Pengambilan Rekrut Baru
Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada Ketua Sukarelawan Polis Daerah.
Syarat Permohonan
Bagi menyertai pasukan ini, seseorang pemohon itu perlulah memenuhi syarat-syarat berikut:-
Taraf Kewarganegaraan
Warganegara Malaysia
Umur
Tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan.
Ukuran BadanLelaki :
Tinggi 162cm (5'4")
Lilitan dada 81cm (32"/34")
Berat badan 48kgWanita :
Tinggi 152cm (5')
Berat badan 43kg
Penglihatan dan Pendengaran
Mempunyai penglihatan biasa sekurang-kurangnya vision 6/9 tanpa cermin mata tidak buta warna dan pendengaran yang baik.
Kelulusan Akademik
Sekurang-kurangnya lulus SRP/LCE Pangkat A Golongan profesional akan diberi keutamaan serta fasih bertutur dan menulis di dalam Bahasa.
Lain-lain Kelayakan
- Mempunyai pekerjaan yang tetap,
- Mendapat kebenaran Ketua Jabatan/Majikan untuk
masuk berkhidmat
- Bermastautin di dalam lingkungan 8 km dari Balai
Polis Daerah yang dipohon.
- Pemohon yang tinggal lebih 8 km tetapi tidak lebih
16km boleh dipertimbangkan jika ada kemudahan.
- Bersih daripada sebarang rekod jenayah/tapisan kese
lamatan dan tidak pernah terlibat dengan penyalah gunaan dadah.
- Mempunyai masa lapang untuk hadir tugas/latihan, aktiviti pasukan terutama waktu petang
bermula jam 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam.
- Pekerja-pekerja yang sering bekerja luar (out-station) tidak digalakkan memohon.
- Tidak menjadi ahli/anggota mana-mana badan beruniform yang boleh dikerah tenaga di
- Pekerja-pekerja kumpulan "key-Personal" seperti hospital, TNB (breakdown), Telekom
(tech), pengawal keselamatan/jaga yang bertugas dengan kerajaan/Badan berkanun/swasta
serta pekerja yang bertugas tidak tentu masa seperti jurugegas, pencari kerosakan serta
pekerja shift tidak layak memohon.