KUALA LUMPUR. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang melantik
guru sekolah sebagai anggota Pasukan Sukarelawan Polis (PVR) bagi
menangani masalah jenayah di kawasan sekolah terutama kes penculikan
pelajar.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, dalam pembentangan
Bajet 2013, kerajaan telah meluluskan penambahan 10,000 anggota PVR
dengan peruntukan berjumlah RM70 juta.
Beliau berkata, penambahan anggota PVR membolehkan pasukan
keselamatan itu meningkatkan kehadiran anggotanya di kawasan awam
termasuk pusat beli-belah, kawasan perumahan dan sekolah dalam usaha
mencegah jenayah.
“Kita mahu anggota polis bersifat omnipresence (terdapat di mana-mana) di lokasi yang menjadi tumpuan awam seperti pusat beli-belah, taman perumahan dan juga sekolah.