Sunday, December 28, 2008

SELAMAT BERTUKAR KEPADA SJN/SP 12760 FAIEZAL AZMI MOHD YUSOFF DARI KONTINJEN KEDAH KE KONTINJEN PERAK.





Kami warga SPDRM Baling ingin mengucapkan selamat bertukar kepada Sjn sp 12760 Faiezal azmi. Semoga segala ilmu yang dipelajari di kontinjen kedah ini memberi manfaat kepada Sjn untuk dibawa pulang ke negeri Perak Darul Ridzuan. Segala khidmat bakti Sjn disini, hanya Allah (swt) sahaja yang dapat membalasnya. Doa kami, semoga Sjn berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan dimurahkan rezeki. Sekian Wassalam.

Rajin2 lah ziarah kami di blog ini. insyaalah blog ini akan diupdate selalu.
Kalau ada apa2 perkembangan terbaru Sjn disana, sudilah kiranya berkongsi bersama dengan kami.

Saturday, November 22, 2008

Sukarelawan Polis Diraja malaysia Baling

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SPDRM BALING

Thursday, November 20, 2008

Majlis Pelancaran E-Payment Saman PDRM

Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur - 10 November 2008. Majlis Pelancaran E-Payment Saman Trafik telah diadakan di Center Court , Mid Valley Megamall. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YDH Tan Sri Dato' Seri Musa bin Dato' Hj Hassan, Ketua Polis Negara.

E-Payment Saman yang dilancarkan ini merupakan sistem pembayaran saman trafik secara elektronik dengan menggunakan kad kredit di Kaunter Saman PDRM yang terpilih. Ini adalah satu usaha sama di antara PDRM dengan Maybank.

E-Payment Saman ini juga adalah satu lagi alternatif baru PDRM untuk memberi kemudahan kepada orang ramai membayar saman di kaunter - kaunter trafik. Sistem ini telah beroperasi pada 3 september 2007 secara berperingkat-peringkat. Fasa pertama melibatkan 13 kaunter saman di bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia. Fasa kedua melibatkan tambahan 33 kaunter saman yang siap pada penghujung Januari 2008 dan fasa terakhir melibatkan kaunter saman dan siap beroperasi pada Julai 2008.

Ini menjadikan keseluruhan sistem E-Payment Saman yang terdapat di seluruh negara berjumlah 85 kaunter. Waktu operasi sistem ini antara jam 8 pagi hingga 5 petang.

"Kelebihan E-Payment Saman adalah orang ramai tidak perlu membawa wang tunai yang banyak ketika berurusan di kaunter. Ini adalah satu 'advantage' dari aspek keselamatan dan juga jika berlaku situasi tidak cukup tunai", kata YDH Sri Dato' Seri Musa bin Dato' Hj Hassan dalam ucapan beliau.

Walaupun bayaran dibuat secara e-Payment, rayuan masih dibenarkan mengikut prosedur seperti mana bayaran tunai. Usaha untuk menambah perkhidmatan ini akan diteruskan dan dijangkakan pada awal Januari 2009 akan ditambah mengikut keperluan semasa.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh Y.Bhg. Datuk Ahmad Fuad bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Y.Bhg. Dato' Sri Abdul Wahid Omar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, YDH Dato' Abdul Rahman bin Hussin Timbalan Pengarah KDN/KA PDRM, YDH SAC II Abd Aziz bin Yusof Ketua Trafik Pasukan dan pegawai-pegawai kanan PDRM, Visa International dan MasterCard International.

Selain daripada itu, orang ramai juga mempunyai pilihan untuk membuat pembayaran on-line di www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my.



Jenayah ada dimana2

Saban hari kita mendengar mcm2 kes jenayah yang berlaku di malaysia. PDRM telah berusaha menangani masalah jenayah ini dari terus menjadi lebih serius dengan membuat beberapa pendekatan yang boleh mengurangkan kadar jenayah termasuk serbuan, pemantauan dan lain-lain lagi. Bagi pasukan SPDRM ia menjadi satu cabaran.

Sunday, November 9, 2008

Jauhi Gejala Rasuah.



Jgn Jadikan ini sebagai amalan kita.

