Thursday, July 28, 2016

Anggota Polis Sukarelawan Diminta Jaga Imej Pasukan Polis

KUALA LUMPUR: Anggota Sukarelawan Polis Diraja Malaysia  (SPDRM) perlu mempunyai komitmen tinggi dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas bagi menjaga imej pasukan polis walaupun mereka sibuk dengan tugas hakiki masing-masing.
Komandan SPDRM Kuala Lumpur, Supritendan Dr Ong Gua Pak berkata, tugas anggota polis sukarelawan adalah membantu PDRM menjaga keamanan negara malah tanggungjawab yang perlu dipikul oleh anggota sukarelawan adalah sama dengan tugas anggota PDRM.
"Orang ramai kadang-kadang tidak boleh membezakan antara anggota polis sukeralawan dan PDRM. Oleh itu anggota SPDRM khususnya yang baru dilantik perlu menjaga disiplin ketika menjalankan tugas bagi menjaga imej pasukan PDRM," katanya kepada Bernama selepas menghadiri upacara kawad komandan dan tamat latihan SPDRM siri 1 dan 2 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Ahad.
Gua Pak yang juga Setiausaha Bahagian Kewangan, Pengurusan Kewangan di Kementerian Komunikasi dan Multimedia berkata orang ramai dialu-alukan menyertai SPDRM bagi membantu pihak polis dalam penguatkuasaan undang-undang selain memastikan keamanan dan keselamatan di kawasan setempat.
Katanya, mereka yang berminat untuk menyertai SPDRM boleh menghubungi  Ibu Pejabat Polis Daerah berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung pengambilan anggota baharu.
"Kami mengadakan pengambilan dua atau tiga kali setahun bersesuaian dengan  keperluan semasa," katanya.
Setakat ini, terdapat seramai 1,140 anggota SPDRM Kuala Lumpur.

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA ANJURAN IPD BALING PADA 27/07/2016 DI IPD BALING




Monday, July 25, 2016

macam2 di Stadium Darulaman,,,





Monday, July 18, 2016

TAKLIMAT PENUGASAN DAN LDP OLEH KPB KUALA KETIL DI BALAI KUALA KETIL PADA 16 JULY 2016






Sunday, July 17, 2016

Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK)

Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti  ditubuhkan pada 9 Jun 2014 diketuai oleh seorang Pengarah berpangkat Komisioner Polis dan dibantu oleh dua Timbalan Pengarah iaitu Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) dan Timbalan Pengarah (Operasi).
ObjektifObjektif utama Jabatan ini adalah untuk merangka strategi, melaksanakan inisiatif-inisiatif dengan objektif untuk mengurangkan jenayah dan meningkatkan persepsi keselamatan.
VisiAgensi penguatkuasa utama yang berintegriti, kompeten dan komited untuk bekerja dengan masyarakat.
Misi
Mencegah jenayah secara holistik ke arah pengwujudan komuniti sejahtera.
Sejarah Penubuhan JPJKK
Kerajaan Malaysia pada tahun 2009 telah mengumumkan satu pelan transformasi kerajaan (Government Transformation Plan, GTP) di mana enam (6) bidang keberhasilan utama negara (National Key Result Area, NKRA) telah dikenalpasti.
Salah satu darinya ialah NKRA - Mengurangkan Jenayah di mana kajian-kajian telah menunjukkan bahawa rakyat agak bimbang dan meletakkan isu jenayah sebagai satu isu yang penting untuk ditangani oleh  kerajaan. Agensi pelaksana bagi bidang yang telah mensasarkan 55 inisiatif ini ialah PDRM.
Justeru pada hujung tahun 2009, satu Urusetia NKRA telah diwujudkan untuk melaksanakan semua inisiatif yang telah dikenalpasti.
Pada tahun 2013, sesi percambahan minda telah diadakan untuk mengkaji dan melihat kesesuaian untuk diwujudkan satu jabatan baru bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab pencegahan jenayah secara mantap dan bersepadu.
Pada 1 Julai, 2013, Ketua Polis Negara telah mengumumkan penubuhan Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) sempena perasmian IPD Sg. Siput, Perak.
Bagi memantapkan lagi struktur organisasi jabatan baru ini, beberapa siri simulasi telah diadakan di IPD Petaling Jaya dan Balai Polis Damansara di samping menyampaikan taklimat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tentang untuk penyediaan kertas kabinet bagi mewujudkan satu jabatan baru khusus untuk pencegahan jenayah yang lebih fokus dan sesuai dengan kehendak semasa. 

Ini diikuti dengan beberapa taklimat kepada Jawatankuasa Pembangunan Organisasi (JPO) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi memperhalusi struktur organisasi jabatan baru ini.
Pada 9 Jun 2014, Waran Perjawatan K69 telah diluluskan dan pada 25 Julai 2014 secara rasminya Jabatan Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti (JPJKK) telah diumumkan penubuhannya oleh Tan Sri Ketua Polis Negara.
Fungsi-fungsi
1. Mencegah jenayah
  • Pendekatan proaktif dan bersepadu bagi mencegah jenayah.
2. Menghapus peluang jenayah
  • Menghapuskan peluang melakukan jenayah, mengesan dan menangkap untuk mengekang dari perlakuan jenayah.
3. Menghapus niat jenayah
  • Menghapuskan hasrat untuk melakukan jenayah.
4. Memperkasa komuniti
  • Mendidik serta membudayakan masyarakat tentang tanggungjawab bersama dalam mencegah jenayah.
5. Menangani persepsi negatif masyarakat
  • Menangani dan mengurangkan persepsi masyarakat tentang isu keselamatan.
6. Penasihat komuniti
  • Memainkan peranan konsultatif kepada komuniti, institusi pendidikan, institusi perniagaan, agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan.

Bahagian-bahagian JPJKK

JPJKK dibahagikan lima(5) bahagian di mana setiap bahagian diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah (KPP) berpangkat SAC  dan seorang Urusetia berpangkat ACP dengan tanggungjawab seperti berikut:
1. Bahagian Pengurusan Dasar / Sumber
  • Pentadbiran
  • Perjawatan
  • Kewangan
  • Sokongan Logistik
  • Latihan
2. Bahagian Operasi Darat
  • Mobile Patrol Vehicle (MPV)
  • Unit Rondaan Bermotosikal (URB)
  • Bit Rondaan
  • E-Sector
3. Bahagian Kordinasi Sumber Sokongan
4. Bahagian Kepolisan Komuniti
  • Kolaborasi Bersepadu
  • Kepolisan Masyarakat
  • Kordinasi Persatuan / Sekolah
  • Komuniti Perniagaan
  • Rakan Cop 
5. Bahagian Pendataan / Analisis
  • Analisis Data Jenayah
  • Pendataan
  • Sistem Pemantauan Bandar Selamat (SPBS) 

6. Urusetia JPJKK
Related Posts with Thumbnails