Tuesday, October 6, 2009

Ujian Fizikal

Alhamdulillah, setelah selesai ujian fizikal pada 01/10/2009 (Hari Khamis) bagi anggota2 baru spdrm Baling, kini ujian ke-2 pula bakal ditempuhi oleh calon-calon yang berjaya dalam sesi ujian fizikal. Sesi temuduga akan dijalankan tidak berapa lama lagi. Harapan dari pihak SPDRM semua bakal anggota yang dipilih bersiap sedia menghadapi temuduga yang akan dijalankan. Diharapkan calon2 yang berjaya untuk ditemuduga akan berjaya di dalam sesi temuduga itu nanti. Admin dan semua anggota SPDRM Baling mendoakan kejayaan anda semua.


Ujian Fizikal







GAMBAR SEMASA UJIAN FIZIKAL ANGGOTA BARU SPDRM BALING.



Thursday, September 3, 2009

TEMUDUGA PENGAMBILAN ANGGOTA BARU SPDRM KONTINJEN KEDAH

Dimaklumkan kontinjen SPDRM Kedah akan membuat pengambilan anggota baru untuk tahun 2009. Sehubungan itu satu eksesais temuduga akan dijalankan di daerah-daerah terpilih seperti berikut:-

3/11/2009 - Kulim Bandar Baharu ( IPD KULIM)

4/11/2009 - Baling/Sik ( IPD BALING)

5/11/2009 - Kuala Muda / Yan ( IPD KUALA MUDA )

8/11/2009 - Kota Setar / Pendang ( Pusat Latihan Anak Bukit )

9/11/2009 - Kubang Pasu / Padang Terap ( IPD KUBANG PASU)

11/11/2009 - Langkawi ( IPD LANGKAWI )

Perhatian:-

Bagi anggota yang berjaya dalam sesi ujian fizikal yang dijalankan baru-baru ini, diminta supaya bersiap sedia untuk satu lagi eksesais temuduga yang akan dijalankan. Sehubungan itu anggota yang berjaya akan dihubungi melalui surat dan telefon.

Wednesday, September 2, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Related Posts with Thumbnails