Sunday, June 23, 2013

Kepala 'penyamun' dicekup



BALING- Dua orang suspek kes samun di sekitar daerah ini berjaya dicekup di kediaman mereka sebuah kampung di sini pada jam 7 pagi, kelmarin.

Salah seorang suspek dipercayai merupakan ketua ahli kumpulan samun yang bergiat aktif di sekitar Baling, Sik, Kulim dan Sungai Petani.

Hasil risikan polis dan maklumat awam, kedua mereka dicekup secara berasingan di kediaman mereka oleh anggota polis cawangan jenayah.

Timbalan Ketua Polis Baling, Deputi Supretendan Abdul Rahim Abdullah mengesahkan tangkapan itu.

Menurutnya, salah seorang suspek dipercayai ketua kumpulan itu mempunyai lebih dari 20 rekod jenayah lampau dan kebanyakkan adalah kes samun.

"Penahanan ke dua suspek adalah bagi membantu kes samun di Kuala Ketil minggu lepas. Kita percaya penahanan mereka ini mampu menyelesaikan kes samun itu," katanya kepada Sinar Harian.

Difahamkan, ahli kumpulan mereka ini terdiri daripada lima orang ahli berumur lingkungan 40 tahun ke atas. Kumpulan ini boleh dianggap berbahaya kerana mereka dikatakan menyamun menggunakan senjata.

Abdul Rahim berkata, kedua suspek kini direman selama selama enam hari untuk siasatan sebelum dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan.

Oleh: Balingtoday

Sunday, June 16, 2013

PANGGIL NAMA 29 MEI 2013.










IPD BALING ANJUR PROGRAM DERMA DARAH. Seramai 20 Anggota PVR Baling termasuk pegawai menyertainya.


PROGRAM DERMA DARAH PERINGKAT IPD BALING.


Kelihatan Tuan Timb Daerah Baling, KSPD Baling, Insp Pentadbiran SSPDRM Baling semasa program derma darah peringkat IPD BALING. Bertempat di Dewan serbaguna IPD Baling.

Sunday, March 31, 2013

Polis Kedah lancar Tabung Kebajikan PDRM Lahad Datu

ALOR SETAR - Polis Kedah hari ini melancarkan Tabung Kebajikan PDRM Lahad Datu bagi membantu keluarga anggota polis yang terkorban dan cedera dalam pertempuran dengan penceroboh di Sabah.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata, tabung itu akan diletak di semua ibu pejabat polis daerah (IPD) di Kedah sebelum dikumpul dan diserah kepada Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman.

"Kita lancar tabung ini di peringkat IPD bagi memudahkan orang ramai untuk menyumbang. Kita mahu orang ramai yang prihatin membantu anggota keluarga mangsa," katanya pada Majlis Penyematan Pangkat dan Penyampaian Sijil Tamat Latihan Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) Negeri Kedah siri 1/2012 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini.

Sementara itu, beliau berkata, 34 anggota SSPDRM daerah-daerah menerima kenaikan pangkat hari ini selepas berjaya mempamerkan kualiti kerja yang baik dalam membanteras kes jenayah sepanjang tahun lepas.

Ahmad berkata, kenaikan pangkat peringkat koperal hingga ASP itu sebagai satu usaha menyuntik semangat mereka untuk bekerja lebih gigih dalam membanteras jenayah.

Katanya pada majlis itu 109 pelatih SSPDRM menerima Sijil Tamat Latihan Siri 1/2012 kerana berjaya menamatkan latihan kepolisan yang diikuti selama enam bulan di IPD masing-masing.

"Masalah kekurangan anggota polis dapat diatasi dengan segera kerana pelatih (SSPDRM) yang telah tamat latihan akan dihantar ke seluruh daerah bagi membantu menangani jenayah.

"Mereka ini ada kerja tetap. Kita akan panggil mereka pada waktu yang malam dan hari cuti dan tenaga mereka dengan sebaik mungkin untuk membantu pihak polis membanteras jenayah di negeri ini," katanya.

Ahmad berkata, pihaknya akan memberi kursus kepada SSPDRM dari semasa ke semasa mengikut keperluan.- Bernama
Related Posts with Thumbnails