Thursday, February 5, 2009

JAWATAN KOSONG SPDRM BALING


Kekosongan Jawatan Bagi Konstabel Sukarelawan Polis Lelaki di dalam Pasukan Sukarelawan Polis Kontinjen Kedah.

Warganegara Malaysia Lelaki yang berkelayakan adalah dipelawa untuk menjadi Konstabel Sukarelawan Polis di dalam Pasukan Sukarelawan Polis Kontinjen Kedah. Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang-borang permohonan di Pejabat Sukarelawan Polis Daerah Baling atau boleh dimuat turun dari Halaman Web Site.

Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada Ketua Sukarelawan Polis Daerah Baling yang berdekatan ataupun terus kepada Ibu Pejabat Sukarelawan Polis daerah Baling.

Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 28hb. Mac 2009.

Syarat Permohonan
Bagi menyertai pasukan ini, seseorang pemohon itu perlulah memenuhi syarat-syarat berikut:-

  1. Taraf Kewarganegaraan
    Warganegara Malaysia

  2. Umur
    Tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan.

  3. Ukuran Badan
    Lelaki : Tinggi 162cm (5'4")
    Lilitan dada 81cm (32"/34")
    Berat badan 48kg

    Wanita : Tinggi 152cm (5')
    Berat badan 43kg

  4. Penglihatan dan Pendengaran
    Mempunyai penglihatan biasa sekurang-kurangnya vision 6/9 tanpa cermin mata
    tidak buta warna dan pendengaran yang baik

  5. Kelulusan Akademik
    Sekurang-kurangnya lulus SPM,
    Golongan profesional akan diberi keutamaan serta fasih bertutur dan menulis di dalam Bahasa Melayu

  6. Lain-lain Kelayakan
    • Mempunyai pekerjaan yang tetap.
    • Mendapat kebenaran Ketua Jabatan/Majikan untuk masuk berkhidmat.
    • Bermastautin di dalam lingkungan 8 km dari Balai Polis Daerah yang dipohon. Pemohon yang tinggal lebih 8 km tetapi tidak lebih 16km boleh dipertimbangkan jika ada kemudahan pengangkutan sendiri.
    • Bersih daripada sebarang rekod jenayah/tapisan keselamatan dan tidak pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
    • Mempunyai masa lapang untuk hadir tugas/latihan, aktiviti pasukan terutama waktu petang bermula jam 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam. Pekerja-pekerja yang sering bekerja luar (out-station) tidak digalakkan memohon.
    • Tidak menjadi ahli/anggota mana-mana badan beruniform yang boleh dikerah tenaga di dalam keadaan darurat.
    • Pekerja-pekerja kumpulan "key-Personal" seperti hospital, TNB (breakdown), Telekom (tech), pengawal keselamatan/jaga yang bertugas dengan kerajaan/Badan berkanun/swasta serta pekerja yang bertugas tidak tentu masa seperti jurugegas, pencari kerosakan serta pekerja shift tidak layak memohon.

  7. Syarat-syarat Perkhidmatan
    • Pemohon yang berjaya di dalam temuduga pemilihan dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan ,tapisan Jenayah dan keselamatan oleh Cawangan Khas dan pemeriksaan cap jari sebelum diterima masuk berkhidmat.
    • Semua pemohon yang berjaya dikehendaki menjalani latihan asas kepolisan (latihan tempatan) selama 6 bulan sebagai rekrut sebelum disahkan berkhidmat di dalam Pasukan Sukarelawan Polis DiRaja Malaysia.
    • Perkhidmatan Sukarelawan Polis adalah tertakluk kepada jadual/perintah/peraturan/kaedah: PVR Regulations 1956, Akta Polis 1967 dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bahagian A502.

  8. Cara Memohon
    Semua permohonan hendaklah menggunakan borang khas yang boleh didapati dari mana-mana Pejabat Sukarelawan Polis Daerah Baling atau di Ibu Pejabat Sukarelawan Polis atau boleh dimuat turun dari halaman Web Site ini.

Tuesday, January 6, 2009

Logo Polis

Sunday, December 28, 2008

SELAMAT BERTUKAR KEPADA SJN/SP 12760 FAIEZAL AZMI MOHD YUSOFF DARI KONTINJEN KEDAH KE KONTINJEN PERAK.





Kami warga SPDRM Baling ingin mengucapkan selamat bertukar kepada Sjn sp 12760 Faiezal azmi. Semoga segala ilmu yang dipelajari di kontinjen kedah ini memberi manfaat kepada Sjn untuk dibawa pulang ke negeri Perak Darul Ridzuan. Segala khidmat bakti Sjn disini, hanya Allah (swt) sahaja yang dapat membalasnya. Doa kami, semoga Sjn berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan dimurahkan rezeki. Sekian Wassalam.

Rajin2 lah ziarah kami di blog ini. insyaalah blog ini akan diupdate selalu.
Kalau ada apa2 perkembangan terbaru Sjn disana, sudilah kiranya berkongsi bersama dengan kami.

Saturday, November 22, 2008

Sukarelawan Polis Diraja malaysia Baling

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SPDRM BALING

Thursday, November 20, 2008

Majlis Pelancaran E-Payment Saman PDRM

Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur - 10 November 2008. Majlis Pelancaran E-Payment Saman Trafik telah diadakan di Center Court , Mid Valley Megamall. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YDH Tan Sri Dato' Seri Musa bin Dato' Hj Hassan, Ketua Polis Negara.

E-Payment Saman yang dilancarkan ini merupakan sistem pembayaran saman trafik secara elektronik dengan menggunakan kad kredit di Kaunter Saman PDRM yang terpilih. Ini adalah satu usaha sama di antara PDRM dengan Maybank.

E-Payment Saman ini juga adalah satu lagi alternatif baru PDRM untuk memberi kemudahan kepada orang ramai membayar saman di kaunter - kaunter trafik. Sistem ini telah beroperasi pada 3 september 2007 secara berperingkat-peringkat. Fasa pertama melibatkan 13 kaunter saman di bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia. Fasa kedua melibatkan tambahan 33 kaunter saman yang siap pada penghujung Januari 2008 dan fasa terakhir melibatkan kaunter saman dan siap beroperasi pada Julai 2008.

Ini menjadikan keseluruhan sistem E-Payment Saman yang terdapat di seluruh negara berjumlah 85 kaunter. Waktu operasi sistem ini antara jam 8 pagi hingga 5 petang.

"Kelebihan E-Payment Saman adalah orang ramai tidak perlu membawa wang tunai yang banyak ketika berurusan di kaunter. Ini adalah satu 'advantage' dari aspek keselamatan dan juga jika berlaku situasi tidak cukup tunai", kata YDH Sri Dato' Seri Musa bin Dato' Hj Hassan dalam ucapan beliau.

Walaupun bayaran dibuat secara e-Payment, rayuan masih dibenarkan mengikut prosedur seperti mana bayaran tunai. Usaha untuk menambah perkhidmatan ini akan diteruskan dan dijangkakan pada awal Januari 2009 akan ditambah mengikut keperluan semasa.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh Y.Bhg. Datuk Ahmad Fuad bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Y.Bhg. Dato' Sri Abdul Wahid Omar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, YDH Dato' Abdul Rahman bin Hussin Timbalan Pengarah KDN/KA PDRM, YDH SAC II Abd Aziz bin Yusof Ketua Trafik Pasukan dan pegawai-pegawai kanan PDRM, Visa International dan MasterCard International.

Selain daripada itu, orang ramai juga mempunyai pilihan untuk membuat pembayaran on-line di www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my.



Related Posts with Thumbnails