Wednesday, October 29, 2008

Coretan Hati Dari SP12758

Assalamualaikum,,, kepada semua anggota SPDRM BALING. Khasnya untuk Anggota2 yang telah dinaikan pangkat, semoga anda semua menjalankan tugas dengan amanah. Disini saya ingin mengambil kesempatan memohon maaf sekiranya, sepnjang saya berada dalam pasukan ini, ada kesalahan saya yang tidak disengajakan membuatkan kwn2 semua tersinggung.
Kepada pegawai2 atasan rajin2lah menjeguk anggota dibawah jagaan tuan.

Wednesday, October 15, 2008

Tragedi dalam Kebun Getah




KUALA KRAI: Mayat isteri dihumban dalam perigi manakala mayat suami disumbat dalam tong besar berisi air. Begitulah kejamnya pembunuh pasangan penoreh getah warga Thailand, Anuar Dahman, 27, dan isterinya yang hanya dikenali sebagai Hasmah, 18, di rumah agak tersorok, kira-kira dua kilometer dari jalan besar di Kampung Banggol Chengal, Peria dekat sini, semalam.Mayat mereka ditemui sepupu Anuar, Nik Noh Nik Soh, 48, bersama anak lelakinya, Raof Harun, 11, ketika datang ke rumah mangsa untuk mengajak pasangan itu menoreh jam 6.30 pagi. Nik Noh berkata, dia pergi ke rumah mangsa untuk mengajak mereka menoreh sebelum menggeletar ketakutan sebaik menemui mayat isteri sepupunya yang hamil tiga bulan dalam perigi, dipercayai dibunuh berhampiran rumah mangsa.
Berikutan itu, dia bergegas ke kampung berhampiran kira-kira dua kilometer dari situ untuk mendapatkan bantuan tanpa menyedari sepupunya turut mati dengan mayatnya disumbat dalam tong besar di depan rumah.
Katanya, dia yang dua tahun mengambil upah menoreh getah di kampung itu mulanya mendapati rumah berkenaan agak gelap dan tidak melihat sesiapa dalam rumah, namun tidak mengesyaki kejadian buruk menimpa pasangan itu.“Tidak lama kemudian, anak saya menjerit ketakutan apabila melihat mayat Hasmah dalam perigi yang digenangi darah.“Saya keluar ke jalan besar untuk memberitahu penduduk kampung mengenai kejadian itu sebelum melaporkan kepada polis,” katanya.Sepasukan anggota polis yang membuat siasatan di sekitar kawasan rumah itu menemui mayat Anuar.Rumah mangsa yang kira-kira dua kilometer dari jalan besar agak tersorok dari rumah penduduk lain dengan laluan ke kediaman mereka yang berbukit hanya sesuai dilalui pacuan empat roda.Rumah kongsi didiami pasangan itu sejak bekerja di situ, terletak di puncak cerun bukit dalam kawasan kebun getah.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim, berkata pihaknya mengesyaki pembunuhan itu berlaku antara jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Menurutnya, pasangan terbabit mengambil upah menoreh di kebun getah milik penduduk tempatan, sejak dua bulan lalu.“Mayat Anuar ditemui dalam tong berisi air dengan kepala di bawah dan kaki ke atas, manakala mayat isterinya pula dalam perigi berhampiran rumah dalam keadaan berkemban. “Setakat ini, polis masih menyiasat motif pembunuhan itu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.Bagaimanapun, beliau enggan memberitahu bagaimana pasangan suami isteri itu dibunuh penyerang serta jenis senjata digunakan kerana siasatan rapi sedang dijalankan dengan bantuan pakar patologi dari Kuantan, Pahang, yang dipanggil ke tempat pembunuhan itu.Namun, polis menahan seorang lelaki warga Thailand berusia 21 tahun untuk disoal siasat.Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Mayat pasangan itu dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk dibedah siasat.

Monday, September 22, 2008

Lagi Foto Kursus

Bergambar Kenangan Di Muzium Polis

Sebahagian Dari Anggota Kursus

Bergaya sebelum Pulang ke Pulapah

Sewaktu Bersenam dengan Komandan Pulapah. Sjn Jamal Nampak Lembut Jer? Kenapa Yer?


Anggota kursus dari kontinjen Kedah Darulaman.

