerah.

Kepada bakal2 Anggota2 baru, selamat menempuh temuduga pada 16.11.2009. (Hari Isnin)

Thursday, November 5, 2009

Foto Eklusif Admin dan Insp Lee





Timb Ketua Polis Daerah





Gambar Latihan menembak M16





Latihan Menembak M 16 (Kem Pga Pengkalan Hulu Perak) 04 November 2009 Hari Rabu





Monday, November 2, 2009

Akibat bermain Mercun Bola

Sunday, November 1, 2009

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela)


Mohd. Azrul Mohd. Kassim (kiri) dan Ahmad Khairol Nizam Saidin (dua dari kiri) memeriksa dokumen seorang warga asing ketika membuat rondaan di kawasan Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 18 Ogos – “Sejak di bangku sekolah lagi, saya teringin hendak menyarung pakaian seragam polis dan membantu pihak berkuasa menangkap penjenayah.”Hari ini impian yang dipendam oleh Konstabel Sukarelawan Polis (PVR) Ahmad Khairol Nizam Saidin, 20, tercapai apabila dia diterima untuk menyertai pasukan itu.Lebih membanggakan dia adalah antara 43 orang daripada kumpulan pertama PVR terdiri daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) yang memulakan tugas di 11 lokasi panas di ibu negara.Ahmad Khairol Nizam berkata, dia merasa cukup berbangga apatah lagi dapat menjalankan tugas-tugas pencegahan jenayah di kawasan panas di sekitar ibu negara.“Hari pertama bertugas banyak perkara yang perlu dipelajari dan sangat mencabar terutama bila hendak memeriksa seseorang yang mencurigakan.“Walaupun tugas itu agak penat, namun ia cukup membuatkan saya puas menjadi seorang anggota PVR,” katanya ketika ditemui di hadapan Jalan P Ramlee, di sini hari ini. Tambahnya yang sebelum ini berpengalaman di dalam pasukan JPAM, dia berharap lebih ramai lagi masyarakat akan menyertai pasukan PVR pada masa depan kerana tugas itu mulia di sisi agama. Rakannya, Mohd. Azrul Mohd. Kassim pula berkata, dia menyertai pasukan PVR kerana ingin membantu pihak polis mengurangkan kadar jenayah di ibu negara. Katanya, dia akan menggunakan pengalamannya dalam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) khususnya dalam sesebuah operasi dijalankan.“Dengan adanya PVR, saya berharap kegiatan jenayah di ibu negara dapat dikurangkan,” katanya. Seorang lagi anggota PVR, Khairul Nizam Kadir, 26, yang sebelum ini berkhidmat dengan Rela berkata, dia memasuki pasukan itu untuk membantu masyarakat mengurangkan jenayah.“Meskipun berbeza dengan tugas semasa dalam Rela, tetapi ia sesuatu yang menyeronokkan kerana dapat membantu orang ramai. “Saya percaya dengan bantuan anggota polis tetap, kami dapat melakukan yang terbaik,” katanya. Sementara itu, sebanyak lima daerah di ibu negara hari ini menerima 10 orang anggota PVR kecuali Putrajaya yang hanya menerima tiga anggota bagi tujuan melakukan rondaan cegah jenayah selama 24 jam. Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi merupakan antara yang terawal menugaskan pasukan PVR bagi menjalankan rondaan pencegahan jenayah antaranya di Bukit Bintang, Jalan Nagasari dan Jalan Pudu. Sementara itu, Ketua Operasi Zon 1 Daerah Dang Wangi, Inspektor Rastam Affandi berkata, seramai 10 anggota PVR dari Rela dan JPAM telah memulakan tugas hari ini dan dibahagikan untuk menjalankan tugas pada sebelah pagi dan malam. “Ia akan dibahagikan kepada tiga syif, iaitu pada pukul 8 pagi sehingga 4 petang, 4 petang sehingga 12 tengah malam dan 12 tengah malam sehingga 8 pagi. “Setiap syif akan dikawal oleh lapan anggota polis dan dua orang PVR,” katanya. Menurut beliau, penyerapan PVR ke dalam pasukan itu merupakan antara usaha yang dilaksanakan bagi memerangi jenayah jalanan secara besar-besaran di seluruh negara. Jumaat lalu seramai 133 anggota PVR menamatkan kursus kepolisan selama dua minggu sebagai persediaan bagi menjalankan tugas membantu polis membuat rondaan cegah jenayah. Sebanyak 157 kawasan panas di seluruh negara dikenal pasti membabitkan beberapa negeri antaranya Selangor, Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Penempatan mereka selaras dengan ketetapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui enam Bidang Hasil Utama Negara (NKRA) untuk mengurangkan 20 peratus jenayah jalanan pada 2010.


Sumber : Utusan Malaysia

Ketua dan Timbalan Ketua SPDRM Daerah Baling

Panggil Nama Bulanan





Related Posts with Thumbnails