Tuesday, March 29, 2011

Ismail minta warga PDRM pentingkan kesihatan

KUALA LUMPUR 26 Mac — Pegawai dan anggota polis dinasihatkan supaya menjaga kesihatan masing-masing termasuk dengan menukar tabiat makan bagi mengelak diserang penyakit kronik seperti sakit jantung.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, penyakit jantung boleh menjejaskan keupayaan warga Polis DiRaja Malaysia untuk memberi perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat.


Beliau berkata, sebanyak 657 kes penyakit jantung dilaporkan di kalangan pegawai, anggota, penjawat awam dan pesara PDRM pada 2010 dan daripada jumlah itu, sebanyak 111 kematian direkodkan di kalangan mereka.


"Kita tahu anggota polis ini sibuk dengan jadual kerja mereka yang ketat dan bebanan tugas yang padat. Bila tak sempat makan di rumah, mereka akan makan di luar dan tiada kawalan, jadi kita harus tukar ‘habit’ kita ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Gaya Hidup Sihat di Pusat Latihan Polis di sini, hari ini.


Berikutan itu, kata Ismail PDRM melancarkan program itu dengan mengedar buku rekod kesihatan kepada anggotanya supaya mereka boleh mengemas kini dan merekod tahap kesihatan mereka dari masa ke semasa. — Bernama


Related Posts with Thumbnails