Sunday, September 14, 2008

LATAR BELAKANG SPDRM


Sukarelawan Polis atau dikenali sebagai “Auxiliary Police” terdiri dari orang-orang awam yang diberi kuasa Polis untuk menguatkuasakan undang-undang serta memastikan keamanan dan keselamatan kawasan setempat. Anggota SPDRM yang terdiri dari orang awam ini kebanyakanya adalah dari kalangan golongan profesional seperti peguam, guru, doktor, ahli perniagaan, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan juga swasta. Disebabkan minat yang begitu mendalam terhadap bidang kepolisan ini telah terpanggil golongan tersebut untuk menyertai bidang ini. Kewujudan SPDRM ini bukan sahaja memberi peluang untuk menjiwai kehidupan sebagai seorang anggota polis malahan memberi ruang bagi mengeratkan hubungan di antara polis dan masyarakat.
Pasukan ini diwujudkan sebagai satu formasi dibawah Pasukan Polis Diraja Malaysia sejak tahun 1957 yang dikenali sebagai Pasukan Sukarelawan Polis. Kini keanggotaannya berjumlah seramai 3,400 diseluruh negara dengan tumpuan dibandar-bandar utama
Falsafah kewujudan Pasukan Sukarelawan Polis adalah untuk memberi peluang kepada orang awam untuk menceburkan diri dalam kerjaya Polis.
Related Posts with Thumbnails