Wednesday, March 10, 2010

30,000 serbu borang rekrut polis, seorang maut (mumbai)

09/03/2010 2:41am

MUMBAI 8 Mac - Seorang lelaki mati dalam kejadian berasak-asak di sebuah pusat pengambilan rekrut polis di sini hari ini ketika lebih 30,000 orang menyerbu pusat berkenaan untuk mendapatkan borang permohonan, kata seorang pegawai kanan polis.


``Sekumpulan besar pemohon menunggu sejak semalam apabila secara tiba-tiba mereka yang berada di belakang mula menolak mereka yang berada di depan untuk menyerahkan borang permohonan mereka.


``Keadaan menjadi kelam-kabut dan mereka yang berada di depan cedera,’’ kata Kiran Choudhary.


Seorang lagi pegawai polis, Asisten Komisioner Amitabh Gupta mengesahkan seorang terbunuh dan 10 lagi cedera dalam kejadian itu. - AFP