Sunday, March 28, 2010

Masyarakat diminta bantu beri maklumat


Hamzah Mohd. Jamil memeriksa perbarisan kawalan hormat sempena sambutan Hari Polis Ke-203 di IPK Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 25 Mac - Anggota masyarakat diminta sentiasa berganding bahu tampil membantu menyalurkan maklumat kepada polis dalam usaha memerangi jenayah.


Timbalan Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner II Hamzah Mohd. Jamil berkata, tanpa bantuan dan maklumat orang ramai, pihak polis tidak akan berjaya membendung kegiatan jenayah dengan lebih berkesan.


Hamzah berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Hari Polis Ke-203 peringkat negeri Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini hari ini.


Di samping itu Hamzah berkata, beliau turut menggesa anggota dan pegawai polis Terengganu supaya meningkatkan integriti dan kredibiliti ketika menjalankan tugas.


Beliau berkata, integriti yang ditunjukkan itu akan memberikan keyakinan masyarakat kepada pasukan keselamatan berkenaan.


Terdahulu, Hamzah membacakan perutusan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sebelum melakukan pemeriksaan barisan sempena sambutan Hari Polis tersebut.


Hamzah kemudiannya menyampaikan sijil dan hadiah penghargaan kecemerlangan kepada anggota dan pegawai polis serta kakitangan awam.

Related Posts with Thumbnails