Sunday, August 5, 2012

KADAR KENAIKAN ELAUN BARU BAGI SSPDRM (ALHAMDULILLAH SYUKUR)



Setelah membuat permohonan dan perbincangan dilaksanakan, maka kali ini pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah meluluskan kenaikan elaun bagi anggota sukarelawan Ikatan Relawan Rakyat (RELA), Sukarelawan Polis DiRaja Malaysia (SPDRM) dan Jabatann Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)

Kenaikan yang diluluskan oleh pihak JPA mengikut dua kategori iaitu kategori pegawai kanan dan anggota pangkat-pangkat lain.

HARAP2 CADANGAN CUEPACS INI MENJADI KENYATAAN

PUTRAJAYA, 2 Ogos (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini mencadangkan penyelarasan imbuhan tetap perumahan kepada RM450 sebulan untuk semua penjawat awam dan penurunan kadar faedah pinjaman perumahan daripada 4 peratus kepada 1 peratus.

Timbalan Presiden Cuepacs Aziz Muda berkata cadangan tersebut antara 23 syor yang dikemukakan Cuepacs kepada Suruhanjaya Khas Mengenai Transformasi Perkhidmatan Awam.

"Satu perkara yang kita beri penekanan kepada suruhanjaya adalah isu perumahan. Ini kerana dengan lonjakan harga rumah, dengan gaji yang diterima penjawat awam pada hari ini menyebabkan mereka tidak mampu memiliki rumah.

"Jadi kita minta suruhanjaya dan kerajaan melihat perkara ini secara komprehensif," katanya kepada pemberita selepas sesi pembentangan penambahbaikan perkhidmatan awam di bangunan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di sini hari ini.

Turut dicadangkan ialah pelarasan elaun bantuan sara hidup (COLA) kepada RM400 sebulan berbanding RM150 dan RM300 pada masa ini serta cadangan menaikkan elaun tetap keraian.

Tuesday, July 17, 2012

Kerajaan beri kelonggaran tarik bekas tentera sertai polis

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberikan dua kelonggaran kenaikan pangkat dan tempoh latihan yang dipendekkan kepada bekas anggota tentera yang menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata dua kelonggaran itu diberi untuk menarik lebih ramai bekas anggota tentera menyertai pasukan polis.

Tempoh latihan dipendekkan kepada hanya tiga bulan berbanding pelatih lain yang perlu menjalani latihan antara enam hingga sembilan bulan manakala bekas anggota tentera berpangkat sarjan pula layak diberi kenaikan pangkat daripada konstabel kepada sarjan selepas disahkan jawatan dan lulus peperiksaan khas undang-undang rendah jabatan, katanya.

“Ini adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan supaya bekas tentera dapat menyumbangkan tenaga untuk sama-sama mencegah jenayah, menjaga keselamatan dan ketenteraman negara,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Senator Ahamat@Ahamad Yusop mengenai rasional cadangan penyerapan pesara tentera ke dalam pasukan polis dan bagaimana prosedur dan pendekatan penyerapan itu akan dilaksanakan.

Hishammuddin berkata, sejak pengambilan fasa pertama dilaksanakan Januari lepas, seramai 101 bekas tentera diambil dan dilantik sebagai konstabel dan konstabel sokongan dan mereka kini menjalani latihan asas kepolisan di Pusat Latihan Polis, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Beliau berkata, kesemua mereka dipilih selepas lulus syarat kelayakan menyertai pasukan polis, berumur di bawah 45 tahun, serta sudah berkhidmat dalam tentera sekurang-kurangnya untuk tempoh 10 tahun. – BERNAMA

Sekilas pandang PVR Perak 2011

Berita RTM TV1 - Majlis Tamat Latihan Sukarelawan Polis Siri 1/2010 IPD Kuching

Related Posts with Thumbnails