Sunday, January 3, 2010

Polis keluar 145 saman Ops Tahun Baru

IPOH 2 Jan. - Sebanyak 145 saman dikeluarkan kepada pemandu kenderaan kerana melakukan pelbagai kesalahan dalam Operasi Tahun Baru yang diadakan di jalan-jalan utama sekitar bandar raya ini semalam.


Antara kesalahan yang dikesan sepanjang operasi itu adalah memandu dalam keadaan mabuk, menunggang motosikal secara berbahaya dan lain-lain lagi.


Ketua Polis Trafik negeri, Supritendan Wan Abdullah Ishak berkata, operasi membabitkan 80 anggota diadakan di Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Kuala Kangsar, Jalan Sultan Idris, Jalan Raja Di Hilir dan Jalan Tambun.


''Dalam operasi itu, polis menahan empat pemandu kereta berusia 30-an kerana didapati mabuk ketika memandu.


''Tiga penunggang motosikal berusia 20-an pula ditahan kerana menunggang motosikal secara berbahaya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Kesemua mereka, kata Wan Abdullah, ditahan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 45 APJ 1987.


Sebanyak 700 pemandu membabitkan pelbagai kenderaan telah diperiksa dalam operasi tersebut.

Related Posts with Thumbnails