Sunday, September 21, 2008

Pokok Misteri


PEGAWAI LATIHAN (C/INSP MOHD ALI BIN NGADNAN)

Ucapan Alu Aluan dari C Insp Mohd Ali. Berkenaan dengan Do and Don,t. Cayalah tn, Dengan segala ilmu yang tn curahkan ini banyak memberi manfaat kepada kami. Thanks Sir.
Terima kasih kat korang semua sbb tolong aku buat gotong royong nih. kalau takder korang semua teruk la kami disini, sekurang2nya kehadiran korang semua nih jimat ler sikit duit persatuan kami kat sini. Haha ini rekaan semata2. Dikala ini Tn Md Ali mengucpkan terima kasih kepada anggota Pvr diatas program gotong royong dikampung beliau. maaf aku tak berapa nak ingt ler nama kg nih. tp mmg best ler kampg nih. harmoni sungguh.
Aku dah ckp kalau tak mau kena marah jgn datang . Kan tak pasal2 aku naik angin. heh masa nih tn md ali tengan memberi ceramah berkenaan dengan cara2 soal jawab di mahkamah. Hmm kelihatan Sm dari perak nih sedang control ngantuk, takut kantoi. wuihh aku masa time nih ngantuk giler beb, rasa macam nak lari satu bangunan nak bagi ilang mengantuk.
Hah korang nak tau, inilah hero hindi, fuh dia nyanyi lagu kuch kuch hota hai, sebijik macam suara shah rukh celup. haha . Nama dia SJN Maulah Ali dari Port Dickson.

AKTIVITI GOTONG ROYONG

. Aku mcm dengar sapa yang dok pangil aku nih. ceh kacau stimm betul la. aku baru nak layan cat nih. Ni yang aku angin nih, kalau pangil tuh tunjuk la muka. nih pangil2 muka pun tak nampak, dapat karang aku nak cat muko dia, baru padan muko.

Alhamdulillah ya Allah, insaf sungguh aku ketika berada disini. bagaimanakah kesudah aku nanti. Ketika ini kami sedang membuat gotong royong membrsihkan tanah perkuburan, kelihatan Tn Mail yg berbju merah, bersungguh2 membuat kerja. waktu ni aku segang jugak kat dia, kita berenti jap, tp tn mail masih buat kerja. sebagai ketua inilah contoh kepada anggota bawahan.

Korang nak tau, inilah pertama kali aku pegang pencakar sampah nih, nak buat mcm mana dah terpaksa, kalau aku tak buat nampaknya pakai SI ler sampai pencen, huhu. Ok SI Apa apa pun tahniah sbb dilantik menjadi penghulu kursus. Wa Tabik sama luu.

Oh Mak oh bapak kami mau kawin. Weh agak2 korng la diaorang dengar tak apa yang kita bincangkan tadi. hmmm aku rasa diaorang tak dengar la.. hmm aper2 jer lah. heh korang ingat senang nak jadi bunga dalam 98 orang peserta kursus nih. 2 minggu tinggalkan keluarga nih, mcm2 rasa. haha . Apa2 pun korang mmg best sporting giler. kalau korang meh baling jgn lupa tel aku nah.


Weh Piah ok tak aku posing nih, aku rasa dah ok ler. aku senyum dari tadi nih, mcm nak terkopak mulut aku nih. haa yang nih bakal komandan selangaor nih, masih bujang lagik nih, dan masih kosong lagik. haha. sory akak aku gurau jer ekk.

PENYELARAS KURSUS (ASP ISMAIL BIN BAKAR)

Tidur Ke Tuan?

Wahhh, Asyik Nampak! Lagu Aper tuh Tn.
TUAN TENGAH CARI APER KAT KUBUR TUH?

Hmm Seorang pegawai Yang Berkebolehan.

Tn Terimalah sebagai tanda perkenalan kita, Kata Penghulu Kursus. Eh Bukan hadiah tuh dari semua ker?. Ini tak adil nih, mesti kena lapor kat pihak atasan nih, penghulu nak makan sorang nih. he he gurau jer ekk. Waktu ini penghulu mukim pulapah nih memberi cenderahati kepada Asp Mail diatas jasa baik tn mail mencurahkan ilmu dan sebagai tanda kenang kenangan dari anggota SPDRM Seluruh Malaysia.. Tahniah Tn Mail, Anda memang Bagus!!!

