Sunday, March 21, 2010

Gaji baru polis diumum Khamis ini.

KLUANG 20 Mac – Penyelarasan gaji anggota lain-lain pangkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, 25 Mac ini.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pengumuman itu dibuat sempena sambutan ulang tahun Peringatan Hari Polis Ke-203 pada tarikh tersebut.


‘‘Sebelum ini saya dah umum skim gaji baru kepada pegawai peringkat Inspektor ke atas. Kali ini untuk pangkat Lans Koperal ke atas akan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri.


“Dengan bantuan dan keselesaan ini, kita berharap para anggota PDRM akan dapat memikul tanggungjawab di samping menjaga nama baik, maruah dan disiplin PDRM,” katanya selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama pesara-pesara polis di Pondok Polis Taman Seri Lambak, di sini hari ini.


Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp