Pasukan ini diwujudkan sebagai satu formasi dibawah Pasukan Polis Diraja Malaysia sejak tahun 1957 yang dikenali sebagai Pasukan Sukarelawan Polis.Falsafah kewujudan Pasukan Sukarelawan Polis adalah untuk memberi peluang kepada orang awam untuk menceburkan diri dalam kerjaya Polis.
Monday, September 22, 2008
Sunday, September 21, 2008
PEGAWAI LATIHAN (C/INSP MOHD ALI BIN NGADNAN)
AKTIVITI GOTONG ROYONG
Alhamdulillah ya Allah, insaf sungguh aku ketika berada disini. bagaimanakah kesudah aku nanti. Ketika ini kami sedang membuat gotong royong membrsihkan tanah perkuburan, kelihatan Tn Mail yg berbju merah, bersungguh2 membuat kerja. waktu ni aku segang jugak kat dia, kita berenti jap, tp tn mail masih buat kerja. sebagai ketua inilah contoh kepada anggota bawahan.
Korang nak tau, inilah pertama kali aku pegang pencakar sampah nih, nak buat mcm mana dah terpaksa, kalau aku tak buat nampaknya pakai SI ler sampai pencen, huhu. Ok SI Apa apa pun tahniah sbb dilantik menjadi penghulu kursus. Wa Tabik sama luu.
Oh Mak oh bapak kami mau kawin. Weh agak2 korng la diaorang dengar tak apa yang kita bincangkan tadi. hmmm aku rasa diaorang tak dengar la.. hmm aper2 jer lah. heh korang ingat senang nak jadi bunga dalam 98 orang peserta kursus nih. 2 minggu tinggalkan keluarga nih, mcm2 rasa. haha . Apa2 pun korang mmg best sporting giler. kalau korang meh baling jgn lupa tel aku nah.
Weh Piah ok tak aku posing nih, aku rasa dah ok ler. aku senyum dari tadi nih, mcm nak terkopak mulut aku nih. haa yang nih bakal komandan selangaor nih, masih bujang lagik nih, dan masih kosong lagik. haha. sory akak aku gurau jer ekk.
PENYELARAS KURSUS (ASP ISMAIL BIN BAKAR)
Hmm Seorang pegawai Yang Berkebolehan.
Tn Terimalah sebagai tanda perkenalan kita, Kata Penghulu Kursus. Eh Bukan hadiah tuh dari semua ker?. Ini tak adil nih, mesti kena lapor kat pihak atasan nih, penghulu nak makan sorang nih. he he gurau jer ekk. Waktu ini penghulu mukim pulapah nih memberi cenderahati kepada Asp Mail diatas jasa baik tn mail mencurahkan ilmu dan sebagai tanda kenang kenangan dari anggota SPDRM Seluruh Malaysia.. Tahniah Tn Mail, Anda memang Bagus!!!
SELAYANG PANDANG KURSUS DI PULAPAH AIR HITAM N 9
Bang bagi rambut yang atas tuh panjng ckit. Mana boleh kan bos aku buang keja aku pulak, ngko nak bayar gaji aku ker. eh takan sampai kena buang keja ko bang. ngko ni tak paham bahasa ker, aku ckp tak boleh, tak boleh ler!.. masa time nih paling sedih nih, aku simpan rambut selam 25 tahun sng2 jer diaorang buang huwaaaa....
En maaf cik mintak lesen cik, soryy cik lesen saya tertinggal ler. macm mana nih.hmm jalan daaa. heh masa ni tgh buat amali SJR.
Biasa la sblum balik, time ni ler aku nak berposing dengan kwn2. heh
Sunday, September 14, 2008
Syarat-Syarat Pengambilan Rekrut (Lelaki dan Wanita)
Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada Ketua Sukarelawan Polis Daerah.
Syarat Permohonan
Bagi menyertai pasukan ini, seseorang pemohon itu perlulah memenuhi syarat-syarat berikut:-
Taraf Kewarganegaraan
Warganegara Malaysia
Umur
Tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan.
Ukuran BadanLelaki :
Tinggi 162cm (5'4")
Lilitan dada 81cm (32"/34")
Berat badan 48kgWanita :
Tinggi 152cm (5')
Berat badan 43kg
Penglihatan dan Pendengaran
Mempunyai penglihatan biasa sekurang-kurangnya vision 6/9 tanpa cermin mata tidak buta warna dan pendengaran yang baik.
Kelulusan Akademik
Sekurang-kurangnya lulus SRP/LCE Pangkat A Golongan profesional akan diberi keutamaan serta fasih bertutur dan menulis di dalam Bahasa.
Lain-lain Kelayakan
- Mempunyai pekerjaan yang tetap,
- Mendapat kebenaran Ketua Jabatan/Majikan untuk
masuk berkhidmat
- Bermastautin di dalam lingkungan 8 km dari Balai
Polis Daerah yang dipohon.
- Pemohon yang tinggal lebih 8 km tetapi tidak lebih
16km boleh dipertimbangkan jika ada kemudahan.
- Bersih daripada sebarang rekod jenayah/tapisan kese
lamatan dan tidak pernah terlibat dengan penyalah gunaan dadah.
- Mempunyai masa lapang untuk hadir tugas/latihan, aktiviti pasukan terutama waktu petang
bermula jam 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam.
- Pekerja-pekerja yang sering bekerja luar (out-station) tidak digalakkan memohon.
- Tidak menjadi ahli/anggota mana-mana badan beruniform yang boleh dikerah tenaga di
- Pekerja-pekerja kumpulan "key-Personal" seperti hospital, TNB (breakdown), Telekom
(tech), pengawal keselamatan/jaga yang bertugas dengan kerajaan/Badan berkanun/swasta
serta pekerja yang bertugas tidak tentu masa seperti jurugegas, pencari kerosakan serta
pekerja shift tidak layak memohon.
Syarat-syarat Perkhidmatan
ELAUN DAN INTENSIF
1. Elaun kehadiran Latihan Tempatan
Tuntutan Elaun tidak melebihi 96 jam sebulan
pegawai : RM5.80 sejam
Lain-lain Pangkat : RM4.00 sejam
2. Elaun Bounty ( Saguhati tahunan )
Bertugas lebih 380 jam setahun - RM 520.00
Bertugas 240 ~ 379 jam setahun - RM 390.00
Bertugas 120 ~ 239 jam setahun - RM 260.00
Bertugas kurang 120 jam setahun - TIDAK LAYAK
3. Elaun Pakaian (Pegawai sahaja)
Elaun Pakaian Seragam (sekali sepanjang perkhidmatan) RM300.00
Elaun Penyelenggaraan Pakaian Seragam (setiap tahun dibayar mulai tahun kedua Perkhidmatan - RM 125.00
Elaun Pakaian Istiadat (3 tahun sekali) - RM 1,000.00
4. Kemudahan Lain
Bekalan Pakaian Seragam
Rawatan Perubatan
OBJEKTIF, VISI DAN MISI SPDRM
Objektif
Membentuk satu pasukan yang efisyen dari segi Intelektual dan fizikal
Memperkukuhkan hubungan di antara pihak polis dan masyarakat
Mempertingkatkan tahap keupayaan, kecekapan dan kepercayaan masyarakat
Visi
Sukarelawan Polis DiRaja Malaysia senantiasa bersama berganding bahu dengan PDRM dalam mendaulatkan undang-undang demi mengekalkan keamanan, ketenteraman dan keselamatan Negara.
Misi
Berganding bahu dengan PDRM untuk menguat kuasa undang-undang
Bersama mengekalkan keamanan dan keselamatan Negara
Bersama mencegah dan mengesan jenayahü Bersedia menyalur maklumat serta menjadi
Mata dan telinga PDRMü Bersama masyarakat tempatan membantu
PDRM
BIDANG TUGAS
Walaubagaimanapun sebagai tambahan kepada latihan dan perbarisan mereka ini menjalankan tugas-tugas seperti berikut :
Pejabat pertanyaan / tugas telefonis, Tugas Bit ,Tugas Rondaan,Tugas Trafik, Tugas Teknikal (WT, MT & MARIN) Tugas-Tugas di Pusat Kawalan Kontinjen atau Daerah. Pegawai Bertugas di Daerah atau IPK Pentadbiran Biasa / Harian Tugas Kawalan Perhimpunan dan tugas kawalan.
LATAR BELAKANG SPDRM
Sukarelawan Polis atau dikenali sebagai “Auxiliary Police” terdiri dari orang-orang awam yang diberi kuasa Polis untuk menguatkuasakan undang-undang serta memastikan keamanan dan keselamatan kawasan setempat. Anggota SPDRM yang terdiri dari orang awam ini kebanyakanya adalah dari kalangan golongan profesional seperti peguam, guru, doktor, ahli perniagaan, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan juga swasta. Disebabkan minat yang begitu mendalam terhadap bidang kepolisan ini telah terpanggil golongan tersebut untuk menyertai bidang ini. Kewujudan SPDRM ini bukan sahaja memberi peluang untuk menjiwai kehidupan sebagai seorang anggota polis malahan memberi ruang bagi mengeratkan hubungan di antara polis dan masyarakat.
Pasukan ini diwujudkan sebagai satu formasi dibawah Pasukan Polis Diraja Malaysia sejak tahun 1957 yang dikenali sebagai Pasukan Sukarelawan Polis. Kini keanggotaannya berjumlah seramai 3,400 diseluruh negara dengan tumpuan dibandar-bandar utama
Falsafah kewujudan Pasukan Sukarelawan Polis adalah untuk memberi peluang kepada orang awam untuk menceburkan diri dalam kerjaya Polis.