SELAYANG PANDANG KURSUS DI PULAPAH AIR HITAM N 9

Eh aku mcm kenal ngko nih.. kat mana yer. Alah masa tak kenal aku, aku ler yang tumbuk muka ang dulu, kes ngko jelir lidah kat aku. sampai arini aku tak puas ati lagi kat ngko. Hmm Masa nih time pendaftaran. lepas nihbaru korang tau, semua kena botak kepala. haha

Bang bagi rambut yang atas tuh panjng ckit. Mana boleh kan bos aku buang keja aku pulak, ngko nak bayar gaji aku ker. eh takan sampai kena buang keja ko bang. ngko ni tak paham bahasa ker, aku ckp tak boleh, tak boleh ler!.. masa time nih paling sedih nih, aku simpan rambut selam 25 tahun sng2 jer diaorang buang huwaaaa....


Eh sapa nama pencermah nih, aku tak berapa ingat ler. kalau diaorang tnya aku mmpus. mcm mana aku nak jawab. ahh hentam sajlah. Sesi Ceramah. Time nih ngantuk giler.

En maaf cik mintak lesen cik, soryy cik lesen saya tertinggal ler. macm mana nih.hmm jalan daaa. heh masa ni tgh buat amali SJR.

Biasa la sblum balik, time ni ler aku nak berposing dengan kwn2. heh

Sunday, September 14, 2008

Syarat-Syarat Pengambilan Rekrut (Lelaki dan Wanita)

Pengambilan Rekrut Baru
Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada Ketua Sukarelawan Polis Daerah.

Syarat Permohonan
Bagi menyertai pasukan ini, seseorang pemohon itu perlulah memenuhi syarat-syarat berikut:-

Taraf Kewarganegaraan
Warganegara Malaysia


Umur
Tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan.

Ukuran BadanLelaki :
Tinggi 162cm (5'4")
Lilitan dada 81cm (32"/34")

Berat badan 48kgWanita :
Tinggi 152cm (5')
Berat badan 43kg

Penglihatan dan Pendengaran
Mempunyai penglihatan biasa sekurang-kurangnya vision 6/9 tanpa cermin mata tidak buta warna dan pendengaran yang baik.

Kelulusan Akademik
Sekurang-kurangnya lulus SRP/LCE Pangkat A Golongan profesional akan diberi keutamaan serta fasih bertutur dan menulis di dalam Bahasa.

Lain-lain Kelayakan
- Mempunyai pekerjaan yang tetap,
- Mendapat kebenaran Ketua Jabatan/Majikan untuk
masuk berkhidmat
- Bermastautin di dalam lingkungan 8 km dari Balai
Polis Daerah yang dipohon.
- Pemohon yang tinggal lebih 8 km tetapi tidak lebih
16km boleh dipertimbangkan jika ada kemudahan.
- Bersih daripada sebarang rekod jenayah/tapisan kese
lamatan dan tidak pernah terlibat dengan penyalah gunaan dadah.
- Mempunyai masa lapang untuk hadir tugas/latihan, aktiviti pasukan terutama waktu petang
bermula jam 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam.
- Pekerja-pekerja yang sering bekerja luar (out-station) tidak digalakkan memohon.
- Tidak menjadi ahli/anggota mana-mana badan beruniform yang boleh dikerah tenaga di
- Pekerja-pekerja kumpulan "key-Personal" seperti hospital, TNB (breakdown), Telekom
(tech), pengawal keselamatan/jaga yang bertugas dengan kerajaan/Badan berkanun/swasta
serta pekerja yang bertugas tidak tentu masa seperti jurugegas, pencari kerosakan serta
pekerja shift tidak layak memohon.

Syarat-syarat Perkhidmatan

Pemohon yang berjaya di dalam temuduga pemilihan dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan ,tapisan Jenayah dan keselamatan oleh Cawangan Khas dan pemeriksaan cap jari sebelum diterima masuk berkhidmat. Semua pemohon yang berjaya dikehendaki menjalani latihan asas kepolisan (latihan tempatan) selama 6 bulan sebagai rekrut sebelum disahkan berkhidmat di dalam Pasukan Sukarelawan Polis DiRaja Malaysia. Perkhidmatan Sukarelawan Polis adalah tertakluk kepada jadual/perintah/peraturan/kaedah: PVR Regulations 1956, Akta Polis 1967 dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bahagian A502.

