Wednesday, October 31, 2012

Guru Akan Diserap Jadi Sukarelawan Polis Cegah Jenayah

KUALA LUMPUR: Guru sekolah bakal diiktiraf sebagai kumpulan sokongan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) khusus bagi membantu mencegah kegiatan jenayah di kawasan sekolah.
Hadir ke sekolah lengkap beruniform polis, kumpulan guru terpilih itu juga bakal diberikan kuasa hampir sama dengan anggota polis.

Selain golongan pendidik, beberapa kumpulan dalam masyarakat seperti doktor, ahli perniagaan dan individu perseorangan juga akan dilibatkan menerusi Pasukan Sukarelawan Polis (PVR) bagi membantu PDRM mencegah jenayah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, penglibatan kumpulan berpengaruh dalam masyarakat menerusi PVR bakal dilaksanakan menerusi fasa Kedua Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk mengurangkan jenayah."Saya akan lantik anggota PVR di kalangan guru-guru sekolah. Bila pergi ke sekolah mereka akan pakai uniform polis.

"Kita mahu masyarakat bekerjasama dengan polis. Bukan susah pun, bukan nak suruh tangkap orang. Mereka hanya perlu pakai uniform kerana penampilan beruniform memberi kesan yang besar terutama bagi mencegah jenayah," katanya menerusi wawancara eksklusif di sini, Khamis.

Jelas Ismail, langkah untuk melibatkan golongan pendidik dan kumpulan masyarakat itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Bajet 2013 untuk menambah bilangan PVR seramai 10,000 orang dengan peruntukan sebanyak RM70 juta bagi membantu polis membanteras jenayah.

Sehingga kini dianggarkan terdapat seramai kira-kira 5,000 anggota PVR di seluruh negara.
Bagaimanapun menurut Ismail, pihaknya akan mengadakan perbincangan terpeinci mengenai cadangan itu bersama pihak berwajib termasuk ketua pengarah pelajaran untuk melibatkan guru sebagai anggota PVR.
"PDRM tak mahu cadangan ini dianggap seolah-oleh kita bagi tekanan kepada guru. Kerja utama mereka tetap mengajar. Mereka hanya perlu pakai uniform.

"Masa untuk mereka bertugas juga fleksibel. Sebagai contoh kita galakkan mereka untuk pakai uniform apabila bersama pelajar di luar kawasan sekolah untuk aktiviti luar," katanya.
Mengulas lanjut mengenai penglibatan guru sebagai anggota PVR, Ismail menjelaskan ia tidak menggambarkan seolah-oleh berlakunya kadar jenayah yang tinggi di sekolah sebaliknya hanya sebagai langkah pencegahan."Uniform (polis) memberi gambaran yang baik kerana kita mahu tanamkan kepada pelajar bahawa baju ini adalah lambang disiplin.

"Keduanya, penglibatan guru sebagai anggota PVR dengan memakai uniform polis lebih kepada memberi amaran serta peringatan kepada orang luar yang mempunyai niat jahat," katanya.
Selain itu Ismail berkata, perancangan itu merupakan lanjutan kepada program blue and green yang membabitkan anggota polis dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) bagi meningkatkan kawalan keselamatan di sekolah.

"Sekarang ini sudah ada polis dan Rela di sekolah. Jadi selepas ini kita akan buat dalam skala yang lebih besar. PDRM akan libatkan semua sekolah dan ia bakal dilaksanakan secara berfasa," katanya lagi.

Farid Kamil Sertai Polis Sukarelawan


Pelakon Lagenda Budak Setan, Farid Kamil membuat keputusan untuk membabitkan diri sebagai polis sukarelawan kerana mahu berkhidmat kepada masyarakat dan bukannya meraih publisiti. Kesedarannya untuk turut serta dalam Pasukan Sukarelawan Polis (PVR)  timbul setelah membaca mengenai nisbah
tidak seimbang 111,000 polis mengawal keselamatan 28 juta penduduk di negara ini.

Farid akan menempuh latihan lasak di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur dengan penuh semangat, selain sabar dan berani menghadapi pelbagai risiko dalam apa juga keadaan.
Katanya, sebelum ini beliau mengetahui mengenai PVR ketika bekerjasama dengan polis bagi menjayakan filem terbaru arahannya, PER3.

Sejak itu, dia mula mempunyai ramai kenalan dari kalangan anggota polis yang turut mencadangkan saya untuk menyertai PVR. Selepas itu, minat itu timbul sedikit demi sedikit.

Selain itu, kata-kata seorang anggota polis bahawa saya harus menjadi contoh kepada belia yang lain membuatkan saya lebih bersemangat.
sumber : Berita Harian


Lantik guru sertai PVR – Utusan

KUALA LUMPUR. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang melantik guru sekolah sebagai anggota Pasukan Sukarelawan Polis (PVR) bagi menangani masalah jenayah di kawasan sekolah terutama kes penculikan pelajar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, dalam pembentangan Bajet 2013, kerajaan telah meluluskan penambahan 10,000 anggota PVR dengan peruntukan berjumlah RM70 juta.

Beliau berkata, penambahan anggota PVR membolehkan pasukan keselamatan itu meningkatkan kehadiran anggotanya di kawasan awam termasuk pusat beli-belah, kawasan perumahan dan sekolah dalam usaha mencegah jenayah.

“Kita mahu anggota polis bersifat omnipresence (terdapat di mana-mana) di lokasi yang menjadi tumpuan awam seperti pusat beli-belah, taman perumahan dan juga sekolah.

Hampir 2,500 Mohon PVR Di Kedah


Alor Setar - Hampir 2,500 memohon untuk mengisi 750 jawatan dalam Pasukan Sukarelawan Simpanan (PVR) Kedah, kata Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim.
Katanya daripada jumlah itu, 1,330 layak dipertimbang dan akan menjalani saringan akhir.

"Kita akan buat tapisan lagi calon yang betul-betul layak dan mereka yang tidak terpilih kita akan jadikan mereka sebagai calon simpanan," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah,

Katanya mereka yang memohon untuk menyertai PVR itu datang dari pelbagai bidang kerjaya termasuk doktor perubatan.

Thursday, October 25, 2012

SM / Sp 12754 Rusmadi


Penerangan ringkas berkenaan dengan pengambilan dan pemilihan anggota baru sspdrm Daerah Baling/Sik

Wednesday, October 17, 2012

Timb Ketua Polis Kedah dan Komandan SSPDRM Kedah ketika perasmian jelajah jalinan mesra SSPDRM Semalaysia


Tuesday, October 16, 2012

Bagi yang ingin mencabar diri, dialu-alukan.


Related Posts with Thumbnails