Sunday, September 14, 2008

Syarat-syarat Perkhidmatan

Pemohon yang berjaya di dalam temuduga pemilihan dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan ,tapisan Jenayah dan keselamatan oleh Cawangan Khas dan pemeriksaan cap jari sebelum diterima masuk berkhidmat. Semua pemohon yang berjaya dikehendaki menjalani latihan asas kepolisan (latihan tempatan) selama 6 bulan sebagai rekrut sebelum disahkan berkhidmat di dalam Pasukan Sukarelawan Polis DiRaja Malaysia. Perkhidmatan Sukarelawan Polis adalah tertakluk kepada jadual/perintah/peraturan/kaedah: PVR Regulations 1956, Akta Polis 1967 dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bahagian A502.
Related Posts with Thumbnails