ELAUN DAN INTENSIF


1. Elaun kehadiran Latihan Tempatan

Tuntutan Elaun tidak melebihi 96 jam sebulan
pegawai : RM5.80 sejam
Lain-lain Pangkat : RM4.00 sejam

2. Elaun Bounty ( Saguhati tahunan )
Bertugas lebih 380 jam setahun - RM 520.00
Bertugas 240 ~ 379 jam setahun - RM 390.00
Bertugas 120 ~ 239 jam setahun - RM 260.00
Bertugas kurang 120 jam setahun - TIDAK LAYAK

3. Elaun Pakaian (Pegawai sahaja)
Elaun Pakaian Seragam (sekali sepanjang perkhidmatan) RM300.00
Elaun Penyelenggaraan Pakaian Seragam (setiap tahun dibayar mulai tahun kedua Perkhidmatan - RM 125.00
Elaun Pakaian Istiadat (3 tahun sekali) - RM 1,000.00

4. Kemudahan Lain
Bekalan Pakaian Seragam
Rawatan Perubatan

LOGO POLIS


OBJEKTIF, VISI DAN MISI SPDRM


Objektif
Membentuk satu pasukan yang efisyen dari segi Intelektual dan fizikal
Memperkukuhkan hubungan di antara pihak polis dan masyarakat
Mempertingkatkan tahap keupayaan, kecekapan dan kepercayaan masyarakat

Visi
Sukarelawan Polis DiRaja Malaysia senantiasa bersama berganding bahu dengan PDRM dalam mendaulatkan undang-undang demi mengekalkan keamanan, ketenteraman dan keselamatan Negara.

Misi
Berganding bahu dengan PDRM untuk menguat kuasa undang-undang
Bersama mengekalkan keamanan dan keselamatan Negara
Bersama mencegah dan mengesan jenayahü Bersedia menyalur maklumat serta menjadi
Mata dan telinga PDRMü Bersama masyarakat tempatan membantu
PDRM

BIDANG TUGAS

Pasukan Sukarelawan Polis pada kebiasaanya adalah menjalankan kerja-kerja latihan dan perbarisan ketika tidak diletakkan dibawah kerahan secara aktif.
Walaubagaimanapun sebagai tambahan kepada latihan dan perbarisan mereka ini menjalankan tugas-tugas seperti berikut :


Pejabat pertanyaan / tugas telefonis, Tugas Bit ,Tugas Rondaan,Tugas Trafik, Tugas Teknikal (WT, MT & MARIN) Tugas-Tugas di Pusat Kawalan Kontinjen atau Daerah. Pegawai Bertugas di Daerah atau IPK Pentadbiran Biasa / Harian Tugas Kawalan Perhimpunan dan tugas kawalan.

LATAR BELAKANG SPDRM


Sukarelawan Polis atau dikenali sebagai “Auxiliary Police” terdiri dari orang-orang awam yang diberi kuasa Polis untuk menguatkuasakan undang-undang serta memastikan keamanan dan keselamatan kawasan setempat. Anggota SPDRM yang terdiri dari orang awam ini kebanyakanya adalah dari kalangan golongan profesional seperti peguam, guru, doktor, ahli perniagaan, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan juga swasta. Disebabkan minat yang begitu mendalam terhadap bidang kepolisan ini telah terpanggil golongan tersebut untuk menyertai bidang ini. Kewujudan SPDRM ini bukan sahaja memberi peluang untuk menjiwai kehidupan sebagai seorang anggota polis malahan memberi ruang bagi mengeratkan hubungan di antara polis dan masyarakat.
Pasukan ini diwujudkan sebagai satu formasi dibawah Pasukan Polis Diraja Malaysia sejak tahun 1957 yang dikenali sebagai Pasukan Sukarelawan Polis. Kini keanggotaannya berjumlah seramai 3,400 diseluruh negara dengan tumpuan dibandar-bandar utama
Falsafah kewujudan Pasukan Sukarelawan Polis adalah untuk memberi peluang kepada orang awam untuk menceburkan diri dalam kerjaya Polis.
Related Posts with Thumbnails