Sunday, March 28, 2010

Tentera mohon timbang kenaikan, penyelarasan gaji

27/03/2010 1:14pm

Teluk Kemang 27 Mac – Kementerian Pertahanan akan mengemukakan rayuan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam waktu terdekat untuk menimbangkan kenaikan dan pelarasan gaji bagi anggota tentera.


Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha itu akan dilakukan selepas kerajaan mengumumkan kenaikan dan pelarasan gaji bagi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini.


''Kita mengucapkan tahniah dan syabas kepada PDRM yang memperoleh pelarasan gaji yang baru.


''Ini memudahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memohon kenaikan yang sama dalam waktu terdekat,'' kata beliau selepas merasmikan Ekspo Kerjaya, Pendidikan dan Inovasi di bandar tentera darat, Port Dickson di sini hari ini.


Ketika ini, terdapat lebih 120,000 anggota tentera pelbagai pangkat berkhidmat dengan pasukan ATM seluruh negara. – Utusan